Halaman

Sunday, May 6, 2012

Puding Triffle


Dah banyak kali buat puding ni. Tapi hari ni baru ringan tangan nak post resepinya sebab sebelum ni tak amik gambar. Nak buat puding ni, senang aje.

BAHAN:

  • 1 tin susu cair (F&N yang kaler pink tu)
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 1 kotak jeli kristal (jenis NONA)
  • buah laici/peach dalam tin/koktel buah-buahan (ikut selera masing2 nak letak buah apa)
  • kek span(chiffon) /kek gulung

CARA:

1. Potong kek, dan susun selapis di dalam tupperware.
2. Guna air yang ada dalam tin laici/peach/koktel dan basahkan lapisan kek tersebut.
3. Di dalam bekas lain, bancuh tepung kastard dengan air dan kacau.
4. Masukkan susu cair dan gula dalam periuk dengan api yang kecil dan kacau sehingga gula hancur.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard di dalam periuk, dan kacau sehingga susu cair menjadi likat.
6. Selepas susu cair menjadi likat, bolehlah tuang ke dalam tupperware yang dilapis dengan kek tadi.
7. Masak jeli kristal mengikut arahan di belakang kotak. (Kalau jeli kristal jenis Nona, 1 kotak perlu campur dengan 400 ml air)
8. Bila jeli dah masak, tuang di atas susu cair. (Tuang perlahan-lahan supaya lapisan susu cair tadi tidak bercampur dengan jeli)
9. Masukkan buah laici/peach/koktel. (Jangan masukkan dengan airnya, nanti jeli cair pula)
10. Akhir sekali, simpan puding triffle ni dalam peti sejuk dan boleh dimakan bila jeli dah keras.

Selamat mencuba ^_^


Menghalang saf dengan sejadah

Menunaikan solat secara berjemaah di surau atau di masjid adalah dituntut dalam Islam dan ini merupakan amalan yang mulia. Tetapi ramai yang tidak sedar atau sengaja melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Dimana ada sebahagian orang yang datang awal ke masjid, dan meletakkan beg atau menghamparkan sejadah dan kemudian keluar untuk mengambil wuduk atau mempunyai urusan lain yang menyebabkan dirinya telambat menunaikan solat berjemaah, maka dia telah bercanggah dengan syar'i dari dua sisi, iaitu dari sisi lambat dan merampas satu tempat dari masjid dan menghalang makmum lain yang terlebih dahulu datang dan ingin menunaikan solat.

Perbuatan ini kerap berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika mereka ingin mengambil wuduk, kebiasaanya mereka akan meletakkan sejadah sebagai tanda bahawa itu adalah tempat untuk mereka menunaikan solat, walhal perkara tersebut adalah salah dan menimbulkan kesusahan kepada orang lain yang ingin menunaikan solat.

p/s: muhasabah diri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, May 5, 2012

Janganlah kamu sembunyikan kebenaran.



Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengadakan perbaikan dan menjelaskannya, mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. [Surah Al-Baqarah :160]


Friday, April 13, 2012

Gegaran di Acheh

Beberapa hari lepas, kecoh pasal gegaran dan amaran Tsunami di Acheh. Mana tidaknya, sebab gegaran yang kuat tu turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Betapa besarnya kuasa Yang Esa sehinggakan mereka yang berada jauh dari negara Indonesia turut terkena tempiasnya.

Ambillah iktibar daripada kejadian yang berlaku ini sebagai pengajaran buat kita dan renungkan kembali perbuatan kita selama kita menghuni di bumi Allah SWT. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara. Kenapa hendak mengejar nikmat dunia yang hanya sementara kalau nak dibandingkan dengan nikmat di sana yang berkekalan selamanya.

Tidak perlulah menuding jari dan mencari kesalahan orang lain, dan jangan pertikaikan kenapa negara Indonesia selalu ditimpa musibah. Ini bukan beerti negara kita tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa pun yang terjadi, tanya pada diri sendiri adakah kita sudah benar-benar berada dijalanNya dan melakukan segala suruhanNya.

p/s: Ingatan ini juga untuk diri sendiri.

Saturday, March 17, 2012

Ikhlaskah kita

"Saya derma duit ni dengan ikhlas. Ambil la buat belanja keluarga".
Ayat ni seringkali kita dengar dan dah jadi macam perkara biasa. Tapi siapa sangka sebenarnya keikhlasan seseorang itu adalah urusan Allah S.W.T..
Walaupun diri sendiri pun kita tidak akan tahu samada kita ikhlas atau tidak. Jadi tidak perlulah kita pertikaikan keikhlasan seseorang yang melakukan kebaikan. Kerana itu semua hanya Allah S.W.T. yang tahu.

p/s: ingatan ini juga untuk diri sendiri -_-

Renungkan

Ali: Malam ni nak jemput ustaz untuk buat usrah di rumah saya.
Zul: Mesti bayar mahal kan. Padahal benda macam tu boleh je cari dekat masjid2.
Ali: Tak apalah,benda yang baik saya tak berkira sangat.
Zul: Biasa lah, orang kayalah katakan. Siap panggil ustaz datang kat rumah lagi...

p/s: Ini la mentaliti masyarakat sekarang. Sibuk nak mencari kesalahan orang yang nak buat kebaikan. Bila berkaitan agama, semuanya nak berkira. Tapi bila berkaitan hiburan dan pembaziran, tak fikir pun.

Monday, March 5, 2012

Renungkan

Kalau ada sesiapa yang menasihati kita, jangan lah kita lihat pada diri nya. Tetapi lihat lah apa yang dinasihati olehnya. Kalau dia menasihati perkara yang benar, kita perlu terima :)