Halaman

Sunday, April 10, 2011

Bahaya drive sorang diri atau drive waktu malam

Sejak aku ada lesen kereta ni, ramai pulak yang nasihat dan cerita macam-macam kat aku tentang jenayah yang melibatkan pemandu. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa mengingatkan aku dengan kes jenayah yang sebelum ni aku tak pernah terfikir perkara macam tu boleh terjadi.

Kisah ni selalu juga terjadi kepada pemandu. Terutamanya pada mereka yang memandu berseorangan ataupun drive waktu malam. Perkara ni membuatkan penjenayah tu ada banyak peluang untuk melakukan aktiviti tak bermoral diorang tu.

Penjenayah ni memang licik. Ada aje cara diorang untuk merampas harta benda orang lain. Kepada mereka yang memandu sorang diri atau pada waktu malam, especially pada kaum wanita, berhati-hati lah. AWAS jika ada kereta, lori, dll yang melanggar kereta kita dari belakang, mungkin kita adalah mangsa kepada penjenayah tu. Mereka sengaja buat macam tu supaya kita fikir yang kita telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kalau dah jadi macam tu, mesti kita turun untuk periksa keadaan kereta kita kan? Inilah peluang mereka untuk melarikan kereta kita, culik atau merompak harta kita.

Kepada kaum wanita, lebih-lebih lagi yang memandu kereta sorang2 pada waktu malam, janganlah berhenti jika perkara seumpama ini berlaku. Memanglah kita akan berasa marah dan nak tuntut ganti rugi, tetapi fikirlah keselamatan kita. Biarlah terpaksa tanggung rugi beratus-ratus untuk baiki kerosakan tu, tapi jangan biarkan diri menjadi mangsa kepada mereka.

No comments: