Halaman

Wednesday, July 6, 2011

Batasan pergaulan lelaki dan perempuan

Islam melarang perkenalan yang tidak bermaksud hendak berkahwin, apalagi kalau semata-mata didorong oleh hawa nafsu, untuk berseronok-seronok, untuk menguji kepopulariti diri, atau sebagainya. Berkenalan yang dikehendaki dalam Islam ada banyak peringkat :


1. Alam persekolahan / remaja : berkenalan hanya boleh antara sama jantina, HARAM berkenalan antara perempuan dan lelaki.
2. Alam muda-mudi pada usia yang sudah sepatutnya berkahwin : perkenalan mestilah antara perantaraan mahram, mereka tidak boleh berhubung secara langsung.
3. Dalam masa bertunang : perhubungan mereka mesti ditemani oleh mahram yang lain. Mereka tidak boleh bebas berdua-duaan ke mana sahaja.

Kesimpulannya, berkenalan antara dua jantina hendaklah dibuat atas dasar syariat Islam, dan dilakukan semata-mata kerana Allah, serta diperkuat dengan ada niat untuk berkahwin. Sebarang perkenalan yang terkeluar daripada batas-batas ini adalah DILARANG.

No comments: