Renung-renungkan tentang diri sendiri. Tanya lah samada kita ikhlas melakukan sesuatu perkara atau hanya mahukan pujian semata-mata?
1. Orang yang benar-benar ikhlas akan menyembunyikan amalan kebaikan yang dilakukan olehnya dari diketahui oleh orang lain kerana mengharapkan redha dari Allah SWT dan takutkan pujian manusia. Tetapi mereka yang riak akan sentiasa memperlihatkan amal kebajikannya kepada orang lain supaya ia dianggap orang yang baik dan dipuji kerana melakukan kebaikan.
2. Orang yang benar-benar ikhlas tidak akan merasa kecewa atau sedih jika amalan yang dilakukan olehnya tidak dihargai dan tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas bantuan yang diberikan. Lain pula dengan orang yang riak. Mereka akan merasa marah dan kecewa jika orang tidak menghargai langsung kebajikan yang telah dilakukan olehnya.
Adakah anda seorang yang ikhlas atau riak? Apapun, marilah kita berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah kebaikan. Rugi rasanya jika amal kebajikan yang kita lakukan selama ini tidak dipandang oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment