Halaman

Sunday, February 20, 2011

Resepi Air Asam


Hari tu mak aku bakar ikan pari. Sedap sangat :). Tapi bahan untuk buat air asam tak lengkap pulak. Jadi mak aku ajar buat air asam yang simple, tapi best sangat. Nak2 lagi aku memang suka makan masam2 ni,hee. Tapi jarang la sebab takut otak jadi lembab pulak. Ni aku tengah boring, so aku sesaja nak share resepi tu.



BAHAN
1 sudu besar asam jawa
1 biji limau nipis/kasturi
1 biji lada merah
1 biji bawang besar(yang warna kuning)
1 cawan air masak
Garam secukup rasa

CARA
1. Hiris bawang besar halus2
2. Hiris lada merah halus2 atau mengikut kehendak anda
3. Asam jawa digaul dengan air masak dan ambil airnya
4. Masukkan hirisan bawang, lada dan garam kedalam air asam jawa
5. Perah limau nipis kedalam air asam jawa
Siap =)

Friday, February 11, 2011

14 Februari VS 15 Februari

Antara tarikh tersebut, mana satu yang penting bagi korang? Tak dinafikan ramai yang ingat dan anggap 14 feb tu tarikh yang sangat penting dalam hidup korang. Tapi aku harap sangat kat korang supaya lupakan terus pada tarikh tu sebab hari Valentine Day bukan lah ajaran agama Islam. Malah dilarang sama sekali untuk menyambut nya. Tapi kalau 15 feb,iaitu hari Maulidur Rasul, haruslah kita raikan untuk memperingati rasul kita dengan berselawat, berzanji dan sebagainya. Jangan lah kita lakukan amalan tersebut semata2 memenuhi 'adat' kerana perkara tersebut seperti sudah sebati dengan diri kita sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi lakukan nya dengan ikhlas dan memang bertujuan untuk memperingati rasul kita. Sedangkan di dalam agama lain, iaitu agama kristian sendiri mengangkat nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang terakhir dan terhebat, tetapi kenapa kita sebagai umat Islam tidak berbuat demikian? Renung2 kan lah

Thursday, February 10, 2011

Burung gagak mencuri sabun

..Rehatkan minda sejenak..

Nasruddin pergi ke sungai untuk membasuh pakaian bersama isterinya. Baru saja meletakkan pakaian dan mengeluarkan sabun, seekor gagak tiba-tiba muncul, lalu menyambar sabun dan dibawanya terbang tinggi. Isteri Nasruddin terkejut dan berteriak agar suaminya segera bertindak terhadap gagak tersebut. Namun dengan tenang Nasruddin berkata: "Mengapa kamu sedih? Aku kira pakaian gagak itu lebih kotor daripada pakaian kita. Jadi ia lebih memerlukan sabun itu."

Monday, February 7, 2011

Mencegah kehamilan

Sekarang ramai pasangan suami isteri yang mengambil keputusan untuk merancang keluarga. Tetapi ramai yang tidak tahu hukum perbuatan mereka itu adalah haram. Rasulullah s.a.w. mahukan umatnya yang ramai. Amalan merancang anak adalah amalan orang yahudi. Macam-macam alasan yang diberikan oleh mereka yang ingin merancang keluarga. Ada yang takut untuk beranak ramai dan ada juga yang kata tiada pendapatan yang lumayan untuk tanggung anak ramai. Ingatlah, setiap makhluk yang dilahirkan sudah terjamin rezekinya. Lagipun anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT.

Kalau hendak menjarakkan anak atas sebab-sebab tertentu seperti tidak sihat, uzur atau bermasalah dari segi kesihatan dan keselamatan kandungan, tidak mengapa. Tetapi hal ini perlu disahkan terlebih dahulu dengan berjumpa doktor atau pakar dalam bidang berkenaan. Tindakan sendiri tanpa nasihat doktor dihukumkan haram.

Jadi bagi pasangan di luar sana yang tidak mempunyai alasan kukuh untuk menjarakkan anak, tidak perlulah mengambil sebarang pil perancang, alat mencegah kehamilan (IUD) dan lain-lain. Bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

Harian metro 7.2.2011..


KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan muhrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.