Halaman

Showing posts with label macam-macam tip. Show all posts
Showing posts with label macam-macam tip. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Cara elak bayi muntah susu yang telah diminum

Selepas memberi bayi minum susu, jangan terus tidurkan bayi anda atau baringkan bayi atas tilam kerana perkara ini boleh menyebabkan bayi anda memuntahkan semula susu yang diminum melalui mulut atau hidung.

Tip untuk elakkan bayi tu muntah ialah dengan membiarkan bayi anda sendawa terlebih dahulu sebelum anda tidurkan bayi atau baringkan atas tilam.

Anda perlu menggosok belakang bayi anda sehingga dia sendawa.



** Jangan beri susu pada bayi dalam keadaan bayi itu baring, atau kata lain nya ialah paras kepala bayi anda sama dengan badan dan kaki. Perbuatan ini boleh membahayakan nyawa bayi anda. Pastikan kepala bayi diangkat sedikit atau ditinggikan sedikit.

Saturday, November 12, 2011

Tip cuci perut lembu

Cara senang untuk cuci perut lembu ialah dengan menggunakan kapur makan. Sapukan kapur tu pada bahagian perut lembu dan biarkan sekejap. Kemudian boleh la gosok perut lembu tu macam nak cuci kain. Boleh juga guna berus atau pisau. Lapisan perut yang kehitam-hitaman tu akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan.

Tuesday, October 18, 2011

Tip tanggalkan gula-gula getah pada pakaian

Biasa kalau pergi jalan2 kat mana2, mesti ada je chewing gum yang dibuang merata-rata tempat. Kadang2 rasa geram jugak. Tak pasal2 melekat dekat baju atau seluar. Haish!!

Nasib baik la ada cara senang untuk tanggalkan chewing gum ni. Kalau pakaian anda kena gula-gula getah ni, try masukkan pakaian tu dalam peti sejuk yang dekat bahagian sejuk beku selama sejam. Lepas tu boleh la try buang chewing gum tu. Cara ni lebih mudah sebab chewing gum tu dah jadi keras.

Selamat mencuba! (^_^)

Friday, September 2, 2011

Hilangkan kesan kuning pada gelas

Biasanya kalau kita buat air teh atau kopi dalam cawan yang berwarna putih, mesti akan meninggalkan kesan kuning2 pada gelas tu. Kalau cuci dengan sabun, susah nak tanggalkan warna kuning walaupun dah dicuci berkali-kali.

Ada yang menggunakan klorok untuk memutihkan cawan tersebut. Tapi tak elok la kalau guna klorok sebab klorok kan sesuai untuk pakaian.

Apa kata anda cuba guna ubat gigi. Ambil sedikit ubat gigi dengan menggunakan kain atau tisu, kemudian sapu pada bahagian cawan yang kekuningan. Nanti anda akan nampak hasilnya. Selamat mencuba!

Wednesday, August 24, 2011

Elak menjadi mangsa godam

Ketahui cara licik penggodam tembusi dinding keselamatan syarikat @ komputer peribadi

Baru-baru ini Gadjet menghadiri sidang media secara talian bersama Pengarah, Penyelidik Global, Pasukan Analisis, Kaspersky Lab, Costin Raiu di Romania.

Menurut Costin Raiu, emel merupakan alat utama yang sering digunakan oleh penggodam untuk menembusi dinding keselamatan sesebuah syarikat mahupun komputer persendirian.

Pengguna internet disarankan agar tidak membuka emel pelik yang diterima dengan mengepilkan Word, Powerpoint, PDF dan Excel yang tidak dikenali pengirimnya, sebaliknya perlu terus membuangnya daripada inbox emel.

WARNING ! ! ! ! THIS NOTICE IS DIRECTED TO ALL ON FACEBOOK:
IF SOMEONE IN YOUR PROFILE OR A FRIEND SENDS YOU A LINK THAT SAYS "VISIT THE NEW FACEBOOK", DO NOT OPEN. . . IF YOU DO, YOU CAN SAY GOODBYE TO YOUR FACEBOOK PAGE! THIS IS ACTUALLY THE WORK OF A HACKER WHO STEALS YOUR DETAILS AND REMOVES YOU PERMANENTLY FROM YOUR OWN PAGE.


Manakala sasaran yang sering menjadi mangsa godam merupakan individu yang tergolong daripada bahagian pengurusan atasan syarikat, Sumber Manusia, Penjualan dan Pemasaran kerana individu yang disenaraikan ini mempunyai akses mudah kepada maklumat penting sesebuah syarikat.

Emel yang sering dihantar pula biasanya dihantar daripada emel orang atasan seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan emel yang turut dikepilkan bersama Word, Excel dan PDF. Cara godam ini sangat popular dan sering kali tidak disedari walaupun sudah digodam.

Oleh itu, untuk terus selamat menggunakan internet, pengguna dinasihatkan menggunakan Windows 7 (64 bit), Google Chrome untuk melayari internet kerana Chrome merupakan enjin carian yang paling selamat dan menggunakan VPN apabila menggunakan akses WiFi, selain memastikan Windows, MS Office, Adobe Reader dan Flash dikemas kini setiap masa.

Bagi memastikan keselamatan ketika melayari internet di mana jua, pengguna telefon pintar pula perlu memastikan tidak menggunakan sambungan WiFi luar, tidak guna kata laluan yang mudah dan memuat turun aplikasi tidak dipercayai.

Namun apa yang lebih penting ialah menggunakan kata laluan unik dan kuat seperti mempunyai kombinasi huruf, simbol dan nombor bagi setiap kata laluan, contohnya ~C@Nn13@#$%^~

Selain itu, pengguna internet juga dinasihati agar tidak menggunakan kata laluan yang sama bagi emel, perbankan dalam talian dan laman sosial kerana cara tersebut memudahkan lagi penggodam memasuki data dan maklumat peribadi pengguna.

Juga ketika melayari internet, pengguna internet perlu lebih peka terhadap setiap laman web, pastikan laman web yang dilayari mempunyai https:// terutamanya ketika membuat perbankan internet.

Sumber: Sinar harian 22 Ogos 2011

Friday, August 19, 2011

Petua menghilangkan bau hanyir ayam

Biasanya ayam yang baru dibeli akan berbau hanyir. Jadi saya nak kongsi tip untuk menghilangkan bau hanyir ayam.

Selepas dah kerat dan buang kulit ayam, rendamkan ayam dalam air yang dicampurkan dengan cuka. Rendam lebih kurang dalam setengah jam. Lepas tu, boleh la bilas ayam tu dengan air dan simpan. Bau hanyir ayam akan berkurangan.

Nak perah jus limau kasturi atau limau nipis pun boleh. Try la ye

Friday, July 29, 2011

Tip membeli kenderaan terpakai

Sebelum membeli, pastikan periksa kenderaan tersebut satu-persatu dengan berhati-hati. Jangan hanya sekadar melihat dari luaran sahaja. Luaran yang cantik tidak mengambarkan keadaan dalaman yang sebenar. Buatlah perbandingan dengan beberapa buah kenderaan terpakai yang lain supaya anda dapat memilih kenderaan yang benar-benar masih elok.

1. Minta rekod servis kenderaan itu untuk memastikan pemilik sebelumnya menjaga atau melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar. Rekod ini boleh juga memberitahu sama ada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk. Tetapi berhati-hati dengan rekod palsu!

2. Periksa kesan karat terutamanya di bahagian celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan menampal menggunakan cat secara tidak profesional.

3.Periksa tanda-tanda sama ada kenderaan tersebut pernah terlibat dengan kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit kemalangan.

4. Periksa bahagian enjin sama ada pemilik asal menjaga enjin atau tidak. Bahagian enjin kotor, terminal bateri karat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

5. Alihkan radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa sama ada terbentuknya buih pada air ataupun tidak. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.

6. Minta seseorang menghidupkan enjin dan perhati asap ekzos. Asap berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Jika banyak asap yang terbentuk, keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah.

7. Periksa keretakan pada cermin kenderaan. Untuk menggantikannya adalah mahal.

8. Biarkan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik sepeti ketukan atau cakaran. Pandu uji kenderaan itu tanpa memasang radio untuk dengar sebarang bunyi pelik.

9. Periksa sama ada semua kelengkapan berfungsi. Semasa uji pandu, periksa pemanas dan penyejuk udara. Periksa juga sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaan tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug).

10. Periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak itu tebal dan kotor berkemungkinan pemilik asal jarang servis kenderaan tersebut.

Thursday, July 28, 2011

Cara cuci cermin solek atau tingkap kaca

Cermin meja solek dengan tingkap kaca perlu dicuci selalu supaya tak berhabuk atau jadi kabur je macam cermin buruk.

Caranya senang aje. Tak perlu guna kain buruk atau tisu. Kalau guna tisu, membazir pulak. Kalau guna kain, nanti habuk-habuk pada kain tu melekat dekat cermin.

Ambil surat khabar lama, basahkan sedikit dengan air dan boleh lah cuci cermin tu. Memang berkesan guna cara ni. Walaupun lap kejap je, dah bersih. Bila tengok cermin solek tu, tak nampak macam ada cermin.

Sebenarnya, orang yang bagi tip ni kata guna surat khabar dengan cuka, tapi sebab nak jimat, guna air paip je.

Thursday, July 21, 2011

Tip menjimatkan pengunaan minyak kereta

Agak tertekan bila harga barang-barang sentiasa naik. Tapi gaji tetap sama. Jadi sebagai pengguna yang berhemah, kita kena la berjimat dalam apa pun keadaan.

Ni ada beberapa tip yang boleh diamalkan oleh kita semua, terutamanya yang guna kenderaan sendiri untuk pergi kemana-mana.


TIP:

1. Memandu dengan kelajuan yang sesuai:

Ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear, misalnya gear 5 terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

2. Kurangkan berat/bebanan kereta:
Jangan bawa barang yang tidak diperlukan kerana semakin berat beban yang dibawa, makin bertambah penggunaan minyak kereta. Penambahan berat sebanyak 50kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

3. Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul:
Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Tayar yang kurang tekanan angin menyebabkan kereta dipandu menjadi lebih berat.

4. Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala:
-Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
-Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan penggunaan minyak.

5. Matikan enjin kereta ketika menunggu seseorang:
Ketika menunggu seseorang, matikan enjin dan buka tingkap. Ketika memandu, gunakan gear yang bersesuaian. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus.

6. Membrek pada jarak yang selamat:
Jika hendak berhenti, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Elak daripada brek secara mengejut.

7. Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan:
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Juga elak perjalanan yang dekat. Kalau perjalanan yang dekat, lebih jimat menaiki motosikal atau berbasikal sahaja.

8. Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai:

Siaz tayar dan sport rim yang tidak sesuai menyebabkan penambahan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus

9. Isi petrol pada waktu yang sesuai:
-Sesuai diisi pada waktu pagi dan malam kerana cuaca sejuk mengurangkan minyak daripada termeluwap ke udara.
-Elak mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah.

10. Barang yang perlu dibawa:
Bawa barang penting sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung) boleh menambahkan penggunaan minyak sebanyak 5 peratus.

Tuesday, July 12, 2011

Tips Bijak Memandu

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang

2. Jangan memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6. Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

7. Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

10. Elak memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan diselenggarakan dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Saturday, July 9, 2011

Tip lembutkan daging yang liat

Ramai yang tak suka makan kari atau sup daging sebab daging lembu yang liat.

Jadi saya nak kongsi tip macam mana nak lembutkan daging tu. Petua ni dah lama mak saya amalkan. Orang-orang kampung pun guna cara ni untuk melembutkan daging. Caranya senang aja, cuma ambil beberapa helai daun nangka, cuci dan letak sekali dalam masakan yang anda sedang masak.

Kalau nak rebus daging tu lama-lama sampai empuk pun boleh, tapi membazirkan gas. Lagi satu, guna api yang kecil ketika masak.

Thursday, December 23, 2010

Hilangkan kesan minyak pada kain

Hari tu kawan aku ada tanya macam mana nak hilangkan kesan minyak yang tumpah kat kain die. So aku saje la nak share sikit sebab dulu baju sekolah aku pun penah kena minyak. Biasa la, budak2 la katakan. Makan pun comot2. Kalau nak hilangkan minyak tu, basahkan tempat yang kena minyak dengan air paip, pas tu tonyoh atau sental dengan sabun basuh. Buat macam orang zaman dulu basuh baju. Letak sabun,pas tu gosok guna kain tu jugak, bukan guna berus baju tau. N then boleh la basuh kain tu macam biasa.