Halaman

Tuesday, August 11, 2015

Tips elak bayi daripada Jaundice / sakit kuning

Assalamualaikum…

Kat bawah ni saya kongsikan info yang saya kumpul daripada FB untuk rujukan sendiri. Info ini kebanyakannya adalah perkongsian pengalaman individu itu sendiri dan ada juga pengalaman individu lain. Berkesan atau tidak, wallahu a’lam. Tujuannya sebagai rujukan untuk diri sendiri, tetapi untuk memudahkan lagi saya mencari balik info ni bila diperlukan, saya update kan di blog ini. Jadi mommies atau sesiapa saja pun boleh baca sebagai panduan. Semoga berterusan saham akhirat pada empunya badan yang berkongsi ilmu. Terima kasih (‘’,). Tetapi saya ada ubah sedikit penulisan supaya lebih mudah dicari.


Persoalan :  Bagaimana cara nak elakkan bayi daripada terkena Jaundice dan cara untuk sembuhkannya?
(Jaundice atau lebih dikenali sebagai sakit kuning dimana kulit dan mata bayi bertukar menjadi kekuningan)


Jawapan :

1. Masa mengandung saya amalkan makan minyak habbatusauda. Minum air rendaman zafran...makan kekacang contoh badam..pistachio. .kurma kismis..selalu badam tu saya goreng sikit.. blend lepas tu kacau kan dengan susu..susu apa pun boleh..paling elok susu kambing... lepas bersalin terus bagi susu badan....alhamdulillah 4 orang anak-anak saya bebas jaundis. ..syukur sangat-sangat.... –Ummi Nureen-

2. Ada orang kata amalkan makan buah kurma masa mengandung –Sna Nana-

3. Masa kandungan masuk 6 atau 7 bulan, cuba amalkan makan buah kiwi sampai bersalin... Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkis...masa bersalin anak pertama, anak saya kuning, sampai 3 minggu duduk hospital tapi masa preggy anak ke 2, personal Doctor suggest makan buah kiwi, alhamdulillah ank ke 2 lansung tak ada kuning –Nurulz Che Pa-

4. Letak lendir lidah buaya di ubun-ubun baby –Haizeni Ghafar-

5. Petua saya...masa masuk 9 bulan mengandung..amal minum susu kambing fresh.sepanjang mengandung banyak makan kurma dalam kuantiti ganjil...biasa 5 biji sehari. ambil supplement..salindah dari awal pregnant sampai lepas bersalin...kalau baby masih kuning selepas lahir...mandikan baby dengan air rebusan rokok daun (nipah) dan tampal senkuang cina (yang bentuk macam bawang putih) tu dekat dahi.....alhamdulillah...kedua-dua anak saya tak ada kuning. pemakanan dari mengandung harus dijaga...Islam pun menitikberat kan penjagaan pemakanan ketika kehamilan....in sha Allah ..sekadar berkongsi pengalaman –Maliza Mohamad-

6. Saya start makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk 8 bulan sampai saya nak besalin. Memang anak tak ada jaundice langsung. saya dapat petua ni dari nurse di Klinik kesihatan. Epal tu kalau boring makan, boleh buat jus untuk minum. –Effa Akmal-

7. Makcik saya kata masa dia pregnant dulu, dia amalkan makan quaker oat..alhamdulillah anak dia semua memang tak ada jaundice pun..saya pun tengah try minum 3 in 1 quaker oat tapi tak pasti berkesan pulak sebab tak bersalin lagi..-Anayle Elyana Leyana-

8. Anak saya yang ke 3 kene jaundis sampai sebulan.. duduk hospital lama tapi tak turun-turun.. kesian asyik-asyik kena ambil darah. Jenuh saya minum susu kambing la, mkn kurma bagai tapi tak baik juga. Bila saya dapat anak ke 4 sama juga jaundis. Tapi kali ni saya try petua orang tua bagi baby air gula. So saya bancuh air gula tak manis sangat.. then bagi setitik kat baby pagi dan malam.. alhamdulillah cepat baik. Sambil tu of cos la brestfeeding baby tak tinggal. Bila study balik pasal jaundis.. mmg baby jaundis sebab kurang gula dalam darah sebab tu bilirubin lambat dinyahkan.. something like that. Masa bagi air gula tu setitis je.. tak banyak.... niat tawakal kepadaNya sebab nak baby sihat huhuhu –Fiza Rauf-

