Saturday, May 16, 2020
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa
- 1 ekor ikan siakap
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 biji bawang holand (potong dadu)
- 7 biji cili padi (hiris)
- 1/2 inci halia (hiris)
- 2 batang serai (hiris)
- 6 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan thai
- 7 helai daun limau purut (buang tulang daun)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1/4 biji nenas (potong dadu)
- 2 sudu tepung jagung
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan sebentar dalam 5 minit. Kemudian lumur tepung jagung dan goreng ikan sehingga garing dan hidangkan.
2. Tumis bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan hirisan cili padi, halia dan serai dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air supaya ia berkuah.
4. Masukkan daun limau purut, tomato dan nenas, kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit likat dan masukkan sedikit garam dan sos ikan thai.
5. Bila dah likat, boleh la tuang kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Friday, May 4, 2018
HUTANG PIUTANG
Dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Tuhannya, dan janganlah dia mengurangi sedikit pun daripadanya. Jika yang berhutang itu orang yang kurang akalnya atau lemah (keadaannya), atau tidak mampu merencanakan sendiri, maka hendaklah walinya merencanakannya dengan benar.
Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki di antara kamu. Jika tidak ada saksi dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan di antara orang-orang yang kamu sukai dari para saksi (yang ada), agar jika yang seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil.
Dan janganlah kamu bosan menuliskannya, untuk batas waktu baik (hutang itu) kecil mahupun besar. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah, lebih dapat menguatkan kesaksian, dan lebih mendekatkan kamu kepada ketidakraguan, kecuali jika hal itu merupakan perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak menuliskannya.
Dan ambillah saksi apabila kamu berjual beli, dan janganlah penulis dipersulit dan begitu juga saksi. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sungguh, hal itu suatu kefasikan pada kamu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[Surah al-Baqarah: 282]
Monday, May 22, 2017
Pentingnya Insurans Nyawa
Haaa, ni la yang kita silap. Tanggapan kita yang macam ni la perlu diubah. Siapa kata insurans nyawa tak penting? Siapa kata insurans nyawa ni membazir dan merugikan? Sebenarnya orang yang tak ambil insurans nyawa ni la yang rugi.
Insurans kereta kita ambil, tapi kenapa insurans nyawa kita tak nak? Agaknya kereta dengan nyawa, yang mana lebih mahal dan bernilai? ~Thinking (-_-)! ~
Kita rasa terbeban nak bayar premium insurans tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM100-300, lagipun kesihatan kita baik-baik aje selama ni. Kalau sakit pun, demam biasa je. Tapi pernah tak kita terfikir kesihatan kita 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah selama-lamanya kita akan sihat? Kalau masa tu kita sakit dan memerlukan kos rawatan yang berpuluh-puluh ribu, macam mana kita nak buat? Agak-agak ada tak orang yang murah hati nak tolong bayarkan bil hospital kita? Tapi kalau ada insurans, bil hospital kita akan dibayar oleh syarikat insurans walaupun kita baru bayar premium tu beberapa kali. Contohnya tiap-tiap bulan kita bayar RM150, tetapi jika sesuatu terjadi pada kita seperti kemalangan atau sakit pada bulan kelima kita dilindungi oleh insurans, insurans akan bayar bil tersebut walaupun jumlah premium yang kita baru bayar adalah RM 750.
Renung dan fikir-fikirkan 😊
Tuesday, August 11, 2015
Tips elak bayi daripada Jaundice / sakit kuning
Thursday, June 25, 2015
Cara untuk mengurangkan / menghilangkan batu karang
1. Lobak putih dijadikan jus dan minum 2 kali seminggu untuk menghancurkan batu karang (jangan makan selalu sebab tajam)
2. Elakkan juga meminum kopi dan minuman yang manis.
3. Boleh juga usaha mencari air tawar dengan mana2 ustaz atau Darulsyifa'. Cari orang yang betul, bukan yang baca jampi serapah ye :p
Semoga bermanfaat. Wallahua'lam
Sunday, May 6, 2012
Puding Triffle
Dah banyak kali buat puding ni. Tapi hari ni baru ringan tangan nak post resepinya sebab sebelum ni tak amik gambar. Nak buat puding ni, senang aje.
