Aku nak nasihat kat korang semua supaya sentiasa berhati-hati dengan dunia sekarang. Lebih-lebih lagi kaum wanita seperti aku. Aku nak share satu cerita dengan korang semua. Ni kisah benar yang berlaku pada jiran aku. Kepada yang pernah dengar cerita seumpama ni, bagus la. Tetapi kita sebagai manusia ni kadang-kadang alpa dan perlulah kita sentiasa ingat mengingati sesama kita.
Nak dijadikan cerita, pada satu hari, jiran aku menaiki kereta untuk melakukan tugas seharian seperti biasa. Biar aku namakan jiran aku ni sebagai Mira. Dalam perjalanan tu, Mira ditahan oleh dua orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penunda kereta bagi pihak Maybank. Lelaki tu beritahu bahawa Mira ni dah lama tak bayar ansuran keretanya. Jadi Mira pun hairan lah kerana baru sahaja minggu lepas dia jelaskan bayaran di Maybank. Tetapi lelaki tu tetap bertegas untuk menunda kereta Mira. So Mira pun dah tak tahu nak buat macam mana dan akur dengan apa yang dikatakan oleh penunda kereta tu.
Lepas sahaja kereta Mira dibawa pergi oleh pekerja tu, dia pun telefon mak ayah dia dan terus bergegas ke Maybank untuk meminta penjelasan. Tetapi yang malangnya, pihak Maybank tu sendiri tidak tahu-menahu tentang perkara tu dan mereka kata tidak menghantar mana-mana pekerja untuk tunda kereta Mira. Apa lagi, menagis teresak-esak la kerana Mira telah ditipu oleh lelaki yang menyamar sebagai penunda kereta Maybank. Mungkin Mira masih muda dan tidak terfikir yang dia akan ditipu sebegitu rupa. Selepas kejadian tu, Mira lebih berhati-hati dengan apa saja dugaan yang bakal ditempuh olehnya.
Orang nak mencuri ni,macam-macam tektik yang diorang gunakan sehinggakan kita sendiri pun boleh terpedaya. Sentiasa berdoa dan mohon lah perlindungan daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment