Siapa yang layak untuk menjadi wali bagi mereka yang dilahirkan sebagai anak luar nikah?
Kasihan pada anak-anak yang tidak bersalah dan terpaksa menanggung beban sepanjang hayat akibat perbuatan terkutuk ibu bapa mereka. Kita seharusnya sedar akan keburukan yang akan berlaku sekiranya melanggar perintah Allah SWT. Tetapi ramai yang hanyut dengan dunia mereka sendiri sehingga tidak sedar akan sengsara yang akan ditanggung oleh anak yang bakal lahir akibat daripada perbuatan sumbang mereka.
Anak-anak ini akan menanggung malu yang amat sangat apabila dihina dan dipandang jijik. Sedangkan mereka tidak bersalah. Seharusnya masyarakat tidak menghukum mereka atas apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Kita sepatutnya memberi sokongan dan perhatian supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Mereka sudah cukup menderita apabila mengetahui status diri, apatah lagi sekiranya masyarakat di sekeliling memandang hina. Semua bayi yang dilahirkan, adalah dalam keadaan suci. Yang akan membezakannya adalah cara didikan yang diberikan.
Berbalik kepada persoalan diatas, apabila anak luar nikah ini ingin berkahwin, lelaki yang telah menghamilkan perempuan(ibu kepada anak luar nikah) tersebut, tidak boleh menjadi wali. Sekiranya ada diantara anak luar nikah ini masih tidak mengetahui status diri sendiri, perlulah diberitahu segera. Ini adalah kerana dikhuatiri pernikahan yang akan berlangsung, menjadi tidak sah kerana diwalikan oleh lelaki yang menghamilkan ibunya.
Orang yang layak menjadi wali kepada anak luar nikah ini adalah wali hakim. Caranya, buat aduan kepada jabatan atau majlis agama Islam negeri tentang kedudukan sebenar, insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.
2 comments:
nica share.. tapi mmg laki yg menghamil kan pempuan tu tak sah jadi wali budak tu la kan kiranya walaupun datang dari benih dia..
betul tu..laki tu tak boleh jadi wali
Post a Comment