BAHAN:
- 1 tin susu cair (F&N yang kaler pink tu)
- 1 sudu besar gula
- 4 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan air
- 1 kotak jeli kristal (jenis NONA)
- buah laici/peach dalam tin/koktel buah-buahan (ikut selera masing2 nak letak buah apa)
- kek span(chiffon) /kek gulung
CARA:
1. Potong kek, dan susun selapis di dalam tupperware.
2. Guna air yang ada dalam tin laici/peach/koktel dan basahkan lapisan kek tersebut.
3. Di dalam bekas lain, bancuh tepung kastard dengan air dan kacau.
4. Masukkan susu cair dan gula dalam periuk dengan api yang kecil dan kacau sehingga gula hancur.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard di dalam periuk, dan kacau sehingga susu cair menjadi likat.
6. Selepas susu cair menjadi likat, bolehlah tuang ke dalam tupperware yang dilapis dengan kek tadi.
7. Masak jeli kristal mengikut arahan di belakang kotak. (Kalau jeli kristal jenis Nona, 1 kotak perlu campur dengan 400 ml air)
8. Bila jeli dah masak, tuang di atas susu cair. (Tuang perlahan-lahan supaya lapisan susu cair tadi tidak bercampur dengan jeli)
9. Masukkan buah laici/peach/koktel. (Jangan masukkan dengan airnya, nanti jeli cair pula)
10. Akhir sekali, simpan puding triffle ni dalam peti sejuk dan boleh dimakan bila jeli dah keras.
Menghalang saf dengan sejadah
Perbuatan ini kerap berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika mereka ingin mengambil wuduk, kebiasaanya mereka akan meletakkan sejadah sebagai tanda bahawa itu adalah tempat untuk mereka menunaikan solat, walhal perkara tersebut adalah salah dan menimbulkan kesusahan kepada orang lain yang ingin menunaikan solat.
p/s: muhasabah diri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Saturday, May 5, 2012
Janganlah kamu sembunyikan kebenaran.
Friday, April 13, 2012
Gegaran di Acheh
Ambillah iktibar daripada kejadian yang berlaku ini sebagai pengajaran buat kita dan renungkan kembali perbuatan kita selama kita menghuni di bumi Allah SWT. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara. Kenapa hendak mengejar nikmat dunia yang hanya sementara kalau nak dibandingkan dengan nikmat di sana yang berkekalan selamanya.
Tidak perlulah menuding jari dan mencari kesalahan orang lain, dan jangan pertikaikan kenapa negara Indonesia selalu ditimpa musibah. Ini bukan beerti negara kita tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa pun yang terjadi, tanya pada diri sendiri adakah kita sudah benar-benar berada dijalanNya dan melakukan segala suruhanNya.
p/s: Ingatan ini juga untuk diri sendiri.
Saturday, March 17, 2012
Ikhlaskah kita
Ayat ni seringkali kita dengar dan dah jadi macam perkara biasa. Tapi siapa sangka sebenarnya keikhlasan seseorang itu adalah urusan Allah S.W.T..
Walaupun diri sendiri pun kita tidak akan tahu samada kita ikhlas atau tidak. Jadi tidak perlulah kita pertikaikan keikhlasan seseorang yang melakukan kebaikan. Kerana itu semua hanya Allah S.W.T. yang tahu.
p/s: ingatan ini juga untuk diri sendiri -_-
Renungkan
Zul: Mesti bayar mahal kan. Padahal benda macam tu boleh je cari dekat masjid2.
Ali: Tak apalah,benda yang baik saya tak berkira sangat.
Zul: Biasa lah, orang kayalah katakan. Siap panggil ustaz datang kat rumah lagi...
p/s: Ini la mentaliti masyarakat sekarang. Sibuk nak mencari kesalahan orang yang nak buat kebaikan. Bila berkaitan agama, semuanya nak berkira. Tapi bila berkaitan hiburan dan pembaziran, tak fikir pun.
