Halaman

Tuesday, July 12, 2011

Tips Bijak Memandu

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang

2. Jangan memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6. Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

7. Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.

10. Elak memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan diselenggarakan dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

No comments: