Halaman

Friday, July 29, 2011

Tip membeli kenderaan terpakai

Sebelum membeli, pastikan periksa kenderaan tersebut satu-persatu dengan berhati-hati. Jangan hanya sekadar melihat dari luaran sahaja. Luaran yang cantik tidak mengambarkan keadaan dalaman yang sebenar. Buatlah perbandingan dengan beberapa buah kenderaan terpakai yang lain supaya anda dapat memilih kenderaan yang benar-benar masih elok.

1. Minta rekod servis kenderaan itu untuk memastikan pemilik sebelumnya menjaga atau melakukan servis yang sepatutnya mengikut spesifikasi pengeluar. Rekod ini boleh juga memberitahu sama ada pernah terjadi kerosakan mekanikal yang teruk. Tetapi berhati-hati dengan rekod palsu!

2. Periksa kesan karat terutamanya di bahagian celah pintu, bawah bonet dan di dalam but. Harus juga beri perhatian kepada kesan cubaan menutup karat dengan menampal menggunakan cat secara tidak profesional.

3.Periksa tanda-tanda sama ada kenderaan tersebut pernah terlibat dengan kemalangan. Sebarang tanda cat baru atau tanda penampalan boleh menjadi petunjuk yang kenderaan tersebut pernah memasuki kedai ketuk dan cat selepas terbabit kemalangan.

4. Periksa bahagian enjin sama ada pemilik asal menjaga enjin atau tidak. Bahagian enjin kotor, terminal bateri karat, gelung getah lusuh atau reput, dan kesan minyak pada bahagian dalam bonet.

5. Alihkan radiator dan hidupkan enjin semasa enjin masih sejuk. Periksa sama ada terbentuknya buih pada air ataupun tidak. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakan.

6. Minta seseorang menghidupkan enjin dan perhati asap ekzos. Asap berwarna biru atau kelabu bermaksud sistem valve kenderaan tersebut mungkin telah lusuh. Jika banyak asap yang terbentuk, keseluruhan enjin berkemungkinan bermasalah.

7. Periksa keretakan pada cermin kenderaan. Untuk menggantikannya adalah mahal.

8. Biarkan bonet terbuka dan enjin masih hidup, beri perhatian pada bunyi-bunyi pelik sepeti ketukan atau cakaran. Pandu uji kenderaan itu tanpa memasang radio untuk dengar sebarang bunyi pelik.

9. Periksa sama ada semua kelengkapan berfungsi. Semasa uji pandu, periksa pemanas dan penyejuk udara. Periksa juga sebarang kebocoran minyak, bukan sahaja di bawah kenderaan tetapi juga di dalam bahagian enjin, terutamanya pada bahagian blok enjin dan bahagian terletaknya palam pencucuh (spark plug).

10. Periksa minyak hitam dan pastikan minyaknya adalah baru dan tidak berair. Jika minyak itu tebal dan kotor berkemungkinan pemilik asal jarang servis kenderaan tersebut.

No comments: