Halaman

Sunday, May 6, 2012

Puding Triffle


Dah banyak kali buat puding ni. Tapi hari ni baru ringan tangan nak post resepinya sebab sebelum ni tak amik gambar. Nak buat puding ni, senang aje.

BAHAN:

  • 1 tin susu cair (F&N yang kaler pink tu)
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 1 kotak jeli kristal (jenis NONA)
  • buah laici/peach dalam tin/koktel buah-buahan (ikut selera masing2 nak letak buah apa)
  • kek span(chiffon) /kek gulung

CARA:

1. Potong kek, dan susun selapis di dalam tupperware.
2. Guna air yang ada dalam tin laici/peach/koktel dan basahkan lapisan kek tersebut.
3. Di dalam bekas lain, bancuh tepung kastard dengan air dan kacau.
4. Masukkan susu cair dan gula dalam periuk dengan api yang kecil dan kacau sehingga gula hancur.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard di dalam periuk, dan kacau sehingga susu cair menjadi likat.
6. Selepas susu cair menjadi likat, bolehlah tuang ke dalam tupperware yang dilapis dengan kek tadi.
7. Masak jeli kristal mengikut arahan di belakang kotak. (Kalau jeli kristal jenis Nona, 1 kotak perlu campur dengan 400 ml air)
8. Bila jeli dah masak, tuang di atas susu cair. (Tuang perlahan-lahan supaya lapisan susu cair tadi tidak bercampur dengan jeli)
9. Masukkan buah laici/peach/koktel. (Jangan masukkan dengan airnya, nanti jeli cair pula)
10. Akhir sekali, simpan puding triffle ni dalam peti sejuk dan boleh dimakan bila jeli dah keras.

Selamat mencuba ^_^


Menghalang saf dengan sejadah

Menunaikan solat secara berjemaah di surau atau di masjid adalah dituntut dalam Islam dan ini merupakan amalan yang mulia. Tetapi ramai yang tidak sedar atau sengaja melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Dimana ada sebahagian orang yang datang awal ke masjid, dan meletakkan beg atau menghamparkan sejadah dan kemudian keluar untuk mengambil wuduk atau mempunyai urusan lain yang menyebabkan dirinya telambat menunaikan solat berjemaah, maka dia telah bercanggah dengan syar'i dari dua sisi, iaitu dari sisi lambat dan merampas satu tempat dari masjid dan menghalang makmum lain yang terlebih dahulu datang dan ingin menunaikan solat.

Perbuatan ini kerap berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika mereka ingin mengambil wuduk, kebiasaanya mereka akan meletakkan sejadah sebagai tanda bahawa itu adalah tempat untuk mereka menunaikan solat, walhal perkara tersebut adalah salah dan menimbulkan kesusahan kepada orang lain yang ingin menunaikan solat.

p/s: muhasabah diri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, May 5, 2012

Janganlah kamu sembunyikan kebenaran.



Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengadakan perbaikan dan menjelaskannya, mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. [Surah Al-Baqarah :160]