Halaman

Wednesday, July 14, 2010

Sepotong roti penebus dosa


Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy’ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa, lelaki itu berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti.”
Zaman dulu, di sebuah tempat ibadat, ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan Allah SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat ibadat itu kecuali pada hari yang ditentukannya.
Bagaimanapun, satu hari dia digoda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan-Nya.
Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai ke sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin. Kerana keletihan, dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.
Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang member sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam.
Pada satu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka.
Bagaimanapun, seorang daripada fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu.
Bertanyalah fakir miskin itu: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?” Individu berkenaan menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya sudah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang.”
Mendengarkan ungkapan individu yang membahagikan roti, lelaki yang bertaubat itu mengambil roti diterimanya dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokan harinya, dia meninggal dunia.
Di depan Allah SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa tujuh malamnya. Ternyata hasil daripada timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat terbabit.
Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat kalahkan perbuatan dosa terbabit.
Kepada anaknya, Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu.”

Tuesday, July 13, 2010

Baju apa yang sesuai untuk ke majlis pengebumian?

Orang zaman sekarang ramai yang dah konfius pasal agama. Mungkin pengaruh dari tv kuat sangat. Sebagai orang Islam, tak ada syarat yang mengatakan wajib pakai baju warna putih atau hitam untuk ziarah orang meninggal atau hadiri majlis pengebumian. Itu semua adalah adat orang barat. Betapa hebatnya mereka kerana dapat menyerapkan budaya mereka dalam diri orang melayu, masyaAllah. Mereka tidak menyerang secara kasar, tetapi cukup dengan sekadar menyerang kita secara halus kerana dengan itu, kita tidak akan sedar bahawa mereka sedang menjajah diri kita. Siapa yang salah dalam hal yang sebegini? Tepuk dada, dan tanyalah diri sendiri. Jadi nasihat saya pada kawan2, pakai lah baju apa sahaja dan warna apa sekali pun, tetapi mestilah sopan dan menutup aurat.

Monday, July 12, 2010

Puasa

Sedar tak sedar,puasa dah dekat. Kepada kawan2 tu, jangan lupa ye ganti puasa. bulan puasa ni la kita kena kejar pahala. Rebut la peluang untuk buat amal di bulan puasa nanti. Kepada sesiapa yang pernah tak ganti puasa pada tahun2 sebelum nya, kena la ganti puasa n bayar denda. Jangan amek ringan benda2 ni taw. Pejam mata tu n ingat betul2 puasa yg dah lama2 tu samada kita dah ganti ke belum. Kalau belum, berganda2 la denda yang kita kena lunaskan. So kenapa nak tangguh lagi? kalau bab raya, xpernah miss beli baju raya, so kalau bab puasa, korang kena lah buat macam tu juga..