Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood
No comments:
Post a Comment