Halaman

Monday, July 25, 2011

Keburukan Facebook

Kalau baca surat khabar, boleh dikatakan selalu ada kes berkaitan Facebook. Sebenarnya facebook ni lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Antara keburukan facebook ialah:

1. Banyak masa dihabiskan dengan menghadap komputer.


Sebelum tidur, main FB. Tengah makan pun sempat lagi berFB. Bak kata orang, MAKAN BOLA, TIDUR BOLA..... Tiap masa main FB sampaikan dah tak nampak dunia luar sebab banyak masa dah dihabiskan dengan dunia maya.

2. Meruntuhkan keharmonian rumahtangga.

Bersembang atau sentiasa bebalas komen dengan orang yang tidak sepatutnya sehingga perasaan isteri/suami tersinggung. Kalau hendak berkawan, biar ada batasnya. Tidak perlu bertanya khabar atau bersembang perkara yang tidak penting dengan kawan yang berlainan jantina dengan kita kerana perbuatan ini boleh menimbulkan rasa cemburu di hati pasangan.

3. Lalai dengan tanggungjawab sebagai suami/isteri.

Kita asyik dengan bermain game atau chatting dengan rakan-rakan di FB sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Perbuatan ini juga akan menyebabkan hati pasangan kita tersinggung.

4. Prestasi kerja semakin merosot.


Jika terlalu leka melayari laman sosial seperti facebook atau twitter, tumpuan terhadap kerja akan terganggu.

5. Bertambah dosa.


Ramai yang menjadikan FB sebagai tempat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Kemudian memfitnah dan mengaibkan rakan-rakan sendiri. Fitnah itu kan dosa besar.

6. Memutuskan ikatan persaudaraan.


Bila dah fitnah dan mengaibkan orang, pasti ada diantara kita yang sanggup memutuskan silaturrahim kerana sakit hati atas perbuatan yang telah rakan kita lakukan.

7. Aurat.

Kerana ingin berkongsi pengalaman atau tempat-tempat yang dah dilawati, kita muat turun gambar-gambar tanpa mengambil kira aurat yang terdedah. Bila dah muat turun dalam internet, semua orang dapat tengok aurat kita.

No comments: