Sunday, May 6, 2012
Menghalang saf dengan sejadah
Perbuatan ini kerap berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika mereka ingin mengambil wuduk, kebiasaanya mereka akan meletakkan sejadah sebagai tanda bahawa itu adalah tempat untuk mereka menunaikan solat, walhal perkara tersebut adalah salah dan menimbulkan kesusahan kepada orang lain yang ingin menunaikan solat.
p/s: muhasabah diri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Saturday, May 5, 2012
Janganlah kamu sembunyikan kebenaran.
Saturday, March 17, 2012
Ikhlaskah kita
Ayat ni seringkali kita dengar dan dah jadi macam perkara biasa. Tapi siapa sangka sebenarnya keikhlasan seseorang itu adalah urusan Allah S.W.T..
Walaupun diri sendiri pun kita tidak akan tahu samada kita ikhlas atau tidak. Jadi tidak perlulah kita pertikaikan keikhlasan seseorang yang melakukan kebaikan. Kerana itu semua hanya Allah S.W.T. yang tahu.
p/s: ingatan ini juga untuk diri sendiri -_-
Renungkan
Zul: Mesti bayar mahal kan. Padahal benda macam tu boleh je cari dekat masjid2.
Ali: Tak apalah,benda yang baik saya tak berkira sangat.
Zul: Biasa lah, orang kayalah katakan. Siap panggil ustaz datang kat rumah lagi...
p/s: Ini la mentaliti masyarakat sekarang. Sibuk nak mencari kesalahan orang yang nak buat kebaikan. Bila berkaitan agama, semuanya nak berkira. Tapi bila berkaitan hiburan dan pembaziran, tak fikir pun.
Monday, March 5, 2012
Renungkan
Sunday, August 14, 2011
Tip mudah mencari muka surat bagi tiap juz al-Quran
Kat sini saya nak kongsi cara yang senang dan cepat untuk mencari muka surat bagi tiap juz yang kita nak baca. Guna matematik yang ringkas je. Tak guna kalkulator pun tak pe.
1. Pilih juz yang kita nak. Contohnya juz 10. Kemudian tolak dengan 1
10 - 1 = A
2. Jawapan yang kita dapat tadi, didarab pula dengan 2
A x 2 = B
3. Kemudian letakkan nilai 2 pada jawapan yang kita dapat tadi
B 2
CONTOH:
10 - 1 = 9
9 x 2 = 18
# Jadi jawapannya ialah muka surat 182.
** Ada sebahagian al-Quran mempunyai muka surat yang berbeza dengan al-Quran lain, tapi cara ni tetap boleh digunakan kerana perbezaan muka surat hanya 1 atau 2 helai je.
Wednesday, August 10, 2011
Meninggalkan tabiat menipu, percakapan kotor dan karut
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah dengan menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan: 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa,' " (Riwayat Ibn Khuzaimah, hadis sahih)
Friday, August 5, 2011
Diazab kerana berbuka sebelum waktu
Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: ‘Dakilah.’ Aku berkata: ‘Aku tidak boleh melakukannya.’ Mereka berkata: ‘Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.’
Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: ‘Suara apakah itu?’ Mereka menjawab: ‘Itu adalah jeritan para penghuni neraka.’
Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah. Aku bertanya: ‘Siapakah mereka itu?’ Mereka menjawab: ‘Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.” (Riwayat al-Baihaqi)
Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimanapula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.
Oleh: Mohd. Al-Adib Samuri
Thursday, August 4, 2011
Nyamuk VS Harimau
---> Saya rasa, ramai yang akan jawab HARIMAU.
Tapi antara harimau dengan nyamuk, yang mana lagi berbahaya?
---> Mestilah NYAMUK. Tapi kenapa ye? Kan nyamuk tu kecik aje. Sekali tepuk pun dah mati!
Cuba anda ingat balik berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar. Sedikit je bilangan orang yang mati akibat dibaham harimau. Tapi bilangan orang yang mati akibat nyamuk adalah lebih tinggi kerana penyakit yang dibawa, semuanya berbahaya dan boleh membawa maut, contohnya seperti demam denggi, malaria dll.
Ramai yang takut dengan harimau kerana saiznya yang besar.
Samalah macam perbuatan zina. Ramai yang benci akan perkara ni. Tapi ada tak kita terfikir macam mana perbuatan terkutuk ni berlaku? Tak mungkin akan berlaku tiba-tiba je. Pasti ada permulaannya iaitu “ringan-ringan”.
Ramai yang tidak sedar dan menganggap perkara ini tidak serius. Malah ada yang rasa tidak bersalah apabila bersentuhan dengan ajnabi. Contohnya bersalaman sesama umat yang berlainan jantina. Banyak lagi perkara yang boleh membawa kita ke arah maksiat, tetapi kita tidak sedar. Contohnya keluar berdua-duaan, berbalas SMS yang tidak penting, berbual mesra antara lelaki dan perempuan, dll.
Walaupun kita nampak perkara ni kecik dan remeh, tapi sebenarnya perkara ini la yang akan membawa kepada kehancuran yang lebih besar. Sama lah macam kes nyamuk dan harimau tadi.
Renungkan
Monday, August 1, 2011
Ashraf Hafiz
Terkejut juga sebab semalam terbaca satu entri yang mengutuk arwah. Sebagai orang Islam, tak perlulah kita nak kutuk atau nak aibkan sesiapa walaupun orang tu bukan la orang Islam. Berdosa bila kita kutuk seseorang, apatah lagi bila orang yang kita kutuk tu dah meninggal dunia.
Siapa kita nak menghukum seseorang? Lagipun kita tidak tahu cerita sebenar kenapa arwah buat macam tu. Sekadar baca cerita dia di surat khabar, tak mencukupi. Kadang-kadang dalam paper, ada info yang salah.
Bertaubat lah selagi ada masa. Itu urusan dia dan Allah, tak perlu kita nak marah-marah dia lagi. Kalau dia masih hidup sekalipun, Islam dah ajar supaya beri nasihat jika ada di antara kita yang buat salah, bukan mencaci macam tu.
Jangan disebabkan marah dengan perbuatan seseorang, kita menghina, memfitnah, atau buat apa-apa perbuatan yang dilarang dalam Islam, nanti dosa kita pula yang lebih berat daripada orang yang kita hina tu.
Budaya couple
Sekarang, dunia dah berubah. Sukar untuk mencari pasangan yang bercinta selepas kahwin. Kalau ada pun, satu dalam seribu.
Saya pernah dengar budak-budak sekolah sekarang kata kalau tak ada pasangan, orang tu ketinggalan zaman.
Yang membuatkan saya lagi terkejut apabila ada di antara mereka yang bangga dan menghebohkan perbuatan terkutuk yang mereka telah lakukan bersama pasangan masing-masing. Tanpa ada perasaan malu, mereka menceritakan pengalaman itu pada rakan-rakan. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka seolah-olah mengutuk dan mencaci mereka yang tiada pasangan kekasih dan tidak pernah melakukan zina. MashaAllah.
Kepada pihak yang bertanggungjawab, tolonglah laksanakan hukuman yang telah tertulis di dalam al-Quran. Saya tak sanggup lagi melihat dan fikir keadaan negara kita dalam masa 10 tahun akan datang. Penjenayah juga seolah-olah dah tak ada rasa takut untuk melakukan jenayah di negara ini.
Saturday, July 30, 2011
Wali bagi anak luar nikah
Kasihan pada anak-anak yang tidak bersalah dan terpaksa menanggung beban sepanjang hayat akibat perbuatan terkutuk ibu bapa mereka. Kita seharusnya sedar akan keburukan yang akan berlaku sekiranya melanggar perintah Allah SWT. Tetapi ramai yang hanyut dengan dunia mereka sendiri sehingga tidak sedar akan sengsara yang akan ditanggung oleh anak yang bakal lahir akibat daripada perbuatan sumbang mereka.
Anak-anak ini akan menanggung malu yang amat sangat apabila dihina dan dipandang jijik. Sedangkan mereka tidak bersalah. Seharusnya masyarakat tidak menghukum mereka atas apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Kita sepatutnya memberi sokongan dan perhatian supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Mereka sudah cukup menderita apabila mengetahui status diri, apatah lagi sekiranya masyarakat di sekeliling memandang hina. Semua bayi yang dilahirkan, adalah dalam keadaan suci. Yang akan membezakannya adalah cara didikan yang diberikan.
Berbalik kepada persoalan diatas, apabila anak luar nikah ini ingin berkahwin, lelaki yang telah menghamilkan perempuan(ibu kepada anak luar nikah) tersebut, tidak boleh menjadi wali. Sekiranya ada diantara anak luar nikah ini masih tidak mengetahui status diri sendiri, perlulah diberitahu segera. Ini adalah kerana dikhuatiri pernikahan yang akan berlangsung, menjadi tidak sah kerana diwalikan oleh lelaki yang menghamilkan ibunya.
Orang yang layak menjadi wali kepada anak luar nikah ini adalah wali hakim. Caranya, buat aduan kepada jabatan atau majlis agama Islam negeri tentang kedudukan sebenar, insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.
Tuesday, July 26, 2011
Ahli Kitab
Ahli Kitab ialah orang Yahudi dan Nasrani. Mereka beriman dengan Kitab Injil dan Kitab Taurat semasa Nabi Isa a.s. dan Nabi Musa a.s. masih hidup. Mereka menerima ajaran kedua-dua nabi tersebut dari sumber asal. Kemudian mereka mengajar pula kepada anak cucu mereka dengan ajaran tersebut. Ajaran ini terus diamalkan selagi mereka dan keturunan mereka masih hidup.
Lain pula dengan orang Yahudi dan Nasrani yang tidak menerima ajaran nabi mereka, tetapi menerima setelah nabi mereka wafat. Mereka ini tidak tergolong dalam golongan Ahli Kitab. Jadi keturunan mereka ini juga tidak boleh didakwa sebagai Ahli Kitab.
Bolehkah berkahwin dengan Ahli Kitab?
Orang yang menganut agama Kristian dan bukan daripada golongan orang Yahudi atau Nasrani, bukanlah Ahli Kitab. Jadi orang Islam tidak boleh berkahwin dengan mereka walaupun atas alasan mereka adalah Ahli Kitab.
Sekarang, semakin sukar untuk bertemu dengan Ahli Kitab kerana kebanyakannya sudah bercampur aduk.
Salahkah ada abang, kakak atau adik angkat?
Ramai orang yang dah tersalah anggap dengan istilah adik beradik angkat. Bila ada adik beradik angkat, ramai yang fikir hukumnya sama seperti adik beradik kandung. Walaupun sudah anggap mereka sebagai keluarga kandung, hubungan mereka tetap ajnabi dan bukan mahram kerana hukum Allah tetap tidak berubah hanya dengan sesuatu anggapan.
Anggapan lelaki tersebut salah kerana apabila dia berjumpa berdua-duaan dengan adik angkat, ia adalah berkhalwat kerana mereka adalah bukan mahram. Perempuan tu boleh jumpa rakan-rakan perempuan yang lain jika ada masalah dan ingin luahkan perasaan. Tidak ada sebarang alasan kukuh kenapa dia perlu jumpa abang angkat kerana ini akan menimbulkan fitnah.
Trend remaja sekarang ialah mempunyai adik beradik angkat yang berlainan jantina dengan diri mereka. Apakah alasan mereka? Kenapa tidak ambil sahaja mereka yang sama jantina dengan kita? Fikir-fikirkan
Saturday, July 23, 2011
Mengidam makanan haram
Ni ada satu kes yang saya pernah dengar. Memang pelik dan memeranjatkan apabila ada seorang perempuan mengandung yang beragama Islam, minta suaminya belikan sup khinzir sebab dia mengidam sangat nak makan makanan tu. Seperti yang kita tau, umat Islam dilarang sama sekali untuk menjamah makanan yang mengandungi khinzir. Kalau nak sentuh pun tak boleh, apatah lagi nak makan.
Kalau seseorang wanita mengidam makanan yang haram, tidak boleh dituruti kerana ianya adalah bisikan syaitan semata-mata. Biarlah mati bersalin kerana mati bersalin itu antara mati syahid, daripada mematuhi kehendak syaitan dan masuk neraka.
Mengidam makanan yang dicuri juga tidak boleh dituruti.
Friday, July 22, 2011
Hukum Memakai minyak wangi
Mungkin ramai perempuan di luar sana yang sudah tahu akan hukum memakai perfume. Tetapi saya perhatikan masih ramai perempuan memakai perfume yang kuat sangat baunya apabila keluar bersiar-siar, shopping atau ke majlis-majlis. Kalau seorang perempuan boleh tertarik dengan keharuman bau perfume tu, apatah lagi kaum lelaki. Mereka yang memakai perfume ini diibaratkan sebagai penzina.
Terdapat beberapa hadis tentang tajuk ini yang dipetik di KSJAHadits Pertama :
“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Hadits Kedua :
“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”
(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)
Hadits Ketiga :
“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)
Hadits Keempat :
“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.”
(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)
Hadits Kelima :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Keenam :
“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Ketujuh :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Hadits Kelapan :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Kesimpulan :
1) Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).
2) Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.
3) Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.
Tuesday, July 19, 2011
Seketul keju dan sehelai tuala kecil
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
Wednesday, July 6, 2011
Batasan pergaulan lelaki dan perempuan

1. Alam persekolahan / remaja : berkenalan hanya boleh antara sama jantina, HARAM berkenalan antara perempuan dan lelaki.
2. Alam muda-mudi pada usia yang sudah sepatutnya berkahwin : perkenalan mestilah antara perantaraan mahram, mereka tidak boleh berhubung secara langsung.
3. Dalam masa bertunang : perhubungan mereka mesti ditemani oleh mahram yang lain. Mereka tidak boleh bebas berdua-duaan ke mana sahaja.
Kesimpulannya, berkenalan antara dua jantina hendaklah dibuat atas dasar syariat Islam, dan dilakukan semata-mata kerana Allah, serta diperkuat dengan ada niat untuk berkahwin. Sebarang perkenalan yang terkeluar daripada batas-batas ini adalah DILARANG.