Halaman

Monday, January 24, 2011

Kamera yang bagus??

Petang tadi aku g jalan2 kat kedai kamera. Aku teringin nak beli kamera, tapi tak tahu nak beli yang jenis macam mana. Tanya kawan2 pun,diorang tak reti bab2 kamera ni. Kalau guna henset, tak clear. Nanti kalau ambik gambar untuk simpan buat kenangan, tak bes la kalau gambar kabur jer. Sape2 yang tau, bagi tau la. Share la ilmu yang ada tu yer :)

Niat..

Baru2 ni aku ada tengok rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Aku pernah jugak terfikir apa akibatnya jika kita terfikir untuk berbuat jahat atau melakukan kebaikan..

Aku nak share sikit la apa yang aku dengar pagi tu. Ustaz tu kata kalau kita terfikir atau niat untuk melakukan kejahatan, tetapi cepat2 kita tarik balik niat kita itu, insyaAllah kita akan mendapat pahala. Tetapi jika kita melakukan kejahatan dan perkara jahat yang kita niatkan itu tidak menjadi, kita akan tetap berdosa. Dan lagi, jika kita niat untuk melakukan kebaikan, kita akan mendapat pahala.

Thursday, December 23, 2010

Hari yang menyedihkan

Aku tak sabar2 nak tunggu kucing kat rumah aku ni beranak. Nama dia Comel sebab bagi aku, warna bulu dia comel sangat. Aku pun tak tau dari mana asal usul kucing ni. Tetiba je ada kat rumah aku. Tapi aku tak kisah pun.

Perut Comel dah besar, tapi tak beranak2 jugak. Kalau pagi2 aku tak nampak muka si Comel, mula lah aku keliling rumah dok cari Comel. Rupa-rupanya dia dok rehat kat rak kasut. Mungkin tak larat sebab dah sarat sangat,hehe. Esokkan nya, aku nampak Comel duduk dalam pasu bunga. Nampak makin comel pulak. Bila aku pegi dekat Comel, rupa-rupanya dia dah beranak =)..

Punya lah garang bila dah ada anak. Kucing pun sayang anak kan =). Aku pun tak berani la nak kacau sebab takut dicakar pulak. Seharian Comel dok jaga anak dia sampai kan aku tak ada peluang nak main dengan anak2 Comel. Ada 3ekor semuanya. Tapi tak ikut rupa mak dia pun, maybe ikut rupa ayah nya kot (",). Aku nak alihkan anak2 Comel dalam bekas yang besar sikit. Tapi Comel ni garang sangat. Jadi aku biarkan bekas tu kat situ dengan harapan Comel alihkan sendiri anak2 dia.

Tapi,,,, bila aku jenguk dalam pasu bunga tu untuk tengok keadaan anak2 Comel, aku terkejut sangat =(..
Sebab, apa yang aku nampak, cuma tulang2 dan ulat yang dah membesar. Aku sedih sangat. Aku tak tau apa sebab nya. Sebelum ni, tak pernah pulak benda ni terjadi...

Hilangkan kesan minyak pada kain

Hari tu kawan aku ada tanya macam mana nak hilangkan kesan minyak yang tumpah kat kain die. So aku saje la nak share sikit sebab dulu baju sekolah aku pun penah kena minyak. Biasa la, budak2 la katakan. Makan pun comot2. Kalau nak hilangkan minyak tu, basahkan tempat yang kena minyak dengan air paip, pas tu tonyoh atau sental dengan sabun basuh. Buat macam orang zaman dulu basuh baju. Letak sabun,pas tu gosok guna kain tu jugak, bukan guna berus baju tau. N then boleh la basuh kain tu macam biasa.

Wednesday, September 22, 2010

Panaskah api neraka?

Bagaimana nak jawab pertanyaan sebegini jika soalan tu diajukn kepada kita?Apatah lg jika ditanya oleh rakan2 yang non-muslim.

Kalau hendak jawab 'api neraka itu semestinya panas dari api2 yang ada di dunia ini',pasti mereka sukar nak percaya.Kebanyakan mereka tidak mempercayai agama Islam kerana kata mereka,tuhan kita tidak wujud dan xboleh tengok dengan mata.

0k lah,berbalik pada tajuk asal.Semua yang hidup pasti akan mati.Semua ciptaan-Nya juga akan kembali pada pencipta.Jadi kalau syaitan dimasukkan kedalam api neraka,adakah syaitan akan rasa sakit sedangkan syaitan juga dicipta dari api?

Fikirkan sejenak:
Apa yang kita akan rasa kalau tanah yang diuli dibaling ke tubuh badan kita.Sakit bukan?Kita akan merasa sakit walaupun kita juga diciptakan dari tanah.Sama lah kesnya dengan syaitan tadi.Jadi bertaubatlah kita sebelum terlambat kerana api neraka itu begitu dahsyat dan tak dapat nak digambarkan keperitan nya.wallahualam