Halaman

Sunday, April 24, 2011

Memberi perlindungan kepada remaja trauma

Artikel ini dipetik dari akhbar harian metro 24 april 2011


Jika anak gadis anda belajar di tingkatan 4, ada 33% kemungkinan dia pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Soal selidik membabitkan 2800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com baru-baru ini menunjukkan 60% gadis remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24% daripada mereka mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan 5 kekasih berlainan.

Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tetapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat bahawa remaja hari ini mengetahui mengenai seks lebih awal, seawal 10-11 tahun.

Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit yang mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru mereka.

Ada teori mengatakan, fenomena ini ada kaitan dengan hakikat bahawa gadis sekarang mencapai akil baligh lebih awal berbanding ibu mereka.

Ada kajian menunjukkan anak gadis mengalami haid lebih awal sehingga 3 bulan setiap 10 tahun. Maknanya, jika anak gadis pada 1950 mengalami haid sekitar umur 13 tahun, anak gadis hari ini mengalami haid sekitar umur 11 tahun setengah.

Jika dilihat pada perspektif gejala sosial membabitkan remaja hari ini, terutama kes gadis hamil dan pembuangan bayi, masyarakat dan pihak berkuasa harus memberi respons serius terhadap hasil kajian ini.

Apatah lagi apabila ia mendapati 74% remaja yang melakukan hubungan seks mengaku tidak mengamalkan sebarang perlindungan.

Malah, 83% berkata tidak mengalami apa-apa kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka merasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan bilangan 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010 berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Semua mereka ditempatkan di Rumah Perlindungan Taman Seri Puteri.

Menurut polis, 537 kes pembuangan bayi direkodkan antara 2005 dan Ogos 2010. Ini tidak termasuk kes ibu muda yang membunuh diri berikutan tekanan psikologi kuat atau terbunuh kerana komplikasi kandungan melahirkan anak secara haram.

Secara purata, kita boleh anggarkan kes yang tidak dilaporkan adalah empat atau 5 kali ganda bilangan ini.

Apakah pendekatan paling berkesan menangani bencana sosial ini? Berdasarkan bilangan kes yang tidak reda tahun demi tahun, ia memberi gambaran bahawa pelbagai usaha dilakukan kerajaan, NGO dan sukarelawan serta kempen media setakat ini tidak berhasil. Adakah tenaga, masa dan wang ringgit yang dicurahkan selama ini sia-sia?

Sekali pandang, nampaknya begitu. Namun kita faham bahawa tugas membanteras bencana sosial ini mesti konsisten dan berterusan.

Ini tanggungjawab kerajaan, masyarakat, keluarga, pihak sekolah, NGO dan badan sukarela yang tiada penghujung selagi masalah ini wujud.

Sebagaimana masalah pelacuran, dadah dan gangsterisme tidak pernah terbanteras sepenuhnya walaupun ada tindakan undang-undang, sosial, pendidikan, kerahan tenaga dan kewangan yang digunakan.

Wahai anak muda sekalian, renung-renungkan apa yang berlaku sekarang. Insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan.

Saturday, April 23, 2011

Antara protokol Yahudi yang mengandungi 8 perkara

1. Lagu
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Seks
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Seks di mana-mana. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan. Babak seks amat lumrah. Kadang2 adegan seks tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan seks. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan seks?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3. Smoke
Rokok menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja ataupun penari kabaret.

4. Sport
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton dirumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL. Then Yahudi gol lagi sampai ada ulamak kata, kerana sukan sembahyang boleh tangguh. Masha Allah.

5. Fun
Hiburan, di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

6. Female
Perempuan, tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena-mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta, dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau iklan Modess, perempuan adalah patutnya.
Yahudi bersorak lagi......

7. Fashion
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.

8. Food..Makanan
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah McD, Kentucky, Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan, tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi, tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah.
Yahudi makan Islam lagi.

Ini hanya baru sedikit yg di ambil dari protokol yahudi, protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi. Aku ini juga cintakan Malaysia, tetapi aku lebih cintakan ALLAH dan ISLAM. Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.



1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


PANDUAN & NASIHAT


Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Sunday, April 17, 2011

Ikhlaskah kita?

Renung-renungkan tentang diri sendiri. Tanya lah samada kita ikhlas melakukan sesuatu perkara atau hanya mahukan pujian semata-mata?

1. Orang yang benar-benar ikhlas akan menyembunyikan amalan kebaikan yang dilakukan olehnya dari diketahui oleh orang lain kerana mengharapkan redha dari Allah SWT dan takutkan pujian manusia. Tetapi mereka yang riak akan sentiasa memperlihatkan amal kebajikannya kepada orang lain supaya ia dianggap orang yang baik dan dipuji kerana melakukan kebaikan.

2. Orang yang benar-benar ikhlas tidak akan merasa kecewa atau sedih jika amalan yang dilakukan olehnya tidak dihargai dan tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas bantuan yang diberikan. Lain pula dengan orang yang riak. Mereka akan merasa marah dan kecewa jika orang tidak menghargai langsung kebajikan yang telah dilakukan olehnya.

Adakah anda seorang yang ikhlas atau riak? Apapun, marilah kita berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah kebaikan. Rugi rasanya jika amal kebajikan yang kita lakukan selama ini tidak dipandang oleh Allah SWT.

Thursday, April 14, 2011

Pendarahan Berpunca Daripada Gigi Tercabut

Jika sebatang gigi sekunder tercabut, ia perlu ditanam semula ke dalam rongga (soket) dengan segera. Minta mangsa untuk menyimpan giginya yang telah tercabut itu di dalam mulutnya. Selain daripada itu, anda juga boleh meletakkan gigi ke dalam bekas yang terisi dengan susu untuk mengelakkannya daripada kering.

Bagi mencegah tisu-tisu pada gigi menjadi rosak, elakkan daripada mencuci gigi itu. Ia boleh mengurangkan peluang untuk gigi ditanam semula kelak.

Masukkan semula gigi secara perlahan-lahan ke dalam soket pada gusi. Tekankan pad yang berkapas di antara gigi atas dan juga bawah. Jangan lupa pakai sarung tangan pakai buang sebelum melakukan proses ini.

Minta mangsa untuk memegang giginya dengan hati-hati. segera hantar mangsa ke hospital berhampiran agar gigi yang tercabut dapat ditanam semula secepat mungkin.

**Tapi apa pun, perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor.

Hari-hari yang penting (",)

Maulidur Rasul - 12 Rabiul Awal

Hari Raya Aidiladha - Hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan ZULHIJJAH pada setiap tahun

Puasa Ramadhan - 1 Ramadhan

Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal

Hari Malaysia - 16 SEPTEMBER pada setiap tahun

Hari bapa - Hari Ahad yang ketiga pada bulan JUN

Hari Ibu - Hari Ahad pada minggu kedua pada bulan MEI

Hari Guru - 16 MEI pada setiap tahun

Hari Buruh - 1 MEI pada setiap tahun

Hari Kebangsaan/Merdeka - 31 OGOS pada setiap tahun

Lembu dengan Ayam

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah? Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila dah tak ada nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut! Hari-hari dia orang makan telur aku. Macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je.
Ayam : Maksud kau???
Lembu : Nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku, tapi sorang pun tak panggil aku EMAK!

Monday, April 11, 2011

Ciri-ciri telur tiruan

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar
2. Permukaan kulit kasar
3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan
4. Mempunyai bau berbeza
5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan.
6. Ketika di goreng, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh
7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.
8. Putih dan kuning telur sangat nipis.
9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.

Berhati-hati ketika membeli telur. Telur tiruan boleh menyebabkan anda menjadi nyanyuk

video

Sunday, April 10, 2011

Bahaya drive sorang diri atau drive waktu malam

Sejak aku ada lesen kereta ni, ramai pulak yang nasihat dan cerita macam-macam kat aku tentang jenayah yang melibatkan pemandu. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa mengingatkan aku dengan kes jenayah yang sebelum ni aku tak pernah terfikir perkara macam tu boleh terjadi.

Kisah ni selalu juga terjadi kepada pemandu. Terutamanya pada mereka yang memandu berseorangan ataupun drive waktu malam. Perkara ni membuatkan penjenayah tu ada banyak peluang untuk melakukan aktiviti tak bermoral diorang tu.

Penjenayah ni memang licik. Ada aje cara diorang untuk merampas harta benda orang lain. Kepada mereka yang memandu sorang diri atau pada waktu malam, especially pada kaum wanita, berhati-hati lah. AWAS jika ada kereta, lori, dll yang melanggar kereta kita dari belakang, mungkin kita adalah mangsa kepada penjenayah tu. Mereka sengaja buat macam tu supaya kita fikir yang kita telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kalau dah jadi macam tu, mesti kita turun untuk periksa keadaan kereta kita kan? Inilah peluang mereka untuk melarikan kereta kita, culik atau merompak harta kita.

Kepada kaum wanita, lebih-lebih lagi yang memandu kereta sorang2 pada waktu malam, janganlah berhenti jika perkara seumpama ini berlaku. Memanglah kita akan berasa marah dan nak tuntut ganti rugi, tetapi fikirlah keselamatan kita. Biarlah terpaksa tanggung rugi beratus-ratus untuk baiki kerosakan tu, tapi jangan biarkan diri menjadi mangsa kepada mereka.

Tunda Kereta

Aku nak nasihat kat korang semua supaya sentiasa berhati-hati dengan dunia sekarang. Lebih-lebih lagi kaum wanita seperti aku. Aku nak share satu cerita dengan korang semua. Ni kisah benar yang berlaku pada jiran aku. Kepada yang pernah dengar cerita seumpama ni, bagus la. Tetapi kita sebagai manusia ni kadang-kadang alpa dan perlulah kita sentiasa ingat mengingati sesama kita.
Nak dijadikan cerita, pada satu hari, jiran aku menaiki kereta untuk melakukan tugas seharian seperti biasa. Biar aku namakan jiran aku ni sebagai Mira. Dalam perjalanan tu, Mira ditahan oleh dua orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penunda kereta bagi pihak Maybank. Lelaki tu beritahu bahawa Mira ni dah lama tak bayar ansuran keretanya. Jadi Mira pun hairan lah kerana baru sahaja minggu lepas dia jelaskan bayaran di Maybank. Tetapi lelaki tu tetap bertegas untuk menunda kereta Mira. So Mira pun dah tak tahu nak buat macam mana dan akur dengan apa yang dikatakan oleh penunda kereta tu.
Lepas sahaja kereta Mira dibawa pergi oleh pekerja tu, dia pun telefon mak ayah dia dan terus bergegas ke Maybank untuk meminta penjelasan. Tetapi yang malangnya, pihak Maybank tu sendiri tidak tahu-menahu tentang perkara tu dan mereka kata tidak menghantar mana-mana pekerja untuk tunda kereta Mira. Apa lagi, menagis teresak-esak la kerana Mira telah ditipu oleh lelaki yang menyamar sebagai penunda kereta Maybank. Mungkin Mira masih muda dan tidak terfikir yang dia akan ditipu sebegitu rupa. Selepas kejadian tu, Mira lebih berhati-hati dengan apa saja dugaan yang bakal ditempuh olehnya.
Orang nak mencuri ni,macam-macam tektik yang diorang gunakan sehinggakan kita sendiri pun boleh terpedaya. Sentiasa berdoa dan mohon lah perlindungan daripada Allah SWT.