Halaman

Saturday, July 30, 2011

KFCM putus tunang

Hero Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia (Elia). Baru beberapa bulan bertunang, tapi akhirnya putus di tengah jalan. Apa pun, semoga diorang tabah hadapi ujian. Kalau ada jodoh, tak ke mana juga.

Kawan aku pun ada jugak yang dah bertunang. Dia cerita, macam-macam dugaan yang datang sampaikan dia dah tak tahan nak hadapi semua tu. Yang teruknya, ada perempuan yang tak tahu malu tiba-tiba maki hamun kawan aku dan bagi tau lelaki tu tunang dia. Ada jugak yang mengaku lelaki tu kekasih dia dan siap warning kawan aku supaya jangan ganggu hubungan diorang. Pelik kan manusia zaman sekarang.

Bila fikir keadaan ni, jadi takut nak tunang atau kahwin.

Wali bagi anak luar nikah

Siapa yang layak untuk menjadi wali bagi mereka yang dilahirkan sebagai anak luar nikah?

Kasihan pada anak-anak yang tidak bersalah dan terpaksa menanggung beban sepanjang hayat akibat perbuatan terkutuk ibu bapa mereka. Kita seharusnya sedar akan keburukan yang akan berlaku sekiranya melanggar perintah Allah SWT. Tetapi ramai yang hanyut dengan dunia mereka sendiri sehingga tidak sedar akan sengsara yang akan ditanggung oleh anak yang bakal lahir akibat daripada perbuatan sumbang mereka.

Anak-anak ini akan menanggung malu yang amat sangat apabila dihina dan dipandang jijik. Sedangkan mereka tidak bersalah. Seharusnya masyarakat tidak menghukum mereka atas apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Kita sepatutnya memberi sokongan dan perhatian supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Mereka sudah cukup menderita apabila mengetahui status diri, apatah lagi sekiranya masyarakat di sekeliling memandang hina. Semua bayi yang dilahirkan, adalah dalam keadaan suci. Yang akan membezakannya adalah cara didikan yang diberikan.

Berbalik kepada persoalan diatas, apabila anak luar nikah ini ingin berkahwin, lelaki yang telah menghamilkan perempuan(ibu kepada anak luar nikah) tersebut, tidak boleh menjadi wali. Sekiranya ada diantara anak luar nikah ini masih tidak mengetahui status diri sendiri, perlulah diberitahu segera. Ini adalah kerana dikhuatiri pernikahan yang akan berlangsung, menjadi tidak sah kerana diwalikan oleh lelaki yang menghamilkan ibunya.

Orang yang layak menjadi wali kepada anak luar nikah ini adalah wali hakim. Caranya, buat aduan kepada jabatan atau majlis agama Islam negeri tentang kedudukan sebenar, insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Friday, July 29, 2011

Tip membeli kenderaan terpakai

Sebelum membeli, pastikan periksa kenderaan tersebut satu-persatu dengan berhati-hati. Jangan hanya sekadar melihat dari luaran sahaja. Luaran yang cantik tidak mengambarkan keadaan dalaman yang sebenar. Buatlah perbandingan dengan beberapa buah kenderaan terpakai yang lain supaya anda dapat memilih kenderaan yang benar-benar masih elok.

1. Minta rekod servis kenderaan itu untuk memastikan pemilik sebelumnya menjaga atau melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar. Rekod ini boleh juga memberitahu sama ada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk. Tetapi berhati-hati dengan rekod palsu!

2. Periksa kesan karat terutamanya di bahagian celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan menampal menggunakan cat secara tidak profesional.

3.Periksa tanda-tanda sama ada kenderaan tersebut pernah terlibat dengan kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit kemalangan.

4. Periksa bahagian enjin sama ada pemilik asal menjaga enjin atau tidak. Bahagian enjin kotor, terminal bateri karat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

5. Alihkan radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa sama ada terbentuknya buih pada air ataupun tidak. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.

6. Minta seseorang menghidupkan enjin dan perhati asap ekzos. Asap berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Jika banyak asap yang terbentuk, keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah.

7. Periksa keretakan pada cermin kenderaan. Untuk menggantikannya adalah mahal.

8. Biarkan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik sepeti ketukan atau cakaran. Pandu uji kenderaan itu tanpa memasang radio untuk dengar sebarang bunyi pelik.

9. Periksa sama ada semua kelengkapan berfungsi. Semasa uji pandu, periksa pemanas dan penyejuk udara. Periksa juga sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaan tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug).

10. Periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak itu tebal dan kotor berkemungkinan pemilik asal jarang servis kenderaan tersebut.

U can now top-up while surfing the net, on ur mobile phone, or evn at ATMs! #HotlinkIChannels

U can now top-up while surfing the net, on ur mobile phone, or evn at ATMs! #HotlinkIChannels

Ran out of phone credits at 2am?

We know how inconvenient that can be. With Hotlink iChannels, you can top-up whenever, wherever! You can do it while you are surfing the net, on your mobile phone, or even at ATMs!

Try out the Top Up Adventure game where you’ve got the power to manage your friends’ top-ups. The more the top-ups, the more points you’ll get. Collect the most points and stand a chance to win an iPad 2 or an iPod Nano!

You’ve gotta check it out.

Circle this Saturday (30th July 2011) on your calendar to partay at #XPlayOpera !!

Circle this Saturday (30th July 2011) on your calendar to partay at #XPlayOpera !!

Do NOT miss out the chance to be in the midst of this massive XPLAY party that is about to happen this Saturday (30th July 2011) ! Circle that calendar date to party with Funky Kopral, Estranged, Project Pistol, Wicked Aura, Matt Alfords & MC Vibe!! Free passes, but you’ve got to head over to Xpax Facebook Fan Page to find out more.

Don’t be a glum, if you miss the fun!!

*You must be of age 21 years old and above to enter the XPLAY Event at Opera Sunway on 30th July 2011.

Thursday, July 28, 2011

Cara cuci cermin solek atau tingkap kaca

Cermin meja solek dengan tingkap kaca perlu dicuci selalu supaya tak berhabuk atau jadi kabur je macam cermin buruk.

Caranya senang aje. Tak perlu guna kain buruk atau tisu. Kalau guna tisu, membazir pulak. Kalau guna kain, nanti habuk-habuk pada kain tu melekat dekat cermin.

Ambil surat khabar lama, basahkan sedikit dengan air dan boleh lah cuci cermin tu. Memang berkesan guna cara ni. Walaupun lap kejap je, dah bersih. Bila tengok cermin solek tu, tak nampak macam ada cermin.

Sebenarnya, orang yang bagi tip ni kata guna surat khabar dengan cuka, tapi sebab nak jimat, guna air paip je.

Tuesday, July 26, 2011

Ahli Kitab

Siapa Ahli Kitab?

Ahli Kitab ialah orang Yahudi dan Nasrani. Mereka beriman dengan Kitab Injil dan Kitab Taurat semasa Nabi Isa a.s. dan Nabi Musa a.s. masih hidup. Mereka menerima ajaran kedua-dua nabi tersebut dari sumber asal. Kemudian mereka mengajar pula kepada anak cucu mereka dengan ajaran tersebut. Ajaran ini terus diamalkan selagi mereka dan keturunan mereka masih hidup.

Lain pula dengan orang Yahudi dan Nasrani yang tidak menerima ajaran nabi mereka, tetapi menerima setelah nabi mereka wafat. Mereka ini tidak tergolong dalam golongan Ahli Kitab. Jadi keturunan mereka ini juga tidak boleh didakwa sebagai Ahli Kitab.


Bolehkah berkahwin dengan Ahli Kitab?


Orang yang menganut agama Kristian dan bukan daripada golongan orang Yahudi atau Nasrani, bukanlah Ahli Kitab. Jadi orang Islam tidak boleh berkahwin dengan mereka walaupun atas alasan mereka adalah Ahli Kitab.

Sekarang, semakin sukar untuk bertemu dengan Ahli Kitab kerana kebanyakannya sudah bercampur aduk.

Salahkah ada abang, kakak atau adik angkat?

Saya pernah terdengar kata-kata dari seorang lelaki ni, "Aku jumpa adik angkat aku(perempuan) sebab dia ada masalah keluarga. Dia cuma nak luahkan perasaan sedih dia dekat aku. Salah ke? Lagipun dia adik angkat aku. Aku dah anggap dia macam adik aku dan tak anggap lebih dari tu".

Ramai orang yang dah tersalah anggap dengan istilah adik beradik angkat. Bila ada adik beradik angkat, ramai yang fikir hukumnya sama seperti adik beradik kandung. Walaupun sudah anggap mereka sebagai keluarga kandung, hubungan mereka tetap ajnabi dan bukan mahram kerana hukum Allah tetap tidak berubah hanya dengan sesuatu anggapan.

Anggapan lelaki tersebut salah kerana apabila dia berjumpa berdua-duaan dengan adik angkat, ia adalah berkhalwat kerana mereka adalah bukan mahram. Perempuan tu boleh jumpa rakan-rakan perempuan yang lain jika ada masalah dan ingin luahkan perasaan. Tidak ada sebarang alasan kukuh kenapa dia perlu jumpa abang angkat kerana ini akan menimbulkan fitnah.

Trend remaja sekarang ialah mempunyai adik beradik angkat yang berlainan jantina dengan diri mereka. Apakah alasan mereka? Kenapa tidak ambil sahaja mereka yang sama jantina dengan kita? Fikir-fikirkan

Cara elak penyalahgunaan laman sosial

Nak melayari laman sosial tidak salah. Tetapi perlu kena dengan caranya.

Cara untuk elak dari menyalahgunakan laman sosial:

1. Apabila ada seseorang yang Add akaun FB kita, perlulah ditapis dahulu. Kenapa perlu terima rakan yang tidak dikenali?

2. Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, sebolehnya elakkan daripada add atau terima friend request daripada rakan yang berlainan jantina dengan kita. Mungkin kita ingin berkawan sahaja, tetapi siapa tahu perkara yang akan terjadi kelak? Lebih baik mencegah sebelum terlambat.

3. Kalau rakan-rakan berlainan jantina menghantar komen atau berchatting dengan kita, pastikan anda berbincang perkara yang penting sahaja. Kalau nampak dah tak ada benda penting yang dibincangkan, hentikan saja perbualan tu.

4. Lagi elok jika kita tidak membuka akaun laman sosial kalau tidak ada sebarang kepentingan. Tetapi kalau nak buka juga, apa salahnya jika kita berkongsi akaun dengan pasangan. Jadi tiada apa-apa rahsia antara kita dan pasangan.

5. Kalau kita dan pasangan mempunyai akaun sendiri, pastikan kita tahu alamat email dan kata laluan akaun antara satu sama lain. Kalau pasangan kita marah dan tidak bagi kata laluan tu, hati-hati lah. Mungkin dia ada merahsiakan sesuatu daripada kita.

Demam campak kecil

Demam campak kecil lebih kurang macam demam campak biasa. Sebelum ni tak pernah tahu pun pasal demam campak kecil sehingga la kena dekat diri sendiri.

Dah dua tahun berlalu, tapi masih teringat lagi pengalaman kena demam campak kecil. Malam sebelum tidur tu, ada tengok cermin. Nampak dua tiga bintik warna merah dekat muka, so fikir muka naik jerawat. Tapi pelik juga sebab tak pernah naik jerawat pun sebelum ni.

Esok pagi-pagi lagi dah bangun nak bersiap ke kelas. Tiba-tiba ternampak bintik warna merah ada dekat lengan pulak. Ah sudah!! Ni kenapa pula ada dekat lengan. Nak kata bilik tu ada nyamuk, tak nampak pulak.

Dalam hati ni dah mula rasa risau sebab tak pernah terjadi lagi benda macam tu. Lepas tu terus call mak dan tanya kenapa jadi macam tu. Mak kata, "demam campak kot" sebab bintik-bintik tu naik dekat muka dulu dan turun sampai ke kaki.

Tapi tak mungkin la demam campak sebab masa kecik-kecik dulu dah kena dah. Seminggu sebelum naik bintik-bintik ni, demam 3 hari.

Hari tu, lepas habis kelas, terus pergi klinik. Masa jumpa doktor, dia tengok-tengok bintik tu. Ni perbualan aku dengan doktor tu(siap ada dialog lagi,hehehe),

Doktor: Awak duduk mana? Kolej atau rumah sewa?
Me: Rumah sewa.
Doktor: Ada rasa gatal-gatal tak?
Me: Tak ada.
Doktor: Awak alah dengan air ni.
Me: Tak mungkin lah doktor sebab saya dah lama duduk rumah tu dan tak pernah alah dengan air paip
Doktor: Betul. Ramai student yang jumpa saya, alah dengan air.
Me: Tapi kenapa naik dekat muka dulu, then baru turun dekat badan?
Doktor: Awak nak ubat makan atau suntikan? Kalau suntikan, bintik-bintik ni cepat sikit hilang?
Me: Suntikan?? Tapi betul ke saya alah dekat air?
Doktor: Betul kot. (hari tu aku asyik terpikir, kenapa doktor ni macam tak yakin dengan jawapan dia)
Me: Ok lah, saya setuju.


Yang pelik nya, esok kan tu bintik-bintik tu makin banyak. Satu badan gatal-gatal. Kalau kena air, jadi pedih sangat. Terus aku call kakak dan dia bawak aku pergi hospital.

Kat hospital tu, doktor ambil darah. First time kena ambil darah,huhuhu. Bila dah keluar keputusan, doktor kata aku sebenarnya kena demam campak kecil. Doktor kata, demam campak kecil tak sama macam demam campak biasa. Sebab tu aku kena demam campak kecil ni walaupun dulu dah pernah kena demam campak yang berair tu. Lepas tu, aku terus teringat kat housemate sebab 2 orang housemate aku kena demam campak. Seminggu lepas aku naik campak, housemate aku lagi sorang pulak kena. Kesian diorang, tapi nak buat macam mana kan.

Monday, July 25, 2011

Keburukan Facebook

Kalau baca surat khabar, boleh dikatakan selalu ada kes berkaitan Facebook. Sebenarnya facebook ni lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Antara keburukan facebook ialah:

1. Banyak masa dihabiskan dengan menghadap komputer.


Sebelum tidur, main FB. Tengah makan pun sempat lagi berFB. Bak kata orang, MAKAN BOLA, TIDUR BOLA..... Tiap masa main FB sampaikan dah tak nampak dunia luar sebab banyak masa dah dihabiskan dengan dunia maya.

2. Meruntuhkan keharmonian rumahtangga.

Bersembang atau sentiasa bebalas komen dengan orang yang tidak sepatutnya sehingga perasaan isteri/suami tersinggung. Kalau hendak berkawan, biar ada batasnya. Tidak perlu bertanya khabar atau bersembang perkara yang tidak penting dengan kawan yang berlainan jantina dengan kita kerana perbuatan ini boleh menimbulkan rasa cemburu di hati pasangan.

3. Lalai dengan tanggungjawab sebagai suami/isteri.

Kita asyik dengan bermain game atau chatting dengan rakan-rakan di FB sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Perbuatan ini juga akan menyebabkan hati pasangan kita tersinggung.

4. Prestasi kerja semakin merosot.


Jika terlalu leka melayari laman sosial seperti facebook atau twitter, tumpuan terhadap kerja akan terganggu.

5. Bertambah dosa.


Ramai yang menjadikan FB sebagai tempat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Kemudian memfitnah dan mengaibkan rakan-rakan sendiri. Fitnah itu kan dosa besar.

6. Memutuskan ikatan persaudaraan.


Bila dah fitnah dan mengaibkan orang, pasti ada diantara kita yang sanggup memutuskan silaturrahim kerana sakit hati atas perbuatan yang telah rakan kita lakukan.

7. Aurat.

Kerana ingin berkongsi pengalaman atau tempat-tempat yang dah dilawati, kita muat turun gambar-gambar tanpa mengambil kira aurat yang terdedah. Bila dah muat turun dalam internet, semua orang dapat tengok aurat kita.

Kelapa Pandan

Percaya tak rasa air dan isi kelapa ni macam pandan? Kalau tak percaya, kena cuba sendiri. Kelapa Pandan ni adalah salah satu kelapa yang sedap. Air kelapa ni rasa manis sangat. Isi kelapa pun manis, dan yang paling penting ada rasa pandan. Sebab tu nama kelapa ni Kelapa Pandan. Bau pun wangi macam pandan.

Apa yang menariknya, buah kelapa pertama yang dihasilkan pokok ni rendah je. Tak perlu nak guna tangga. Siap kena duduk lagi sebab buah kelapa tu rendah sangat.

Kalau nak buat jeli kelapa, sesuai guna kelapa ni sebab rasa dan bau yang menarik.

Saturday, July 23, 2011

Diseret van 100 meter

Kesian bila terbaca berita tentang murid taska yang diseret van dinaikinya hampir 100 meter sehingga kulit kepala terkoyak dan menampakkan tempurung kepala.

Umur baru 3 tahun, tapi terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat akibat tali beg yang tersangkut pada pintu van.

Ibu bapa kepada adik Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali mengatakan bahawa anak mereka cerdik walaupun baru berusia 3 tahun. Mana tidak nya, budak yang sekecil adik Haziq ni pandai memujuk ibu bapa nya agar tidak menangis dan bersedih dengan keadaannya.

Semoga adik Haziq cepat sembuh dan dapat bermain seperti kanak-kanak lain.

Harian Metro 21 Julai 2011

Mengidam makanan haram

Ada di antara perempuan yang sedang mengandung akan mengidam macam-macam makanan. Kalau yang mengidam makanan yang senang didapati di kedai-kedai, bagus la. Tetapi yang biasa kita dengar, ramai yang mengidam makanan yang sukar dicari. Antaranya ialah buah-buahan yang bermusim. Naya juga kepada suami yang kena cari makanan macam tu. Kalau tak cari, kesian pulak kat isteri tu.

Ni ada satu kes yang saya pernah dengar. Memang pelik dan memeranjatkan apabila ada seorang perempuan mengandung yang beragama Islam, minta suaminya belikan sup khinzir sebab dia mengidam sangat nak makan makanan tu. Seperti yang kita tau, umat Islam dilarang sama sekali untuk menjamah makanan yang mengandungi khinzir. Kalau nak sentuh pun tak boleh, apatah lagi nak makan.

Kalau seseorang wanita mengidam makanan yang haram, tidak boleh dituruti kerana ianya adalah bisikan syaitan semata-mata. Biarlah mati bersalin kerana mati bersalin itu antara mati syahid, daripada mematuhi kehendak syaitan dan masuk neraka.

Mengidam makanan yang dicuri juga tidak boleh dituruti.

Friday, July 22, 2011

Hukum Memakai minyak wangi

Mungkin ramai perempuan di luar sana yang sudah tahu akan hukum memakai perfume. Tetapi saya perhatikan masih ramai perempuan memakai perfume yang kuat sangat baunya apabila keluar bersiar-siar, shopping atau ke majlis-majlis. Kalau seorang perempuan boleh tertarik dengan keharuman bau perfume tu, apatah lagi kaum lelaki. Mereka yang memakai perfume ini diibaratkan sebagai penzina.



Terdapat beberapa hadis tentang tajuk ini yang dipetik di KSJA

Hadits Pertama :
“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”
(Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :
“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”
(Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :
“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :
“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.”
(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :
“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).


Kesimpulan :

1) Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2) Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3) Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Hati-hati ketika online di Cyber Cafe



Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

Thursday, July 21, 2011

Tip menjimatkan pengunaan minyak kereta

Agak tertekan bila harga barang-barang sentiasa naik. Tapi gaji tetap sama. Jadi sebagai pengguna yang berhemah, kita kena la berjimat dalam apa pun keadaan.

Ni ada beberapa tip yang boleh diamalkan oleh kita semua, terutamanya yang guna kenderaan sendiri untuk pergi kemana-mana.


TIP:

1. Memandu dengan kelajuan yang sesuai:

Ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear, misalnya gear 5 terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

2. Kurangkan berat/bebanan kereta:
Jangan bawa barang yang tidak diperlukan kerana semakin berat beban yang dibawa, makin bertambah penggunaan minyak kereta. Penambahan berat sebanyak 50kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

3. Tayar diisi dengan tekanan angin yang betul:
Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Tayar yang kurang tekanan angin menyebabkan kereta dipandu menjadi lebih berat.

4. Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala:
-Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
-Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan penggunaan minyak.

5. Matikan enjin kereta ketika menunggu seseorang:
Ketika menunggu seseorang, matikan enjin dan buka tingkap. Ketika memandu, gunakan gear yang bersesuaian. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus.

6. Membrek pada jarak yang selamat:
Jika hendak berhenti, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Elak daripada brek secara mengejut.

7. Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan:
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Juga elak perjalanan yang dekat. Kalau perjalanan yang dekat, lebih jimat menaiki motosikal atau berbasikal sahaja.

8. Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai:

Siaz tayar dan sport rim yang tidak sesuai menyebabkan penambahan penggunaan minyak sebanyak 10 peratus

9. Isi petrol pada waktu yang sesuai:
-Sesuai diisi pada waktu pagi dan malam kerana cuaca sejuk mengurangkan minyak daripada termeluwap ke udara.
-Elak mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah.

10. Barang yang perlu dibawa:
Bawa barang penting sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung) boleh menambahkan penggunaan minyak sebanyak 5 peratus.

Larangan guna tisu tandas!

Kepada para peniaga makanan di sekitar Kota Bharu, jangan sediakan tisu tandas kepada pelanggan kerana perbuatan ini akan menyebabkan peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM500. Gunalah tisu yang lebih elok dan sesuai untuk pelanggan mengelap tangan dan mulut.



Baik sediakan tisu yang lebih elok, daripada dikenakan denda sampai RM500. Langkah ni sebenarnya nak menjaga imej kedai tersebut. Kalau guna tisu tandas, nampak macam tak sopan pulak. Lain lah kalau tisu ni digunakan untuk lap meja ke, lap habuk ke.

Kalau guna tisu macam dalam gambar kat bawah ni, ok lah jugak kan,hehehe.



Untuk berita lanjut, klik kat bawah ni.


Sinar Harian 21 Julai 2011

ATTENTION

VIRUS BARU KAT FACEBOOK !
PENERANGAN


1. Virus tersebut tersebar melalui IM dimana dia bermula dengan chat
"hi. how are you?"

2. Kemudian korang reply pd chat tersebut, dia akan hantar
"Wanna laugh? :)"

3. Selepas korang reply , dia akan menghantar kan
"It is you on the video ?)) want to see?)"

4. Then lepas tu , dia akan hantar satu LINK dan LINK itulah virus.

## Sekadar nak berkongsi. Tapi betul ke? hehehe..Tak pernah kene lagi ni

Wednesday, July 20, 2011

Logo halal sosej babi

Tak dapat bayangkan kalau sosej ni benar-benar diperbuat daripada babi. Semestinya ada di antara kita yang dah terbeli makanan ni. Mana tak nya, makanan ni diletak sekali di rak makanan halal. Kalau dah ada tanda halal, mesti orang akan rasa lebih yakin untuk beli, apatah lagi ada logo halal Jakim. Bukan semua orang akan cari maklumat tentang perkataan yang tertera pada pek makanan yang dibeli. Harap pihak yang bertanggungjawab menyiasat perkara ni dengan segera.



Petikan daripada Harian Metro 19 Julai 2011

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.

Tuesday, July 19, 2011

Seketul keju dan sehelai tuala kecil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood

Resepi ayam goreng mayonis


BAHAN

6 ketul ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mayonis
½ kiub ikan/ayam
½ inci halia*
5 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis(optional)
Tepung gandum/tepung segera

*ditumbuk


CARA-CARANYA:

1. Gaulkan kesemua bahan di atas KECUALI tepung gandum
2. Perapkan selama 1 jam. Nak perap lebih lama pun tak apa, biar bahan perap tu meresap dalam ayam :)
3. Selepas diperap, salutkan ayam dengan tepung gandum kemudian digoreng




## Kalau nak bakar pun boleh, tetapi tidak perlu salut ayam dengan tepung.

Monday, July 18, 2011

Tenggelam dua kali di Jeram Linang

MACHANG: Perkelahan seorang remaja lelaki bersama bapa saudara dan tiga rakan di Hutan Lipur Jeram Linang di sini, bertukar tragedi apabila maut selepas tergelincir dan lemas ketika mandi di kawasan itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, Muhamad Azrul Nizam Zainal Abidin, 20, yang tergelincir cuba diselamatkan bapa saudaranya, Zulkifli Derahim, 21, namun usaha itu gagal sebelum mangsa tenggelam di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter.

Mayat mangsa berasal dari Kampung Aril, Pauh Lima, Bachok ditemui terlentang di dasar sungai jam 7.10 malam selepas mendapat bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Unit Skuba Kota Bharu diketuai Shahril Yusma Mat Yusoff.

Sebelum itu, mangsa dikatakan tiba di kawasan perkelahan itu jam 4.30 petang bersama Zulkifli serta tiga rakan sekampung, Mohamad Atifi Mohd Nazir, 20; Mohd Syafiq Mohd Ismail, 20, dan Zamri Mustapha, 19, menaiki motosikal.

Tidak sampai setengah jam kemudian, perkelahan itu menjadi mimpi ngeri sebaik mangsa tenggelam menyebabkan Zulkifli terpaksa berhempas-pulas cuba menyelamatkan mangsa. Namun, usahanya gagal sehingga mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, dua jam kemudian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian, dia sudah menasihatkan anak saudaranya itu supaya tidak mandi di bahagian tengah sungai berikutan keadaannya agak dalam.

“Selepas mandi di kawasan gigi air, arwah beredar ke kawasan aliran air terjun sebelum tergelincir lalu terjatuh,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HM, kelmarin.

Katanya, terkejut melihat keadaan itu, dia bersama Mohamad Atifi dan Mohd Syafiq terus terjun untuk cuba menyelamatkan mangsa.

“Saya nekad kerana tidak sanggup melihat arwah meronta-ronta ketika kami bertiga cuba mengheretnya ke tepi batu, namun dia terus tenggelam.

“Tanpa menghiraukan keselamatan diri, saya terus menyelam ke dasar sungai sebelum berjaya membawanya naik ke permukaan air, namun, arwah tenggelam kali kedua selepas tangan saya terlepas daripada pegangannya,” katanya.

Menurutnya, menyedari air terlalu dalam, selain sejuk dan cuaca semakin gelap, dia terus meminta Zamri segera menghubungi pihak berkuasa.

“Walaupun gagal menyelamatkan arwah, saya bersyukur kerana jenazahnya ditemui di dasar sungai dalam keadaan terlentang oleh anggota penyelamat,” katanya.

Katanya, anak saudaranya yang sebelum ini menetap di Johor bersama ibu bapanya, Zainal Abidin Saali, 40-an dan Noriah Derahim, 40-an baru tiba di rumah neneknya, Rahimah Mat Yazid, 60-an di Kampung Aril, pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhamad Azrul bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Johor Bahru dikatakan berhasrat mencari peluang pekerjaan di negeri kelahirannya.

“Saya terkilan kerana hasrat arwah bekerja di sini tidak kesampaian, selain sedih arwah turut tidak berkesempatan menyambut kedatangan Ramadan bersama neneknya.

“Arwah yang juga anak sulung daripada lima beradik tidak menunjukkan perubahan kecuali beberapa minit sebelum kejadian kerana beriya-iya mengajak Atifi dan Zamri menemaninya membeli jeans buat kali terakhir di Rantau Panjang, Sabtu depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.15 petang dan tiba di kawasan perkelahan itu, setengah jam kemudian.

“Gerakan mencari mangsa disertai 17 anggota termasuk Unit Skuba, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh.

“Mangsa ditemui terdampar di dasar sungai, kira-kira jam 7.10 malam,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Malik Bedut mengesahkan kejadian itu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Harian Metro 18 Julai 2011

Jatuh dalam pusaran air di Lata Kertas

GUA MUSANG: “Kalau saya tahu kawasan air terjun itu ‘berpuaka’, awal-awal lagi saya sudah melarang suami ke sana,” kata Norazita Ibrahim, 34, ibu kepada budak perempuan berusia tujuh tahun yang ditemui lemas di Air Terjun Lata Kertas, Dabong, dekat Kuala Krai, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, perkelahan keluarga itu pada cuti hujung minggu bertukar pilu selepas seorang anak mereka, Siti Nurwahyu Ghazali, lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang duduk di atas batu diminta ibunya terjun ke kawasan air terjun itu, tetapi malangnya mangsa terjatuh di kawasan pusaran air.

Menggunakan tenaga yang ada, Norzita cuba menyambut tangan anaknya itu, namun gagal sebelum mangsa hilang daripada pandangan menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut hingga memaksa orang ramai dan keluarganya cuba menjejaki jasadnya.

Selepas lima jam, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.15 malam sebaik mendapat pertolongan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat.

Ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, Norazita berkata, dia tidak menyangka perkelahan bersama suami, Ghazali Rahim, 34 dan empat anak mereka bertukar pilu apabila seorang anaknya lemas.

Dr. Lo' Lo' pergi menghadap Ilahi

17 Julai 2011

KUALA LUMPUR - Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal akibat daripada penyakit barah yang dihidapinya.

Dr. Lo' Lo' adalah anak perempuan kepada bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif di dalam Dewan Muslimat PAS tetapi semenjak 8 Mac 2008, beliau banyak menumpukan perhatiannya kepada Parlimen Tititwangsa yang dimenanginya apabila berjaya menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan bahawa anak Allahyarhamah iaitu Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

Berapa orang yang sedang baca blog anda?

Macam mana nak tahu bilangan pengunjung yang sedang online dan usha blog anda?

Tutorial ni mudah difahami dan senang nak buat.


1. Mula-mula klik sini untuk dapatkan kod widget anda.

2. Pilih kedudukan widget(a) yang anda suka, kemudian copy kod(b)
seperti dalam gambar di bawah.



3. Klik pada DASHBOARD > DESIGN > PAGE ELEMENTS > ADD A GADGET > HTML/JavaScript dan paste kod yang anda copy tadi, save.

Sunday, July 17, 2011

Cek kelajuan blog

Macam mana nak cek kelajuan blog kita? Maksudnya blog ni ambil berapa lama masa untuk "loading". Makin besar saiz blog, makin lembab la blog kita nak loading.
Klik kat sini untuk cek sama ada blog kita ni berat ke tidak.



Ni size untuk blog aku, agak besar juga. Kalau rendah dari 100kb, baru la cepat speed nak layari laman aku ni.

Banyak faktor yang menyebabkan blog jadi slow dan berat, antaranya terlalu banyak gambar dan template yang mempunyai saiz yang besar. Kalau nak ringan, kena lah tukar template yang simple aje ye :)

Ni tengah cari template yang sesuai untuk blog ni. Rimas jugak nak tunggu blog ni loading, heee

Saturday, July 16, 2011

Buah jering menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi

Kepada penggemar buah jering, anda dinasihatkan supaya tidak mengambil jering dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana buah jering yang mentah atau jering rebus yang tidak berapa masak boleh mengakibatkan kerosakan/kegagalan buah pinggang selama lebih kurang seminggu.



Perkara ini terjadi kerana kandungan "Djengkolic acid" yang ada di dalam buah jering. Jika hendak mengurangkan kandungan asid ini, jering perlu direbus sehingga masak.

Bagi pesakit buah pingggang kronik, anda tidak digalakkan untuk memakan buah ini.

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti dibawah, segara berjumpa doktor dan yang paling penting, maklumkan kepada doktor bahawa anda telah makan buah jering supaya doktor dapat memberi rawatan yang sepatutnya.

Antara simptom-simptom tersebut ialah:
1. Air kencing bercampur darah
2. Tidak kencing langsung
3. Sakit perut berpanjangan

Tip meninggalkan jejak pada blog yang kita follow

Saya masih baru dalam dunia2 blog ni. Tapi apa pun, terima kasih la sebab ada jugak yang sudi follow. Tak kisah la kalau sikit pun sebab niat buat blog ni pun sebagai rujukan untuk diri sendiri jugak, sambil-sambil belajar IT,hehehe :). Tapi sedih sebab tak tau macam mana nak jejak balik follower sendiri sebab dia tak ada tinggalkan pesan.

Ni sedikit tips atau tutorial macam mana nak bagi tahu pada owner blog tu sape yang follow dia.


Mula-mula follow blog sapa2 je. Nak follow blog ni pun tak apa. Lepas dah follow, klik balik pada gambar kita



Lepas tu bila keluar macam ni, klik pada SETTING



Kemudian pilih ADD LINK dan isi apa yang diminta.



Lepas dah siap dan dah add link tersebut, boleh lah klik semula pada gambar kita di FOLLOWERS (macam step pertama) untuk pastikan step yang anda buat ni dah berjaya.



Bila dah ada link macam ni, baru lah kita boleh tau sapa yang follow blog kita.

Selamat mencuba (^_^)/

Kelcheff 2011

KelCheff bermula dari 14 Julai sehingga 23 Julai 2011 (10 pagi - 10 malam)

Kepada yang masih belum datang ke ekspo makanan Cheng Ho, jangan lepaskan peluang untuk pergi. Macam-macam makanan yang kita tak pernah tengok dan rasa, ada dijual di sana.Semua makanan ni dijamin halal.

Bukan hanya negara China sahaja yang terlibat dengan ekspo ini.

Tadi baru sahaja pergi ke ekspo tu, tapi tak beli banyak pun. Cuma beli nasi ayam Hainan, Mee Xiang Yang dan lagi satu tak pasti nama apa, tapi sejenis kuih.

Nasi ayam Hainan ni rasanya lebih kurang macam yang di Malaysia. Tapi sedap! Sambal dan kuah kicap dia pun sedap dan pekat.



Mee Xiang Yang juga menarik kerana bentuk mee halus-halus. Dan yang penting, rasa nya juga sedap dan ini pengalaman pertama makan Mee Xiang Yang (^_^)/.



Ni tak tau la nama apa, tapi rasa dia macam piza :). Inti dia ada sosej, sayur campur, dll.



Bentuk kuih ni lebih kurang macam yang kat atas, tapi rasanya lain. Rasa kuih ni lebih kurang macam Kuih Cara Manis. Bahagian luar kuih ni macam disalut dengan suhun goreng je(tak sempat nak soal siasat dengan tukang masak tu,hehe



Kepada yang ingin datang ke ekspo ini, boleh lah meletakkan kenderaan anda di stadium. Jarak antara stadium dengan Bazar Tok Guru dekat sahaja. Sambil tu, boleh keluarkan peluh :)

Buah-buahan yang boleh membantu untuk turunkan berat badan

Diet biasanya sinonim dalam kalangan wanita. Tetapi ada juga segelintir daripada mereka terdiri daripada kaum adam. Kawan aku pun ramai yang mengamalkan diet, tapi macam-macam cara ada. Ada yang tak makan nasi langsung, ada yang makan nasi tapi sedikit aje la. Ada juga yang makan buah dan sayur.

Ni aku ada terbaca satu artikel tentang khasiat buah yang dapat membantu turunkan berat badan.

Antaranya ialah:

1. Limau gedang
Kandungan asid sitrik pada buah ini dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan

2. Oren
Buah oren dipercayai mengandungi kandungan serat paling tinggi. Serat ini merupakan jenis larut di dalam air dan menyebabkan keinginan seseorang untuk menikmati karbohidrat berkurangan

3. Epal
Mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya

4. Beri
Kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh

5. Tembikai
Terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh yang singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah anggur mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut

Friday, July 15, 2011

Tutorial selective colour

Macam mana nak buat background gambar menjadi warna hitam putih supaya gambar lebih "naik" dan menarik?

Tutorial ni menggunakan software adobe photoshop, tak kisah la adobe photoshop cs3, 4 atau 5 kerana lebih kurang sama sahaja functionnya. Saya akan menunjukkan langkah demi langkah supaya senang dan mudah difahami.


1. Pilih mana-mana gambar yang nak di edit



2. Klik pada "Create new fill or adjustment layer" dan pilih "Hue/saturation"





kemudian ubah nilai saturation menjadi -100 supaya warna gambar bertukar menjadi hitam putih



3. Pastikan warna pada "Set Foreground Color" sama seperti di bawah. (hitam dan putih)



4. Klik pada brush dan pilih saiz (Master Diameter) yang bersesuaian





5. Zoom gambar menjadi besar supaya mudah untuk di edit

6. Warnakan pada gambar yang ingin diwarnakan



7. Apabila dah siap, boleh la save (^_^). Senang kan? Ni hasil yang saya dapat

Macam-macam (^_^)











Thursday, July 14, 2011

Bersalaman dengan bukan mahram

Gejala Ikhtilath (percampuran di antara lelaki dan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk tampar, bergurau senda, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidaktahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.

Dalil:

Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu."(Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Jeruk Maman

Pokok Maman merupakan tumbuhan yang senang ditanam. Pokok ini tidak terlalu tinggi.


Pokok Maman mempunyai rasa yang pahit. Jadi masyarakat di Malaysia biasanya menjadikan daun-daun maman ni sebagai jeruk.

Jeruk dala hampir serupa dengan jeruk maman, tetapi pokok Dala lebih besar daripada pokok Maman.

Ni bunga dan daun pokok maman:




Bila dah lama tanam, pokon maman akan menghasilkan "buah" seperti gambar di bawah. Bila buah tu kering, boleh la ambil biji benih untuk ditenam semula.




Setiap bahagian pokok maman ada khasiatnya yang tersendiri. Baca sini untuk keterangan selanjutnya.

Wednesday, July 13, 2011

Opick - Rapuh

~ Lirik lagu ~

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara lelahnya jiwa
Dalam dosa dan air mata
Kupersembahkan kepadamu
Yang terindah dalam hidupku

Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padamu

Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertahta

Ooo..ooo..ooo

Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertahta

Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padamu

Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertahta

Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadamu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padamu

Maafkan lah bila hati
Tak sempurna mencintaimu
Dalam dada kuharap hanya
Dirimu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padamu

Lagi seorang pelajar KIST meninggal dunia selepas dua minggu koma

TANAH MERAH - Seorang penuntut Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang cedera parah dalam kejadian kemalangan tragis di Salor 26 Jun lalu, Mohd Aznil Afnan Ariffin,19, meninggal dunia jam 11.20 malam kelmarin setelah dua minggu terlantar koma di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Dalam kejadian 26 Jun lalu, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 malam di Kilometer 15, Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas itu mengakibatkan tiga penuntut KIST, Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, Shaiful Jawahir Razali,20, yang juga pemandu kereta, Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md Saud, 19, dan Mohammad Aliff Mohd Suhaimi,19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori air batu manakala Mohd Aznil, pemandu dan kelindan lori tersebut parah.

Ibu Mohd Aznil, Samsiah Che Ismail,41, ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya dekat Kampung Tepi Sungai amat bersedih dengan kehilangan anak sulung dari tiga beradik itu.

“Kecederaan parah dalaman yang dialami arwah di kepala dan paru-paru menyebabkan arwah tidak sedarkan diri hampir dua minggu dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan sahaja.

“Setiap hari saya berulang alik ke HUSM untuk menjaga dan melihat perkembangan dirinya namun saya reda kerana Allah SWT lebih sayangkannya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Aznil merupakan penuntut tahun dua jurusan Diploma Farmasi, seorang yang ceria, mempunyai ramai kawan dan pandai mengambil hati orang di sekelilingnya.

“Tidak hairanlah semasa berada di HUSM, ramai rakan-rakan datang melawat tidak pernah putus dan saya berterima kasih kepada semua yang banyak memberi semangat dan mendoakan anak saya sepanjang

berada dalam koma. Malah ketika jenazahnya dibawa pulang ke kampung halaman dekat sini masih ramai yang berkunjung, saya amat terharu.

“Sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun ada memberitahu saya kaca matanya telah patah, namun tidak mahu membeli yang baru kerana ingin menggunakannya buat sementara waktu.

Samsiah berkata, arwah dan tiga sahabatnya yang maut ketika kejadian berkawan baik malah tinggal sebilik.

“Arwah seorang anak yang baik dan setiap hujung minggu pasti akan pulang ke rumah jika tiada kuliah, kehadirannya membuatkan kami sekeluarga

lebih ceria dengan perwatakannya yang disenangi semua. Arwah pernah memberitahu mahu menjadi ahli farmasi berjaya dan ingin membalas jasa keluarga apabila bekerja kelak,” katanya. Allahyarham Mohd Aznil selamat dikebumikan di Tahan Perkuburan Islam Tepi Sungai, di sini.

Sumber: Sinar Harian

Bunga Telang

Bunga Telang atau Blue Pea Flower ni biasanya digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu. Ni kira macam nasi kerabu original la sebab tidak menggunakan sebarang pewarna untuk menghasilkan warna biru pada nasi.

Biasanya orang kampung panggil Bunga Biru atau Bunga Nasi Kerabu. Bunga ini juga boleh digunakan untuk makanan lain selain nasi kerabu.



Selepas berbunga, bunga akan berubah menjadi kacang pea. Bila kacang pea ni kering, boleh la ambil dan jadikan sebagai biji benih.



Pokok bunga ni adalah spesis menjalar.

Untuk mendapatkan warna biru bunga ini, mula-mula sekali mestilah dicuci sehingga bersih. Ada berbagai cara dapat digunakan,antaranya ialah:

1. Tumbuk bunga telang dengan sedikit air
2. Rebus bunga ini dengan air sehingga air menjadi biru, kemudian boleh la tapis air tersebut untuk mendapatkan airnya.
3. Rendam di dalam air panas dan diperah supaya air menjadi biru. Kemudian tapis untuk mengasingkan bunga dengan air

Bunga ini juga boleh disimpan lama, tetapi sebelum disimpan, perlulah dijemur terlebih dahulu sehingga bunga ini menjadi kering.

Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEFF)

Jom beramai-ramai turun ke Kelantan bagi menjayakan program KelCheff yang akan diadakan di Bazar Tok Guru, Kota Bharu bermula pada 14 - 23 Julai 2011. Rugi kalau tak datang kerana ini lah peluang untuk merasai menu halal dari negara China.

Di pesta tu jugak akan ada 1001 jenis teh. Kalau sebelum ni kita mungkin cuma biasa minum teh boh dan lipton, tapi di pesta tu nanti ada bermacam jenis teh yang kita dapat rasa. Menarik kan? Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Nak pergi negara China, mahal sangat. Hanya orang-orang yang mampu je yang dapat pergi.

Tuesday, July 12, 2011

Tips Bijak Memandu

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang

2. Jangan memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6. Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

7. Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

10. Elak memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan diselenggarakan dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Monday, July 11, 2011

Tutorial ubah warna pada gambar

Tutorial untuk ubah warna pada gambar ni aku guna sofware Adobe Photoshop. Gambar yang aku gunakan untuk tutorial ni pun gambar yang senang di edit,hehe. Tapi dengan tutorial ni,anda boleh ubah apa2 sahaja gambar yang anda ingin, contohnya warna selipar ke, warna tudung, baju atau sebagainya.

1. FILE > OPEN dan pilih gambar yang nak di edit



2. Zoom gambar supaya mudah untuk di edit

3. Guna POLYGONAL LASSO TOOL dan pilih kawasan yang ingin diubah warnanya





4. Pilih Menu IMAGE > ADJUSTMENTS > VARIATIONS, lepas tu akan keluar la gambar macam ni



then edit dan pilih la warna yang anda suka. Senang aje kan?

5. Akhir sekali boleh la save hasil yang anda dapat. Selamat mencuba (^_^)

Sunday, July 10, 2011

Keajaiban darah tali pusat bayi

Sudah menjadi amalan masyarakat Melayu, plasenta dan tali pusat akan dibersihkan sebelum ditanam rapi setelah kelahiran cahaya mata. Pengendaliannya dibuat secara cermat dan tertib sebagai penghormatan kerana ‘menemani’ bayi di dalam perut selama lebih sembilan bulan.

Tidak ramai yang maklum, tali pusat bayi sebenarnya cukup berharga meskipun setelah si kecil menjengah dunia. Hal ini kerana sel stem yang diperoleh menerusi darah pada tali pusat sekiranya disimpan, boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk yang sukar diubati.

Begitu pun, ia perlu disimpan secara betul agar tidak matang sekali gus berguna apabila diperlukan pada masa depan.

Sel stem ini pula tidak semestinya bermanfaat kepada bayi pemilik darah sahaja tetapi juga boleh digunakan oleh adik-beradik, ibu bapa dan saudara terdekat sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Bagaimanapun, peratusan kesesuaian untuk adik-beradik lebih tinggi berbanding pertalian lain.

Selain tali pusat, sel stem juga boleh diperoleh daripada tulang sum-sum tetapi cara ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga lebih tinggi risiko pencemaran berbanding pengambilan daripada tali pusat bayi.

Terdapat kajian menyatakan, sel stem binatang juga boleh digunakan untuk merawat penyakit dihidapi manusia pada zaman ini. Namun bagi masyarakat Islam, sel stem daripada bayi sudah tentu jauh lebih baik berbanding sel stem binatang yang diragui keberkesanannya dan hukumnya dari segi syarak sekiranya digunakan pada manusia.

Keistimewaan sel stem hingga ia mampu menjadi penawar penyakit adalah sifat sel ini yang kosong dan memiliki keupayaan untuk merangsang pembentukan sel lain seperti sel darah, sel system pertahanan badan, sel jantung, sel saraf, sel otot dan tulang.

Dianggarkan, lebih 75 penyakit termasuk yang berbahaya dan mengancam nyawa boleh dirawat menggunakan sel stem. Pada masa terdekat, manfaat sel stem daripada darah tali pusat bayi turut dipercayai bakal digunakan untuk rawatan estetik, hati dan pertumbuhan semula anggota.

Sayangnya, kesedaran untuk menyimpan sel stem bayi masih rendah di Malaysia terutama dalam kalangan bumiputera. Sedangkan kos untuk menyimpannya jauh lebih murah berbanding kebanyakan negara lain.

Di Malaysia, sejak 2002 kerajaan mengiktiraf kepentingan sel stem darah tali pusat menerusi penubuhan bank darah tali pusat di Pusat Darah Negara. Seterusnya pelbagai kempen kesedaran dijalankan termasuk menggunakan khidmat penghibur terkenal, Datuk Sheila Majid yang turut menyimpan sel stem anaknya.

Selain Bank Darah Negara, terdapat syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan perbankan sel stem darah tali pusat. Antaranya CellSafe International yang terletak di Northpoint Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa di Asia semakin menyedari kepentingan menyimpan sel stem bayi mereka sebagai insurans-bio tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia boleh dikatakan masih rendah terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

"Mungkin pada masa depan keadaan berubah dan penyimpanan sel stem akan disedari sama pentingnya seperti mengambil insurans perubatan anak," ujar pengarah eksekutif CellSafe, Lau Kin Wai.

CellSafe merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Sepax dari Switzerland untuk memastikan perolehan sel stem sewaktu pengekstrakan adalah optimum. Ia juga menawarkan tapak simpanan sekunder untuk lebih jaminan keselamatan, amalan yang biasa dilakukan bank-bank darah tali pusat di Eropah.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk menyimpan sel stem daripada darah tali pusat bayi mereka, persediaan harus dibuat dengan memaklumkan pihak yang dipilih melakukan perbankan berkenaan. Hal ini kerana sampel darah biasanya perlu diambil dan diproses dalam tempoh 48 jam bagi memastikan kebolehhidupan sel stem yang lebih tinggi.

Dalam pada itu angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Datin Dr Harlina Mohd Yunos antara selebriti yang turut mengikut jejak langkah Datuk Sheila Majid apabila mengambil keputusan untuk menyimpan sel stem darah tali pusat anak mereka kelak di CellSafe.

"Ia umpama insurans untuk anak saya kerana darah tali pusat ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa."

"Memandangkan kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan, ini merupakan persediaan yang baik untuk bayi," kata Dr Sheikh Muszaphar yang berharap pembabitannya akan mencambahkan minat lebih ramai ibu bapa untuk mengikut jejak langkahnya.

Isterinya, Dr Halina pula menyifatkan keputusan untuk menyimpan sel stem darah tali pusat bayi mereka bersandarkan keinginan setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik pada anak masing-masing.

Oleh:Aida Azura Azemi

Saturday, July 9, 2011

Tip lembutkan daging yang liat

Ramai yang tak suka makan kari atau sup daging sebab daging lembu yang liat.

Jadi saya nak kongsi tip macam mana nak lembutkan daging tu. Petua ni dah lama mak saya amalkan. Orang-orang kampung pun guna cara ni untuk melembutkan daging. Caranya senang aja, cuma ambil beberapa helai daun nangka, cuci dan letak sekali dalam masakan yang anda sedang masak.

Kalau nak rebus daging tu lama-lama sampai empuk pun boleh, tapi membazirkan gas. Lagi satu, guna api yang kecil ketika masak.

‘Tak akan maafkan dia’

JOHOR BAHRU: “Saya tak akan maafkan orang memperlakukan Ayu sebegitu kejam, biarlah dia digantung sampai mati supaya tiada lagi manusia diperlakukan seperti ini,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja dibunuh sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Menurut Qomarodin, meskipun reda takdir menimpa anakya itu, dia berharap penjenayah terbabit dikenakan hukuman setimpal atas apa dilakukannya terhadap anaknya, Nurrahayu atau Ayu,16.

“Saya berharap pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan teliti, mengumpul bukti secukupnya bagi membolehkan penjenayah menerima hukuman sewajarnya,” katanya sebak ketika menuntut jenazah arwah Ayu di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, awal pagi semalam.

Seawal jam 7.30 pagi, Qomarodin bersama seorang kenalan dilihat duduk di ruang menunggu bagi menuntut jenazah anaknya itu, selepas gagal berbuat demikian malam kelmarin berikutan beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Tepat jam 9.55 pagi, jenazah Ayu yang sudah dimandi serta dikafan, dituntut Qomarodin dan dibawa menaiki van jenazah menuju ke Surau Taman Pulai Utama dekat sini, bagi urusan pengebumian selepas solat Jumaat.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Perkuburan Islam Kangkar Pulai yang turut dihadiri rakan dan seluruh ahli keluarga arwah bagi memberikan penghormatan terakhir. Pada masa sama teman baik mangsa, Diana tidak dapat menyembunyikan perasaan pilunya hingga terpaksa ditenangkan rakan dan keluarga kerana meraung akibat terlalu bersedih dengan kehilangan Ayu. Qomarodin yang ditemui selepas selesai urusan pengebumian berkata, dia sekeluarga lega selepas menyempurnakan pengebumian jasad anak bongsu kesayangannya.

“Syukur, Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Biarpun terpaksa terima hakikat kehilangan Ayu, saya dan keluarga lega kerana sebelum ini bayangan dia sering muncul seolah-olah menyuruh jasadnya disempurnakan segera,” katanya sugul.

Menurut Qomarodin, dia terharu melihat ramai kenalan serta rakan arwah datang ketika pengebumian itu.

“Apabila melihat mereka saya terharu. Ia membuktikan hubungan arwah dengan orang sekelilingnya erat dan tidak mungkin akan terputus,” katanya.

Lebih 150 termasuk keluarga kandung dan angkat serta rakan dan kenalan mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Ayu yang disemadikan kira-kira jam 2.30 petang.

Harian Metro 9 Julai 2011

‘Kau pergi jua anakku’

KUANTAN: Selepas 19 hari bertarung nyawa, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, yang parah disengat tebuan di sekolahnya, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), jam 3 petang semalam.

Bapa angkat Muhamad Al-Amin, Aziz Mamat, 49, yang menjaganya di HTAA sejak dimasukkan ke hospital berkenaan berkata, keadaan mangsa menjadi semakin buruk sejak malam kelmarin apabila pernafasannya tidak normal.

“Saya sempat membacakan surah Yasin dua kali ke telinga arwah. Itulah saja yang dapat saya lakukan selain berdoa dia sembuh. Bagaimanapun, sebaik mahu memulakan bacaan ketiga, arwah sudah pergi dan saya reda dengan kehilangannya itu.

“Apa yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah arwah tidak sempat menjamah piza serta ayam goreng yang saya beli atas permintaannya sebelum dihantar ke ICU beberapa hari lalu. “Saya bergegas mendapatkan makanan yang diminta tetapi dia tidak menjamahnya langsung kerana selera makannya hilang,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

Muhamad Al-Amin yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, parah selepas beberapa bahagian badan dan kepalanya kena sengatan tebuan pada 20 Jun lalu.

Allahyarham dilaporkan disengat tebuan ketika menyaksikan rakan-rakannya bersukan.

Aziz yang masih gagal menahan emosinya selepas kehilangan Muhamad Al-Amin, berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sekolah terbabit.

“Kalau ikutkan hati memang saya nak saman,” kata Aziz.

Muhamad Al-Amin dipelihara Aziz selepas tiga hari dilahirkan dan menganggap Allahyarham sebagai anak yang manja dan periang.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad berkata, pihaknya sangat simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, beliau sudah membuat siasatan dengan terperinci dan mendapati guru sekolah sambil dibantu keluarga mangsa sempat membawa murid terbabit ke sebuah klinik swasta sejurus disengat tebuan, sekali gus menolak anggapan yang mengatakan pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung kejadian itu.

“Mengenai saman, saya tidak pasti saman apa yang akan diambil,” katanya.

Harian Metro 9 Julai 2011

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?

Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.

Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...

Lihatlah ibu anda....

Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.

Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".

Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah

KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.

Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

Ingatlah..

-Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

-Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

-Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

-Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

-Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu

-Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

-Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

-Yang indah hanya sementara

-Yang abadi adalah kenangan

-Yang ikhlas hanya dari hati

-Yang tulus hanya dari sanubari

-Tidak mudah mencari yang telah hilang

-Tidak mudah mengejar impian

-Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada

-Kerana walaupun digenggam terlepas juga

-Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

-Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif

-Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas

-Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki

-Apalagi yang mahu diperebutkan

-Apalagi yang mahu disombongkan

-Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani

-Jangan terlalu berhitung

-Jangan hanya mahu menang sendiri

-Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

-Belajarlah tiada hari tanpa kasih

-Selalu berlapang dada dan mengalah

-Hidup sentiasa ceria dan bebas

-Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan

-Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan

-Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

Wanita berhak tolak poligami: Imam Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata, ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. “Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut,” katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun, bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya.

Thursday, July 7, 2011

Nestle

For all parents, Nestle is asking everyone to return all Banana Baby food expiring 2012 cos they may contain GLASS.
pls copy & paste for all babies safety. bar 761303308973, even if u r not a parent, pls help forward. U can save a child.

Wednesday, July 6, 2011

Hati Seorang WANITA

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.

2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.

3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.

4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.

5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.