Halaman

Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Gegaran di Acheh

Beberapa hari lepas, kecoh pasal gegaran dan amaran Tsunami di Acheh. Mana tidaknya, sebab gegaran yang kuat tu turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Betapa besarnya kuasa Yang Esa sehinggakan mereka yang berada jauh dari negara Indonesia turut terkena tempiasnya.

Ambillah iktibar daripada kejadian yang berlaku ini sebagai pengajaran buat kita dan renungkan kembali perbuatan kita selama kita menghuni di bumi Allah SWT. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara. Kenapa hendak mengejar nikmat dunia yang hanya sementara kalau nak dibandingkan dengan nikmat di sana yang berkekalan selamanya.

Tidak perlulah menuding jari dan mencari kesalahan orang lain, dan jangan pertikaikan kenapa negara Indonesia selalu ditimpa musibah. Ini bukan beerti negara kita tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa pun yang terjadi, tanya pada diri sendiri adakah kita sudah benar-benar berada dijalanNya dan melakukan segala suruhanNya.

p/s: Ingatan ini juga untuk diri sendiri.

Tuesday, October 4, 2011

Bank Negara Malaysia

Ni mesej yang aku dapat hari ni >>

"Bank Negara Malaysia: Sila berwaspada! Jangan melayani permintaan untuk info kewangan/pemindahan wang melalui panggilan, emel atau SMS yang tidak diduga"


Kes jenayah macam ni dah banyak kali berlaku. Tapi masih ramai lagi yang tak sedar dan tertipu dengan helah mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kita. Penjenayah tu pandai putar belit sampai kan kita percaya cakap diorang.

Ada satu kes tu, mangsa ni dapat panggilan daripada 'pegawai bank' yang memberitahu bahawa akaun mangsa tidak selamat dan mangsa perlu menukar maklumat dalam akaun dia dengan segera. Kerana dia takut berlaku sesuatu yang buruk, tanpa syak apa2, dia terus bagi kata laluan dan maklumat kepada 'pegawai bank' tu.

Esok tu, baru dia tersedar yang dia dah jadi mangsa penipuan bila wang dalam akaun dia lesap.

p/s: kalau perkara macam ni berlaku pada diri sendiri atau pada sesiapa yang kita kenal, terus pergi bank dan berhubung dengan mereka untuk elak daripada jadi mangsa penipuan.

Sunday, September 18, 2011

Nama lain bagi khinzir

BERIKUT MERUPAKAN NICK NAME LAIN UNTUK BABI ATAU KHINZIR, APABILA ANDA MEMBELI MAKANAN, JIKA DIDALAM INGREDIENTS TERDAPAT SALAH SATU NAMA-NAMA INI,MAKA ANDA PERLU BERHATI-HATI

Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

Pig - Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

Porcine - Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

Boar - Babi liar

Sow - Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan

Lard - Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

Bacon - Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

Ham - Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.

MENCARI YG HALAL ITU FARDHU

Tuesday, August 23, 2011

Awas dengan tektik licik penjenayah

Pesanan dari PDRM

Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam, jangan on wiper atau pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yang akan memaksa kita berhenti. Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan.

Friday, July 22, 2011

Hati-hati ketika online di Cyber Cafe



Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Thursday, July 21, 2011

Larangan guna tisu tandas!

Kepada para peniaga makanan di sekitar Kota Bharu, jangan sediakan tisu tandas kepada pelanggan kerana perbuatan ini akan menyebabkan peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM500. Gunalah tisu yang lebih elok dan sesuai untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut.



Baik sediakan tisu yang lebih elok, daripada dikenakan denda sampai RM500. Langkah ni sebenarnya nak menjaga imej kedai tersebut. Kalau guna tisu tandas, nampak macam tak sopan pulak. Lain lah kalau tisu ni digunakan untuk lap meja ke, lap habuk ke.

Kalau guna tisu macam dalam gambar kat bawah ni, ok lah jugak kan,hehehe.



Untuk berita lanjut, klik kat bawah ni.


Sinar Harian 21 Julai 2011

Thursday, July 7, 2011

Nestle

For all parents, Nestle is asking everyone to return all Banana Baby food expiring 2012 cos they may contain GLASS.
pls copy & paste for all babies safety. bar 761303308973, even if u r not a parent, pls help forward. U can save a child.

Tuesday, June 28, 2011

Buat Jahat Ketika Isi Minyak

Kawan aku ada cerita satu kes jenayah ni. Kes ni terjadi lebih kurang setahun yang lepas.

Kejadian ni berlaku pada waktu malam dekat stesen minyak. Ada seorang perempuan ni berhenti untuk mengisi minyak kereta. Dia memandu berseorangan pada malam tu.

Selepas memberhentikan kereta bersebelahan pam minyak, perempuan ni keluar dari kereta untuk membuat pembayaran di kaunter pembayaran. Dia terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi dan tak mengunci pintu kereta.

Selepas membuat pembayaran, tiba2 cashier memanggil perempuan tersebut supaya kembali ke kaunter semula. Tapi dia buat tak tau kerana malas nak berpatah balik. Tetapi cashier tersebut tak berputus asa dan terus memanggil2 perempuan tersebut. Disebabkan cashier tu dah panggil banyak kali, dia pun terpaksa patah balik ke kaunter.

Setibanya dia kat kaunter, cashier tersebut memberitahu apa yang berlaku sebenarnya. Ketika perempuan tu sedang membuat pembayaran, cashier tu ternampak kelibat seseorang telah menyelinap masuk ke dalam kereta perempuan tu. Berderau darah dia apabila tau perkara tu. Tapi disebabkan kecekapan cashier tu report pada polis, penjenayah tersebut dapat diberkas.

Semoga menjadi iktibar kepada semua pemandu.

Beberapa tips kepada pemandu-pemandu tak kira la perempuan atau lelaki

-Hati-hati ketika memandu berseorangan
-Sentiasa mengunci kereta ketika hendak turun atau meninggalkan kereta walaupun jarak anda dengan kereta adalah dekat
-Periksa dulu dalam kereta kot2 ada penjenayah yang berjaya menyelinap masuk
-Pegang kunci awal2 atau letak di tempat yang senang diambil supaya anda tak berdiri bersebelahan kereta terlalu lama kerana mencari kunci kereta. Ini akan memberi peluang kepada penjenayah untuk bertindak.
-Jangan tinggalkan barang2 berharga dalam kereta

**Bak kata orang, kita kena berfikir lebih jahat daripada penjahat supaya tau tektik jahat diorang tu

Tektik Nak Pancing Mangsa

Nak buat baik biar bertempat. Kadang2 kita tak tau apa niat orang lain walaupun kita rapat dengan dia.(Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah,hehe)

Cerita ni aku dah lama dengar. Tapi saje nak share kepada sesiapa yang masih tak tahu atau dah lupa dengan kisah yang pernah terjadi ni. Tak tau la dekat negara mana, tapi kita tetap kena berjaga-jaga jugak kan. Al maklum la sekarang ni banyak kes jenayah di negara kita.

Cerita nya macam ni, ada sorang perempuan ni baru balik kerja. Hari tu dia keluar office agak lewat sikit. Masa keluar dari pejabat, dia ternampak sorang budak laki tengah menangis tepi jalan. Dia pun menghampiri kanak-kanak tu dan tanya apa yang berlaku. Kanak-kanak tu jawab yang dia dah sesat dan meminta simpati perempuan tu untuk hantarnya pulang ke rumah sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumah kanak-kanak tersebut.


Kalau kita fikir secara logik, mustahil budak tu boleh ada alamat rumah time tu. Macam dia tau2 je yang dia akan sesat
. Tapi disebabkan kasihan dekat kanak-kanak tu, tanpa berfikir panjang dan tanpa memikirkan perkara buruk yang akan berlaku, dia terus hantar kanak-kanak tu kat alamat tersebut.

Sampai aja depan rumah tu, tanpa buang masa dia terus tekan loceng. Tiba2 dia jatuh pengsan sebab terdapat arus yang mengalir pada loceng tu.

Bila dia tersedar dari pengsan, dia betul2 terkejut apabila nampak kondom2 kat sekeliling dia. Dia juga tak tau siapa yang melakukan perbuatan keji tu.

Kesian kan dengan apa yang terjadi, tapi nasi sudah menjadi bubur. Jadi nasihat aku pada kaum hawa di luar sana supaya lebih berhati2. Kalau ada terjumpa kanak2 macam ni, terus hantar dia kat balai polis. Biar polis yang uruskan.

Sunday, June 26, 2011

Cek Harga Pada Resit dan Rak Barang

Selepas membeli barang kat supermarket, korang pernah cek tak harga yang ditulis dalam resit? Kalau tak pernah, lepas ni korang kena lah belajar untuk cek harga yang tertulis dalam resit tu selepas pembayaran. Harga dekat rak pun korang kena tengok supaya korang dapat pastikan harga yang korang bayar tu adalah betul. Banyak dah kes yang berlaku, bila kita nak bayar kat kaunter, harga barang tu lagi mahal daripada yang tulis kat rak barang. Tak ke naya nak bayar lebih. Sebagai pengguna yang bijak, kita ada hak untuk melaporkan perkara tu pada pihak atasan. Tapi ramai diantara kita yang ambil mudah dengan hal sebegini. Memang la kita rugi sikit je, tapi bayangkan kalau benda tu berlaku kat 100 orang customer? Berapa keuntungan yang syarikat tu dapat bila terjadinya kesilapan macam ni?



Perkara ni pernah juga berlaku kat aku, tapi aku bernasib baik sebab harga yang kat resit tu lagi rendah daripada yang tulis kat rak. Jadi nasihat aku kat semua pengguna, berhati2 la bila nak beli barang. Cek resit tu betul2. Kalau ada kesilapan, bagitau dekat cashier.

Sunday, April 10, 2011

Bahaya drive sorang diri atau drive waktu malam

Sejak aku ada lesen kereta ni, ramai pulak yang nasihat dan cerita macam-macam kat aku tentang jenayah yang melibatkan pemandu. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa mengingatkan aku dengan kes jenayah yang sebelum ni aku tak pernah terfikir perkara macam tu boleh terjadi.

Kisah ni selalu juga terjadi kepada pemandu. Terutamanya pada mereka yang memandu berseorangan ataupun drive waktu malam. Perkara ni membuatkan penjenayah tu ada banyak peluang untuk melakukan aktiviti tak bermoral diorang tu.

Penjenayah ni memang licik. Ada aje cara diorang untuk merampas harta benda orang lain. Kepada mereka yang memandu sorang diri atau pada waktu malam, especially pada kaum wanita, berhati-hati lah. AWAS jika ada kereta, lori, dll yang melanggar kereta kita dari belakang, mungkin kita adalah mangsa kepada penjenayah tu. Mereka sengaja buat macam tu supaya kita fikir yang kita telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kalau dah jadi macam tu, mesti kita turun untuk periksa keadaan kereta kita kan? Inilah peluang mereka untuk melarikan kereta kita, culik atau merompak harta kita.

Kepada kaum wanita, lebih-lebih lagi yang memandu kereta sorang2 pada waktu malam, janganlah berhenti jika perkara seumpama ini berlaku. Memanglah kita akan berasa marah dan nak tuntut ganti rugi, tetapi fikirlah keselamatan kita. Biarlah terpaksa tanggung rugi beratus-ratus untuk baiki kerosakan tu, tapi jangan biarkan diri menjadi mangsa kepada mereka.

Tunda Kereta

Aku nak nasihat kat korang semua supaya sentiasa berhati-hati dengan dunia sekarang. Lebih-lebih lagi kaum wanita seperti aku. Aku nak share satu cerita dengan korang semua. Ni kisah benar yang berlaku pada jiran aku. Kepada yang pernah dengar cerita seumpama ni, bagus la. Tetapi kita sebagai manusia ni kadang-kadang alpa dan perlulah kita sentiasa ingat mengingati sesama kita.
Nak dijadikan cerita, pada satu hari, jiran aku menaiki kereta untuk melakukan tugas seharian seperti biasa. Biar aku namakan jiran aku ni sebagai Mira. Dalam perjalanan tu, Mira ditahan oleh dua orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penunda kereta bagi pihak Maybank. Lelaki tu beritahu bahawa Mira ni dah lama tak bayar ansuran keretanya. Jadi Mira pun hairan lah kerana baru sahaja minggu lepas dia jelaskan bayaran di Maybank. Tetapi lelaki tu tetap bertegas untuk menunda kereta Mira. So Mira pun dah tak tahu nak buat macam mana dan akur dengan apa yang dikatakan oleh penunda kereta tu.
Lepas sahaja kereta Mira dibawa pergi oleh pekerja tu, dia pun telefon mak ayah dia dan terus bergegas ke Maybank untuk meminta penjelasan. Tetapi yang malangnya, pihak Maybank tu sendiri tidak tahu-menahu tentang perkara tu dan mereka kata tidak menghantar mana-mana pekerja untuk tunda kereta Mira. Apa lagi, menagis teresak-esak la kerana Mira telah ditipu oleh lelaki yang menyamar sebagai penunda kereta Maybank. Mungkin Mira masih muda dan tidak terfikir yang dia akan ditipu sebegitu rupa. Selepas kejadian tu, Mira lebih berhati-hati dengan apa saja dugaan yang bakal ditempuh olehnya.
Orang nak mencuri ni,macam-macam tektik yang diorang gunakan sehinggakan kita sendiri pun boleh terpedaya. Sentiasa berdoa dan mohon lah perlindungan daripada Allah SWT.

Saturday, January 29, 2011

Awas dengan "Valentine Day"

Ada apa dengan "Valentine Day"? Biasanya pasangan suami isteri atau pasangan kekasih akan menyambut Valentine Day setiap tahun pada 14 februari sebagai tanda ingatan dan kasih sayang mereka terhadap pasangan masing2.



Ramai yang tidak sedar bahawa sambutan ini adalah haram sama sekali mahupun bagi pasangan yang telah berkahwin. Sambutan ini sebenarnya berasal dari agama Kristian. St. Valentine menyambut Valentine Day kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Jadi mengapa kita harus terikut-ikut dengan cara mereka?

Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang. Tetapi Islam tidak menetapkan tarikh untuk kita menunjukkan kasih sayang kita itu. Kita perlulah berkasih sayang sesama umat pada bila2 masa sahaja. Bukan pada hari tertentu. Tetapi perlu diingatkan, berkasih sayanglah seperti yang telah ditetapkan di dalam Islam, seperti suami isteri, ibu bapa, dan saudara-mara. Bukan kekasih!!