9. Saya amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan sebelum bersalin.alhamdulillah anak tak jaundice. –Lij Ajmain-

10. Masa mengandung makan kurma, madu & buah tembikai, jangan makan betik waktu mengandung –Siti Aishah Ramli-

11. Untuk hilangkan jaundice..mandikan baby dengan air rendaman taugeh + daun kucai...setiap hari. ..saya dah cuba pada baby saya masa kena jaundice hari tu...Alhamdulillah sekejap je hilang kuning nya. ..selamat mencuba. .semoga Allah permudahkan. –Cahaya Iman-

12. Sewaktu kandungan 7 bulan,saya amalkan makan kacang bendi..alhamdulillah,baby sihat..juandice tetap ada tapi tak banyak..3 anak semua nya tak pernah masuk wad sebab juandice.. –Rashidah Yazan-


13. Pengalaman saya mengandungkan 3 orang anak....yang pertama dan ketiga tak ada kuning...sebabnya selalu makan dekat rumah..masak sendiri tanpa masukkan perasa MSG....yang kedua kuning agak tinggi..sebab selalu makan dekat luar dan banyak makan fast food...tapi tak tahulah apa kaitannya..tapi itu yang terjadi dari pengalaman saya sendiri... –Aazura Ibrahim-

14. Hujung kehamilan boleh amalkan minum susu Higoat setiap hari..InshaAllah  -Hanie Shaari-

15. Saya bagi baby minum air zamzam,air perahan anggur hitam & saya sendiri makan kurma...-Siti Nor Hasanah-

16. Susu Ibu adalah penawar paling mujarab bagi Jaundis.Perlu Susukan baby sekerapnya 1jam sekali. Kejutkan Baby jika dia tidur. Ada juga yang kata ibu makan sengkuang cina masa mengandung untuk elakkan jaundis, Kurma pun boleh.. khasiat pun banyak untuk ibu hamil dan baby. –Set Kesuburan Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Shaklee-

17. Masa mengandung minum jus delima......5 bulan keatas......titik jus sengkuang cina dalam mulut. baby..... -Shahriza Nyak Hussin-

18. Jemur dibawah matahari pagi, 8 - 9 pagi –Mal Keet-

19. Cuba try bagi air sengkuang cina.. parut sebiji, tapis dan ambil jusnya.. bagi pada baby 2 kali sehari, pagi dan malam.. kalau ada air zamzam pun boleh bagi juga pada baby..bagi sikit, dalam 5 ml macam tu.. BF still kena continue juga.. in shaa Allah boleh turun jaundis baby.. saya amalkan pada baby saya.. sebelum ni 270,seminggu amalkan alhamdulillah turun..result semalam 200.. apa pun kita usaha,doa dan tawakal..  –Nurlaila Mohamad-

20. Saya amalkan Qaseh Adinda time hamil, Alhamdulillah anak tak kena jaundice.. –Nurul Huda Mesday-

21.   Anak2 sy Alhamdulillah xde jaundice. Yg no.3 aritu bersalin pun ada tp 1hari je sbb sy bg dia mkn DOUBLE STEMCELL. Supplemente yg sesuai untuk semua peringkat umur. Xperlu bersusah payah untuk dibawa. Hanya 1 sachet boleh guna 2hari bagi bayi. Sangat-sangat sesuai bagi ibu dalam pantang..baik pulih sel-sel rosak dan mati dari dalam. Produk ni satu2nya produk supplement yg ADA INSURANS terhadap pengguna yg mengamalkan Double Stemcell ni. SIRIM, KKM, HALAL JAKIM, GMP, M.S.I.G, VEGETARIAN. –Ida Hasniza-

No comments: