Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 biji bawang holand (potong dadu)
- 7 biji cili padi (hiris)
- 1/2 inci halia (hiris)
- 2 batang serai (hiris)
- 6 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan thai
- 7 helai daun limau purut (buang tulang daun)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1/4 biji nenas (potong dadu)
- 2 sudu tepung jagung
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan sebentar dalam 5 minit. Kemudian lumur tepung jagung dan goreng ikan sehingga garing dan hidangkan.
2. Tumis bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan hirisan cili padi, halia dan serai dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air supaya ia berkuah.
4. Masukkan daun limau purut, tomato dan nenas, kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit likat dan masukkan sedikit garam dan sos ikan thai.
5. Bila dah likat, boleh la tuang kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
! Namaku Intan
~ sHaRIng Is CaRIng ~ & ~ Senyumlah. Apa pun masalahmu, ia pasti akan berlalu ~
Saturday, May 16, 2020
Friday, May 4, 2018
HUTANG PIUTANG
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Janganlah penulis menolak untuk menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkan kepadanya, maka hendaklah dia menuliskan.
Dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Tuhannya, dan janganlah dia mengurangi sedikit pun daripadanya. Jika yang berhutang itu orang yang kurang akalnya atau lemah (keadaannya), atau tidak mampu merencanakan sendiri, maka hendaklah walinya merencanakannya dengan benar.
Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki di antara kamu. Jika tidak ada saksi dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan di antara orang-orang yang kamu sukai dari para saksi (yang ada), agar jika yang seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil.
Dan janganlah kamu bosan menuliskannya, untuk batas waktu baik (hutang itu) kecil mahupun besar. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah, lebih dapat menguatkan kesaksian, dan lebih mendekatkan kamu kepada ketidakraguan, kecuali jika hal itu merupakan perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak menuliskannya.
Dan ambillah saksi apabila kamu berjual beli, dan janganlah penulis dipersulit dan begitu juga saksi. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sungguh, hal itu suatu kefasikan pada kamu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Surah al-Baqarah: 282]

Monday, May 22, 2017
Pentingnya Insurans Nyawa
Dengar je perkataan insurans, mesti rasa macam nak lari kan? Nak buat apa ambil insurans, tak penting pun!!
Haaa, ni la yang kita silap. Tanggapan kita yang macam ni la perlu diubah. Siapa kata insurans nyawa tak penting? Siapa kata insurans nyawa ni membazir dan merugikan? Sebenarnya orang yang tak ambil insurans nyawa ni la yang rugi.
Insurans kereta kita ambil, tapi kenapa insurans nyawa kita tak nak? Agaknya kereta dengan nyawa, yang mana lebih mahal dan bernilai? ~Thinking (-_-)! ~
Kita rasa terbeban nak bayar premium insurans tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM100-300, lagipun kesihatan kita baik-baik aje selama ni. Kalau sakit pun, demam biasa je. Tapi pernah tak kita terfikir kesihatan kita 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah selama-lamanya kita akan sihat? Kalau masa tu kita sakit dan memerlukan kos rawatan yang berpuluh-puluh ribu, macam mana kita nak buat? Agak-agak ada tak orang yang murah hati nak tolong bayarkan bil hospital kita? Tapi kalau ada insurans, bil hospital kita akan dibayar oleh syarikat insurans walaupun kita baru bayar premium tu beberapa kali. Contohnya tiap-tiap bulan kita bayar RM150, tetapi jika sesuatu terjadi pada kita seperti kemalangan atau sakit pada bulan kelima kita dilindungi oleh insurans, insurans akan bayar bil tersebut walaupun jumlah premium yang kita baru bayar adalah RM 750.
Renung dan fikir-fikirkan 😊

Tuesday, August 11, 2015
Tips elak bayi daripada Jaundice / sakit kuning
Assalamualaikum…
Kat bawah ni saya kongsikan info yang saya kumpul daripada
FB untuk rujukan sendiri. Info ini kebanyakannya adalah perkongsian
pengalaman individu itu sendiri dan ada juga pengalaman individu lain. Berkesan
atau tidak, wallahu a’lam. Tujuannya sebagai rujukan untuk diri sendiri, tetapi
untuk memudahkan lagi saya mencari balik info ni bila diperlukan, saya update
kan di blog ini. Jadi mommies atau sesiapa saja pun boleh baca sebagai panduan.
Semoga berterusan saham akhirat pada empunya badan yang berkongsi ilmu. Terima
kasih (‘’,). Tetapi saya ada ubah sedikit penulisan supaya lebih mudah dicari.
Persoalan : Bagaimana cara nak elakkan bayi daripada
terkena Jaundice dan cara untuk sembuhkannya?
(Jaundice atau lebih dikenali sebagai sakit kuning dimana
kulit dan mata bayi bertukar menjadi kekuningan)
Jawapan :
1. Masa mengandung saya amalkan makan minyak habbatusauda. Minum air
rendaman zafran...makan kekacang contoh badam..pistachio. .kurma kismis..selalu
badam tu saya goreng sikit.. blend lepas tu kacau kan dengan susu..susu apa pun
boleh..paling elok susu kambing... lepas bersalin terus bagi susu
badan....alhamdulillah 4 orang anak-anak saya bebas jaundis. ..syukur sangat-sangat.... –Ummi
Nureen-
2. Ada orang kata amalkan makan buah kurma masa mengandung –Sna Nana-
3. Masa kandungan masuk 6 atau 7 bulan, cuba amalkan makan buah kiwi sampai
bersalin... Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkis...masa bersalin anak pertama, anak saya kuning, sampai 3 minggu duduk hospital tapi masa preggy anak
ke 2, personal Doctor suggest makan buah kiwi, alhamdulillah ank ke 2 lansung tak ada kuning –Nurulz Che Pa-
4. Letak lendir lidah buaya di ubun-ubun baby –Haizeni Ghafar-
5. Petua saya...masa masuk 9 bulan mengandung..amal minum susu kambing fresh.sepanjang
mengandung banyak makan kurma dalam kuantiti ganjil...biasa 5 biji sehari. ambil supplement..salindah
dari awal pregnant sampai lepas bersalin...kalau baby masih kuning selepas lahir...mandikan baby
dengan air rebusan rokok daun (nipah) dan tampal senkuang cina (yang bentuk macam bawang putih) tu dekat
dahi.....alhamdulillah...kedua-dua anak saya tak ada kuning. pemakanan dari mengandung harus dijaga...Islam pun menitikberat kan penjagaan pemakanan ketika kehamilan....in sha
Allah ..sekadar berkongsi pengalaman –Maliza Mohamad-
6. Saya start makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk 8 bulan sampai saya nak besalin. Memang anak tak ada jaundice langsung. saya dapat petua ni dari nurse di Klinik
kesihatan. Epal tu kalau boring makan, boleh buat jus untuk minum. –Effa Akmal-
7. Makcik saya kata masa dia pregnant dulu, dia amalkan makan quaker
oat..alhamdulillah anak dia semua memang tak ada jaundice pun..saya pun tengah try minum 3
in 1 quaker oat tapi tak pasti berkesan pulak sebab tak bersalin lagi..-Anayle Elyana
Leyana-
8. Anak saya yang ke 3 kene jaundis sampai sebulan.. duduk hospital lama tapi tak turun-turun.. kesian asyik-asyik kena ambil darah. Jenuh saya minum susu kambing
la, mkn kurma bagai tapi tak baik juga. Bila saya dapat anak ke 4 sama juga jaundis. Tapi kali ni saya try petua orang tua bagi baby air gula. So saya bancuh air gula tak manis sangat.. then bagi setitik kat baby pagi dan malam.. alhamdulillah cepat baik. Sambil tu of cos la brestfeeding baby tak tinggal. Bila study balik pasal jaundis.. mmg baby jaundis sebab kurang gula dalam darah sebab tu bilirubin lambat dinyahkan.. something like that. Masa bagi air gula tu setitis je.. tak banyak.... niat tawakal kepadaNya sebab nak baby sihat huhuhu –Fiza Rauf-
9. Saya amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan
sebelum bersalin.alhamdulillah anak tak jaundice. –Lij Ajmain-
10. Masa mengandung makan kurma, madu & buah tembikai, jangan makan
betik waktu mengandung –Siti Aishah Ramli-
11. Untuk hilangkan jaundice..mandikan baby dengan air rendaman taugeh +
daun kucai...setiap hari. ..saya dah cuba pada baby saya masa kena jaundice hari
tu...Alhamdulillah sekejap je hilang kuning nya. ..selamat mencuba. .semoga
Allah permudahkan. –Cahaya Iman-
12. Sewaktu kandungan 7 bulan,saya amalkan makan kacang bendi..alhamdulillah,baby sihat..juandice tetap ada tapi tak banyak..3 anak semua nya tak pernah masuk wad sebab juandice.. –Rashidah Yazan-
13. Pengalaman saya mengandungkan 3 orang anak....yang pertama dan ketiga tak ada kuning...sebabnya selalu makan dekat rumah..masak sendiri tanpa masukkan perasa MSG....yang kedua kuning agak tinggi..sebab selalu makan dekat luar dan banyak makan fast food...tapi tak tahulah apa kaitannya..tapi itu yang terjadi dari pengalaman saya sendiri... –Aazura Ibrahim-
14. Hujung kehamilan boleh amalkan minum susu Higoat setiap
hari..InshaAllah -Hanie Shaari-
15. Saya bagi baby minum air zamzam,air perahan anggur hitam & saya sendiri makan kurma...-Siti Nor Hasanah-
16. Susu Ibu adalah penawar paling mujarab bagi Jaundis.Perlu
Susukan baby sekerapnya 1jam sekali. Kejutkan Baby jika dia tidur. Ada juga
yang kata ibu makan sengkuang cina masa mengandung untuk elakkan jaundis, Kurma
pun boleh.. khasiat pun banyak untuk ibu hamil dan baby. –Set Kesuburan
Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Shaklee-
17. Masa mengandung minum jus delima......5 bulan keatas......titik
jus sengkuang cina dalam mulut. baby..... -Shahriza Nyak Hussin-
18. Jemur dibawah matahari pagi, 8 - 9 pagi –Mal Keet-
19. Cuba try bagi air sengkuang cina.. parut sebiji, tapis dan ambil
jusnya.. bagi pada baby 2 kali sehari, pagi dan malam.. kalau ada air zamzam pun boleh bagi juga pada baby..bagi sikit, dalam 5 ml macam tu.. BF still kena continue juga.. in shaa Allah boleh
turun jaundis baby.. saya amalkan pada baby saya.. sebelum ni 270,seminggu amalkan
alhamdulillah turun..result semalam 200.. apa pun kita usaha,doa dan tawakal..
–Nurlaila Mohamad-
20. Saya amalkan Qaseh Adinda time hamil, Alhamdulillah anak tak kena jaundice.. –Nurul Huda Mesday-
21.
Anak2 sy Alhamdulillah xde jaundice. Yg no.3 aritu bersalin pun
ada tp 1hari je sbb sy bg dia mkn DOUBLE STEMCELL. Supplemente yg sesuai untuk
semua peringkat umur. Xperlu bersusah payah untuk dibawa. Hanya 1 sachet boleh
guna 2hari bagi bayi. Sangat-sangat sesuai bagi ibu dalam pantang..baik pulih sel-sel rosak dan mati dari dalam. Produk ni satu2nya produk supplement yg ADA INSURANS terhadap pengguna yg mengamalkan Double Stemcell ni. SIRIM, KKM, HALAL JAKIM, GMP, M.S.I.G, VEGETARIAN. –Ida Hasniza-
Thursday, June 25, 2015
Cara untuk mengurangkan / menghilangkan batu karang
Beberapa hari lepas ada kawan disahkan menghidap penyakit batu karang dan kat bawah ni ada beberapa tips yang dikongsi oleh sahabat2 lain. Harap dapat membantu sedikit sebanyak kepada yang menghidap penyakit yang sama. Kita cuma berusaha, yang menyembuhkannya adalah Allah SWT.
1. Lobak putih dijadikan jus dan minum 2 kali seminggu untuk menghancurkan batu karang (jangan makan selalu sebab tajam)
2. Elakkan juga meminum kopi dan minuman yang manis.
3. Boleh juga usaha mencari air tawar dengan mana2 ustaz atau Darulsyifa'. Cari orang yang betul, bukan yang baca jampi serapah ye :p
Semoga bermanfaat. Wallahua'lam

Subscribe to:
Posts (Atom)