Halaman

Monday, July 18, 2011

Dr. Lo' Lo' pergi menghadap Ilahi

17 Julai 2011

KUALA LUMPUR - Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Siang tadi Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal akibat daripada penyakit barah yang dihidapinya.

Dr. Lo' Lo' adalah anak perempuan kepada bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif di dalam Dewan Muslimat PAS tetapi semenjak 8 Mac 2008, beliau banyak menumpukan perhatiannya kepada Parlimen Tititwangsa yang dimenanginya apabila berjaya menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.

Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan bahawa anak Allahyarhamah iaitu Muhd Fawwaz, memberitahu jenazah ibunya akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

No comments: