Halaman

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Puding Triffle


Dah banyak kali buat puding ni. Tapi hari ni baru ringan tangan nak post resepinya sebab sebelum ni tak amik gambar. Nak buat puding ni, senang aje.

BAHAN:

  • 1 tin susu cair (F&N yang kaler pink tu)
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 1 kotak jeli kristal (jenis NONA)
  • buah laici/peach dalam tin/koktel buah-buahan (ikut selera masing2 nak letak buah apa)
  • kek span(chiffon) /kek gulung

CARA:

1. Potong kek, dan susun selapis di dalam tupperware.
2. Guna air yang ada dalam tin laici/peach/koktel dan basahkan lapisan kek tersebut.
3. Di dalam bekas lain, bancuh tepung kastard dengan air dan kacau.
4. Masukkan susu cair dan gula dalam periuk dengan api yang kecil dan kacau sehingga gula hancur.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard di dalam periuk, dan kacau sehingga susu cair menjadi likat.
6. Selepas susu cair menjadi likat, bolehlah tuang ke dalam tupperware yang dilapis dengan kek tadi.
7. Masak jeli kristal mengikut arahan di belakang kotak. (Kalau jeli kristal jenis Nona, 1 kotak perlu campur dengan 400 ml air)
8. Bila jeli dah masak, tuang di atas susu cair. (Tuang perlahan-lahan supaya lapisan susu cair tadi tidak bercampur dengan jeli)
9. Masukkan buah laici/peach/koktel. (Jangan masukkan dengan airnya, nanti jeli cair pula)
10. Akhir sekali, simpan puding triffle ni dalam peti sejuk dan boleh dimakan bila jeli dah keras.

Selamat mencuba ^_^


Tuesday, August 2, 2011

Resepi sambal belacan

BAHAN:
10 biji lada merah
1 inci belacan
1 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi muda - hiris
1 biji limau kasturi/nipis - diambil jusnya
2 sudu besar cuka
garam
gula

CARA:
1. Bakar belacan dan bawang merah.
2. Buang biji lada merah dan potong dua.
3. Blend lada merah, belacan, dan cuka. (Jangan bagi hancur sangat)
4. Hiris bawang merah yang telah dibakar.
5. Gaul hirisan limau kasturi muda, bawang merah, jus limau kasturi, sedikit garam, sedikit gula dan bahan yang telah di blend.

** Kalau nak pedas, blend 2,3 biji cili padi.
** Nak ganti limau kasturi muda dengan mangga muda pun tak apa.


KARI AYAM

ACAR TIMUN

Resepi acar timun

Resepi ni ringkas je. Tapi kalau buat acar timun, mesti kena ada kari ayam dan sambal belacan.

BAHAN:
2 btg timun
1/2 biji lada merah
1/2 biji bawang besar (nak guna bawang merah pun boleh)
3 sudu besar cuka
2 inci lobak merah
garam

CARA:
1. Buang kulit timun dan buat garisan menegak di sekeliling timun menggunakan garfu.
2. Hiris timun, bawang besar, lobak merah dan lada merah.
3. Gaul timun, bawang besar, lobak merah, lada merah, cuka dan garam secukup rasa.

Resepi kari ayam

Kalau masak kari ayam, tak sah kalau tak ada sambal belacan dengan acar timun. Ni kira macam pakej la sebab kena ada tiga-tiga benda ni, baru la syok nak makan.

BAHAN:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 ulas bawang putih
1 asam keping
1 paket serbuk kari - gaul dengan sedikit air
1 cawan santan/susu tepung
1500 ml air
1 biji kentang/betik/labu/rebung/mumbang kelapa (ikut selera)
garam

CARA:
1. Tumis bawang merah dan halia sehingga warna keperangan.
2. Masukkan serbuk kari dan gaul selama beberapa minit.
3. Masukkan ayam dan gaul selama 2 minit.
4. Tuang santan dalam periuk dan kacau seketika. Kemudian masukkan air.
5. Bila gulai dah mendidih dan ayam hampir masak, bolehlah masukkan kentang, garam secukup rasa dan asam keping.

** Bagi yang nak menjaga kesihatan, boleh ganti santan dan guna susu tepung.

Resepi karipap inti kentang

Hari ni buka puasa dengan karipap inti kentang. Dah lama tak buat karipap :). Ni nak kongsi resepi karipap. Senang je nak buat.


BAHAN (INTI):

2 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - potong dadu
4 biji kentang - potong dadu
2 cawan air
2 sudu besar serbuk kari
5 helai daun kari
Ayam/daging - potong kecik-kecik
Daun ketumbar (daun sup) - hiris
garam

CARA:
1. Tumis bawang putih yang telah dihiris halus-halus. Kemudian masukkan ayam/daging, daun kari dan serbuk kari.
2. Masukkan bawang besar, kentang, garam secukup rasa, daun ketumbar dan air.
3. Masak sehingga air kering.


BAHAN (KULIT):
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar marjerin / minyak
Air
Garam

CARA:
1. Panaskan marjerin dalam kuali. Tuang marjerin panas atas tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul. (gaul guna sudu sebab panas)
2. Masukkan garam di dalam cawam yang berisi air supaya garam hancur. Kemudian tuang sedikit demi sedikit pada tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh.
3. Buat doh kecil-kecil untuk proses mencanai. Kemudian boleh la isi inti karipap dan mengelim.

** Guna marjerin supaya kulit karipap rangup

Tuesday, July 19, 2011

Resepi ayam goreng mayonis


BAHAN

6 ketul ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mayonis
½ kiub ikan/ayam
½ inci halia*
5 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis(optional)
Tepung gandum/tepung segera

*ditumbuk


CARA-CARANYA:

1. Gaulkan kesemua bahan di atas KECUALI tepung gandum
2. Perapkan selama 1 jam. Nak perap lebih lama pun tak apa, biar bahan perap tu meresap dalam ayam :)
3. Selepas diperap, salutkan ayam dengan tepung gandum kemudian digoreng




## Kalau nak bakar pun boleh, tetapi tidak perlu salut ayam dengan tepung.

Wednesday, July 6, 2011

Resepi Lada sumbat (Solok lada)


BAHAN:

1/3 biji limau nipis / 1 sudu kecil air asam jawa

1 biji kelapa tua – parut (1/3 ditumbuk, dan selebihnya diperah untuk ambil santannya)

9 biji lada hijau – buang biji

6 ekor ikan selayang – buang tulang,kepala dan kulit. Ambil isi saja

3 ulas bawang merah

½ inci halia

1 sudu kerisik (tak letak pun tak apa)

Kubis

Garam

CARA:

  1. Tumbuk halia, 1/3 kelapa parut, isi ikan selayang dan bawang merah (nak blend pun tak apa, tapi orang tua-tua kata sedap kalau ditumbuk. Kalau nak blend, pastikan kelapa parut tidak diblend sehingga hancur)
  2. Perah limau nipis dan letakkan sedikit garam pada bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi
  3. Masukkan kerisik dan 10 ml santan.
  4. Gaul kesemua bahan tadi dan sumbat kedalam lada hijau.
  5. Alaskan beberapa helai daun kubis di dalam periuk, dan letakkan lada hijau yang telah disumbat dengan isi.
  6. Santan yang selebihnya dimasukkan kedalam periuk. Rebus sehingga lada masak. (Kalau nak kukus, tak perlu letak santan dalam periuk. Biarkan kering macam tu aja)
*tak alas lada2 tu dengan kubis pun tak apa.saya suka alas sebab tak payah buat sayur dah.makan kubis tu je sebagai sayur

Sunday, February 20, 2011

Resepi Air Asam


Hari tu mak aku bakar ikan pari. Sedap sangat :). Tapi bahan untuk buat air asam tak lengkap pulak. Jadi mak aku ajar buat air asam yang simple, tapi best sangat. Nak2 lagi aku memang suka makan masam2 ni,hee. Tapi jarang la sebab takut otak jadi lembab pulak. Ni aku tengah boring, so aku sesaja nak share resepi tu.



BAHAN
1 sudu besar asam jawa
1 biji limau nipis/kasturi
1 biji lada merah
1 biji bawang besar(yang warna kuning)
1 cawan air masak
Garam secukup rasa

CARA
1. Hiris bawang besar halus2
2. Hiris lada merah halus2 atau mengikut kehendak anda
3. Asam jawa digaul dengan air masak dan ambil airnya
4. Masukkan hirisan bawang, lada dan garam kedalam air asam jawa
5. Perah limau nipis kedalam air asam jawa
Siap =)

Saturday, January 29, 2011

Resepi Kuah Kacang

Kuah kacang ni leh makan dengan macam2 makanan. Sate, rojak, or apa2 aje lah. Tiap orang ni lain la seleranya. Jom cuba buat sendiri kuah kacang. Aku pun tengah belajar duk kat dapur. Biasa la, bak kata orang, perempuan ni xkemana. Ke dapur jugak.

BAHAN:

150gm kacang*
50gm serai
150gm bawang merah*
20gm cili kering*
250gm gula Melaka
125ml minyak masak
500ml air
100gm asam jawa
35gm stok ayam
20gm garam

*dikisar


CARA:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
2.Masuk kacang dan gaul sebati
3.Masukkan 250ml air dan biarkan kuah mendidih
4.Setelah mendidih, masuk serai, gula Melaka dan lebihan air. Kacau dan biarkan sehingga kuah mendidih
5.Perasakan dengan asam jawa, garam, stok ayam
6.Tunggu sehingga kuah mendidih dan pekat