Halaman

Wednesday, July 6, 2011

Panduan Jika Terbabit Dalam Kemalangan

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dilakukan pengguna apabila berdepan dengan kemalangan jalan raya.

Ketika kemalangan:


1. Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, tahun dibuat dan model kenderaan.
2. Maklumat pemandu seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
3. Nama pihak insurans mewakili anda dan orang lain yang terbabit dalam kemalangan itu.


Berurusan di balai polis:

1. Jika tiada anggota polis bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis berhampiran.
2. Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Selepas selesai, anda diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan berkenaan dan simpan satu salinan laporan polis yang disahkan benar.


Berurusan dengan pihak insurans:

1. Baca polisi insurans dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak berkenaan secepat mungkin atau dalam tempoh yang ditetapkan dalam polisi insurans.
2. Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin menghapuskan hak anda mendapatkan wang pampasan.
3. Jumlah amaun tuntutan difailkan mestilah tidak melebihi amaun ditetapkan dalam klausa tuntutan.
4. Pihak insurans hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dengan jumlah ditetapkan.
5. Pastikan kenderaan diselenggarakan pihak bengkel bertanggungjawab.
6. Kerosakan dialami kenderaan dinilai seorang pemeriksa atau penilai pihak insurans.


Elakkan perkara berikut:

1. Apabila anda mengalami kemalangan, jangan mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.
2. Membaiki kereta anda tanpa kelulusan penanggung insurans, jika bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A.
3. Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah munasabah memastikan keselamatan kenderaan selepas berlaku kerosakan.
4. Memandu kereta sebelum pembaikan disempurnakan.
5. Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali berpuas hati dengan kerja pembaikan.
6. Menghantar kereta ke bengkel yang bukan panel dibenarkan.

No comments: