Halaman

Tuesday, June 1, 2010

Dunia Sekarang


Hari ni rasa macam nak g jenjalan la. Yelah, asek terperap dalam rumah. Aku tengok dinding, dinding tengok aku. Mesti dinding pun meluat asek nengok muke sama je, hehehe.

Tadi dok baca surat khabar. Asal aku baca je, mesti menggeleng-geleng kepala aku dibuatnya. Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang. Macam-macam cerita terpampang di dada akhbar. Aku dah rasa macam duk di negara barat je. Macam-macam kes jenayah ada. Sekarang ni, setiap jam ada 2 orang anak luar nikah dilahirkan. Dan dianggarkan, lebih dari 70ribu anak luar nikah di Malaysia. Nauzubillah himin zalik..

Orang yang dah kahwin punya lah susah untuk dapat anak, tp anak muda sekarang senang-senang buang anak. Bila buat, xingt Allah. Bila dah termengandung, baru la terpinga-pinga. Dah la buat dosa berzina, lepas tu membunuh pula anak yang tidak berdosa. Secomel-comel bayi itu pun tergamak dibuang atau dibunuh. Dimana sifat kemanusiaan pada diri mereka? Tak fikirkah mereka apa yang akan dirasakan oleh anak kecil itu kelak?

Bagaimana agaknya mereka dapat melahirkan anak tanpa bantuan sesiapa seperti doktor? Hebat bukan? Bila perasaan takut menguasai diri, apa pun sanggup diharungi. Aku selalu terfikir bagaimana keadaan dunia pada masa hadapan? Anak tidak sah taraf terlalu ramai, dan tidak mustahil akan melebihi daripada anak yang sah taraf.

Apapun, aku berserah kepada Yang Maha Esa agar aku dilindungi selalu, amin..

Teka - teki simple

Hr ni aku baca majalah. Xpayah la aku bgtau majalah ape. Kalau korang baca, mesti korang tau punyelah. Tergelak sorang2 aku bile baca satu artikel pasal teka-teki. Macam terkena kat batang idung sendiri,hahaha.

Artikel tu berbunyi lebih kurang macam ni :-

Seorang penjual telur ayam (Ali) bersama seorang rakan (Ahmad) die ni duk berborak kat kedai si Ali. Borak punya borak, si Ahmad nak berteka-teki dengan si Ali. Ahmad pun terlintas nak bagi teka-teki pasal telur ayam sebab kebetulan die nampak telur ayam kat kedai Ali. Lalu bertanyalah Ahmad kepada Ali, "Benda apakah yg berbentuk macam telur". Senang sekali soalannya. Tapi Ali amek masa yang lama untuk berfikir. Tp xdapat jawab jugak. Pas tu die tanya klu2 bagi soalan tu. Lalu Ahmad menjawab, warnanya pun menyerupai telur. Walaupun dah diberi klu2, Ali xboleh jawab jugak.
Ahmad mengeleng2 kan kepala nya dan memberikan jawapan kepada sahabatnya itu. Iaitu "TELUR AYAM LAH!!".

Moral value nya, kita kena la hargai apa yang berada berhampiran dengan kita. Jangan menyesal di kemudian hari bila orang di sisi kita telah tiada. Kenapa manusia nampak apa yang berada jauh daripadanya berbanding yang sentiasa berada di sisi? Aku pun bayak buat salah, jadi mulai hari ni, aku berazam nak berubah.

konfius aku

hari nie aku duduk terperap dalam rumah jer. xtau nak buat ape. ni tengah pikir2 pasal nuffnag. patut ke aku join? bukan ape,zaman sekarang ni susah nak caya benda2 yang berkaitan duit ni. macam xlogik duit tu datang bergolek dengan mudahnye. hmm..
tapi bile pikir2 balik, macam nak join jer. aku pun baru nak menceburkan diri dalam blog nie sebab nampak macam bez jer tengok kawan2 ada blog.