Halaman

Monday, July 4, 2011

Ragut



Ini adalah antara tektik licik peragut zaman sekarang. Tidak tahu objek apa yang digunakan untuk memecahkan tingkap kenderaan kerana begitu mudah dan cepat mereka melakukan jenayah ini. Jadi berhati-hati kepada pemandu yang ingin meletakkan sebarang benda di dalam kenderaan anda ketika memandu atau sewaktu meninggalkan kenderaan.

Ketika memandu, pastikan beg atau barang-barang berharga diletakkan di tempat yang tersembunyi dan terlindung daripada penglihatan penjenayah.

Apabila ingin meninggalkan kenderaan, pastikan bawa semua barang yang berharga bersama anda kerana penjenayah mempunyai alat untuk mengesan sesetengah barang berharga tersebut walaupun anda meletakkannya di tempat yang tersembunyi.

Mereka tidak berhati perut dan tidak memikirkan kesusahan yang ditangguh oleh mangsa. Jika perkara ini terjadi, mangsa akan menanggung kerugian yang besar. Contohnya kes ragut seperti video di atas, mangsa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki cermin yang pecah dan mereka juga rugi apabila barang berharga mereka diragut. Kemungkinan besar juga mangsa tercedera akibat terkena serpihan kaca yang pecah itu.

Semoga peragut di luar sana akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka!

No comments: