Halaman

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Demam campak kecil

Demam campak kecil lebih kurang macam demam campak biasa. Sebelum ni tak pernah tahu pun pasal demam campak kecil sehingga la kena dekat diri sendiri.

Dah dua tahun berlalu, tapi masih teringat lagi pengalaman kena demam campak kecil. Malam sebelum tidur tu, ada tengok cermin. Nampak dua tiga bintik warna merah dekat muka, so fikir muka naik jerawat. Tapi pelik juga sebab tak pernah naik jerawat pun sebelum ni.

Esok pagi-pagi lagi dah bangun nak bersiap ke kelas. Tiba-tiba ternampak bintik warna merah ada dekat lengan pulak. Ah sudah!! Ni kenapa pula ada dekat lengan. Nak kata bilik tu ada nyamuk, tak nampak pulak.

Dalam hati ni dah mula rasa risau sebab tak pernah terjadi lagi benda macam tu. Lepas tu terus call mak dan tanya kenapa jadi macam tu. Mak kata, "demam campak kot" sebab bintik-bintik tu naik dekat muka dulu dan turun sampai ke kaki.

Tapi tak mungkin la demam campak sebab masa kecik-kecik dulu dah kena dah. Seminggu sebelum naik bintik-bintik ni, demam 3 hari.

Hari tu, lepas habis kelas, terus pergi klinik. Masa jumpa doktor, dia tengok-tengok bintik tu. Ni perbualan aku dengan doktor tu(siap ada dialog lagi,hehehe),

Doktor: Awak duduk mana? Kolej atau rumah sewa?
Me: Rumah sewa.
Doktor: Ada rasa gatal-gatal tak?
Me: Tak ada.
Doktor: Awak alah dengan air ni.
Me: Tak mungkin lah doktor sebab saya dah lama duduk rumah tu dan tak pernah alah dengan air paip
Doktor: Betul. Ramai student yang jumpa saya, alah dengan air.
Me: Tapi kenapa naik dekat muka dulu, then baru turun dekat badan?
Doktor: Awak nak ubat makan atau suntikan? Kalau suntikan, bintik-bintik ni cepat sikit hilang?
Me: Suntikan?? Tapi betul ke saya alah dekat air?
Doktor: Betul kot. (hari tu aku asyik terpikir, kenapa doktor ni macam tak yakin dengan jawapan dia)
Me: Ok lah, saya setuju.


Yang pelik nya, esok kan tu bintik-bintik tu makin banyak. Satu badan gatal-gatal. Kalau kena air, jadi pedih sangat. Terus aku call kakak dan dia bawak aku pergi hospital.

Kat hospital tu, doktor ambil darah. First time kena ambil darah,huhuhu. Bila dah keluar keputusan, doktor kata aku sebenarnya kena demam campak kecil. Doktor kata, demam campak kecil tak sama macam demam campak biasa. Sebab tu aku kena demam campak kecil ni walaupun dulu dah pernah kena demam campak yang berair tu. Lepas tu, aku terus teringat kat housemate sebab 2 orang housemate aku kena demam campak. Seminggu lepas aku naik campak, housemate aku lagi sorang pulak kena. Kesian diorang, tapi nak buat macam mana kan.

Saturday, July 16, 2011

Buah jering menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi

Kepada penggemar buah jering, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil jering dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana buah jering yang mentah atau jering rebus yang tidak berapa masak boleh mengakibatkan kerosakan/kegagalan buah pinggang selama lebih kurang seminggu.



Perkara ini terjadi kerana kandungan "Djengkolic acid" yang ada di dalam buah jering. Jika hendak mengurangkan kandungan asid ini, jering perlu direbus sehingga masak.

Bagi pesakit buah pingggang kronik, anda tidak digalakkan untuk memakan buah ini.

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti dibawah, segara berjumpa doktor dan yang paling penting, maklumkan kepada doktor bahawa anda telah makan buah jering supaya doktor dapat memberi rawatan yang sepatutnya.

Antara simptom-simptom tersebut ialah:
1. Air kencing bercampur darah
2. Tidak kencing langsung
3. Sakit perut berpanjangan

Buah-buahan yang boleh membantu untuk turunkan berat badan

Diet biasanya sinonim dalam kalangan wanita. Tetapi ada juga segelintir daripada mereka terdiri daripada kaum adam. Kawan aku pun ramai yang mengamalkan diet, tapi macam-macam cara ada. Ada yang tak makan nasi langsung, ada yang makan nasi tapi sedikit aje la. Ada juga yang makan buah dan sayur.

Ni aku ada terbaca satu artikel tentang khasiat buah yang dapat membantu turunkan berat badan.

Antaranya ialah:

1. Limau gedang
Kandungan asid sitrik pada buah ini dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan

2. Oren
Buah oren dipercayai mengandungi kandungan serat paling tinggi. Serat ini merupakan jenis larut di dalam air dan menyebabkan keinginan seseorang untuk menikmati karbohidrat berkurangan

3. Epal
Mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya

4. Beri
Kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh

5. Tembikai
Terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh yang singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut

Sunday, July 10, 2011

Keajaiban darah tali pusat bayi

Sudah menjadi amalan masyarakat Melayu, plasenta dan tali pusat akan dibersihkan sebelum ditanam rapi setelah kelahiran cahaya mata. Pengendaliannya dibuat secara cermat dan tertib sebagai penghormatan kerana ‘menemani’ bayi di dalam perut selama lebih sembilan bulan.

Tidak ramai yang maklum, tali pusat bayi sebenarnya cukup berharga meskipun setelah si kecil menjengah dunia. Hal ini kerana sel stem yang diperoleh menerusi darah pada tali pusat sekiranya disimpan, boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk yang sukar diubati.

Begitu pun, ia perlu disimpan secara betul agar tidak matang sekali gus berguna apabila diperlukan pada masa depan.

Sel stem ini pula tidak semestinya bermanfaat kepada bayi pemilik darah sahaja tetapi juga boleh digunakan oleh adik-beradik, ibu bapa dan saudara terdekat sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Bagaimanapun, peratusan kesesuaian untuk adik-beradik lebih tinggi berbanding pertalian lain.

Selain tali pusat, sel stem juga boleh diperoleh daripada tulang sum-sum tetapi cara ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga lebih tinggi risiko pencemaran berbanding pengambilan daripada tali pusat bayi.

Terdapat kajian menyatakan, sel stem binatang juga boleh digunakan untuk merawat penyakit dihidapi manusia pada zaman ini. Namun bagi masyarakat Islam, sel stem daripada bayi sudah tentu jauh lebih baik berbanding sel stem binatang yang diragui keberkesanannya dan hukumnya dari segi syarak sekiranya digunakan pada manusia.

Keistimewaan sel stem hingga ia mampu menjadi penawar penyakit adalah sifat sel ini yang kosong dan memiliki keupayaan untuk merangsang pembentukan sel lain seperti sel darah, sel system pertahanan badan, sel jantung, sel saraf, sel otot dan tulang.

Dianggarkan, lebih 75 penyakit termasuk yang berbahaya dan mengancam nyawa boleh dirawat menggunakan sel stem. Pada masa terdekat, manfaat sel stem daripada darah tali pusat bayi turut dipercayai bakal digunakan untuk rawatan estetik, hati dan pertumbuhan semula anggota.

Sayangnya, kesedaran untuk menyimpan sel stem bayi masih rendah di Malaysia terutama dalam kalangan bumiputera. Sedangkan kos untuk menyimpannya jauh lebih murah berbanding kebanyakan negara lain.

Di Malaysia, sejak 2002 kerajaan mengiktiraf kepentingan sel stem darah tali pusat menerusi penubuhan bank darah tali pusat di Pusat Darah Negara. Seterusnya pelbagai kempen kesedaran dijalankan termasuk menggunakan khidmat penghibur terkenal, Datuk Sheila Majid yang turut menyimpan sel stem anaknya.

Selain Bank Darah Negara, terdapat syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan perbankan sel stem darah tali pusat. Antaranya CellSafe International yang terletak di Northpoint Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa di Asia semakin menyedari kepentingan menyimpan sel stem bayi mereka sebagai insurans-bio tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia boleh dikatakan masih rendah terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

"Mungkin pada masa depan keadaan berubah dan penyimpanan sel stem akan disedari sama pentingnya seperti mengambil insurans perubatan anak," ujar pengarah eksekutif CellSafe, Lau Kin Wai.

CellSafe merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Sepax dari Switzerland untuk memastikan perolehan sel stem sewaktu pengekstrakan adalah optimum. Ia juga menawarkan tapak simpanan sekunder untuk lebih jaminan keselamatan, amalan yang biasa dilakukan bank-bank darah tali pusat di Eropah.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyimpan sel stem daripada darah tali pusat bayi mereka, persediaan harus dibuat dengan memaklumkan pihak yang dipilih melakukan perbankan berkenaan. Hal ini kerana sampel darah biasanya perlu diambil dan diproses dalam tempoh 48 jam bagi memastikan kebolehhidupan sel stem yang lebih tinggi.

Dalam pada itu angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Datin Dr Harlina Mohd Yunos antara selebriti yang turut mengikut jejak langkah Datuk Sheila Majid apabila mengambil keputusan untuk menyimpan sel stem darah tali pusat anak mereka kelak di CellSafe.

"Ia umpama insurans untuk anak saya kerana darah tali pusat ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa."

"Memandangkan kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan, ini merupakan persediaan yang baik untuk bayi," kata Dr Sheikh Muszaphar yang berharap pembabitannya akan mencambahkan minat lebih ramai ibu bapa untuk mengikut jejak langkahnya.

Isterinya, Dr Halina pula menyifatkan keputusan untuk menyimpan sel stem darah tali pusat bayi mereka bersandarkan keinginan setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik pada anak masing-masing.

Oleh:Aida Azura Azemi

Thursday, April 14, 2011

Pendarahan Berpunca Daripada Gigi Tercabut

Jika sebatang gigi sekunder tercabut, ia perlu ditanam semula ke dalam rongga (soket) dengan segera. Minta mangsa untuk menyimpan giginya yang telah tercabut itu di dalam mulutnya. Selain daripada itu, anda juga boleh meletakkan gigi ke dalam bekas yang terisi dengan susu untuk mengelakkannya daripada kering.

Bagi mencegah tisu-tisu pada gigi menjadi rosak, elakkan daripada mencuci gigi itu. Ia boleh mengurangkan peluang untuk gigi ditanam semula kelak.

Masukkan semula gigi secara perlahan-lahan ke dalam soket pada gusi. Tekankan pad yang berkapas di antara gigi atas dan juga bawah. Jangan lupa pakai sarung tangan pakai buang sebelum melakukan proses ini.

Minta mangsa untuk memegang giginya dengan hati-hati. segera hantar mangsa ke hospital berhampiran agar gigi yang tercabut dapat ditanam semula secepat mungkin.

**Tapi apa pun, perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor.

Saturday, January 29, 2011

Kepada yang tak suke berjalan..




Kenapa manusia tak suka berjalan jauh? Penat? Tak cukup masa? Malas? Nak jimat tenaga? Anyway, buang lah semua sikap yg negatif tu dari sekarang okey? Sebab berjalan jauh ni, banyak kelebihan dan kebaikan kat diri kita.

Nak tau apa kebaikannya? Jom baca.

1. Tubuh badan akan lebih cergas
2. Boleh elak dari penyakit nyanyuk
3. Elak dari penyakit osteoporosis
4. Terhindar dari penyakit tekanan darah tinggi
5. Elak dari obesiti dan macam2 lagi

Tak percaya?? Terpulang la. Tepuk dada, tanya hati =)

So mulai dari sekarang, parking la kereta tu jauh2 sikit ye, dan biar tempat parking yang dekat tu kosong je..hehehe.. Lagi bagus kalau gi kerja jalan kaki jer ;p