Monday, March 5, 2012
Renungkan
Sunday, November 13, 2011
Cara elak bayi muntah susu yang telah diminum
Tip untuk elakkan bayi tu muntah ialah dengan membiarkan bayi anda sendawa terlebih dahulu sebelum anda tidurkan bayi atau baringkan atas tilam.
Anda perlu menggosok belakang bayi anda sehingga dia sendawa.

** Jangan beri susu pada bayi dalam keadaan bayi itu baring, atau kata lain nya ialah paras kepala bayi anda sama dengan badan dan kaki. Perbuatan ini boleh membahayakan nyawa bayi anda. Pastikan kepala bayi diangkat sedikit atau ditinggikan sedikit.
Saturday, November 12, 2011
Tip cuci perut lembu
Monday, October 31, 2011
Tak ada gunanya lagi menyesal di kemudian hari
Nenek: Cu, tolong ambilkan segelas air masak untuk nenek. Nenek dahaga. (dengan suara terketar2 dan seperti serba salah kerana terpaksa menyusahkan cucunya)
Cucu: Ye! (hmm, tak nampak ke yang aku tengah sibuk ni, rungut si cucu di dalam hati)
Nenek: Terima kasih Cu. (sambil tersenyum girang memandang wajah cucunya). Maaf la sebab dah susah kan Cu. Nenek dahaga sangat, tapi nenek tak boleh berjalan.
**sedang asyik membaca artikel di internet, terbaca tentang cerita kesedihan mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang. Terasa seperti ada sesuatu yang telah menyentap di sanubari si cucu
Cucu: (Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni. Bila duduk berjauhan, aku rindu kan mereka dan berjanji dalam hati untuk membahagiakan mereka selagi hayat aku masih ada. Tapi baru minta tolong sikit, aku dah merungut macam2. Sedangkan aku bertuah kerana masih memiliki insan yang aku sayang, tetapi kenapa aku tidak menghargai setiap detik dan setiap saat yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, aku sungguh bertuah kerana masih mempunyai kesempatan untuk membalas jasa mereka, tapi kenapa aku sia-siakan)
Dah tak ada gunanya lagi kalau menyesal di kemudian hari kerana semuanya akan menjadi kenangan dan tak akan dapat dikembalikan lagi. Hargai lah orang yang anda sayangi selagi mereka ada.
Colour vs Color
Sebenarnya colour dengan color, maksudnya sama je.
Kadang2 jadi confuse dengan benda ni semua. Kejap guna US, kejap guna UK.
Monday, October 24, 2011
Marco Simoncelli
Simoncelli mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di atas litar dan kemudiannya dilanggar dua buah motosikal yang ditunggang oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi sehingga menyebabkan topi keledar yang dipakai mangsa, tercabut dan pecah. Selepas dilanggar,kepala Simoncelli terseret di atas litar tersebut.
Mungkin kecederaan yang teruk dibahagian kepala menyebabkan beliau maut.
Minggu lepas juga ada kemalangan maut yang hampir sama, tetapi membabitkan pelumba kereta IndyCar, iaitu Dan Wheldon. Kejadian berlaku di litar Las Vegas Motor Speedway.
Tuesday, October 18, 2011
Tip tanggalkan gula-gula getah pada pakaian
Nasib baik la ada cara senang untuk tanggalkan chewing gum ni. Kalau pakaian anda kena gula-gula getah ni, try masukkan pakaian tu dalam peti sejuk yang dekat bahagian sejuk beku selama sejam. Lepas tu boleh la try buang chewing gum tu. Cara ni lebih mudah sebab chewing gum tu dah jadi keras.
Selamat mencuba! (^_^)
Wednesday, October 5, 2011
Charlie oh Charlie..
Walaupun badan dia kecik macam semut, tapi bisa dia, memang power lah. Pernah kena sekali dengan charlie ni. Pas tu kulit jadi pedih sangat2 macam kena cucuk2 dengan jarum je. Lama jugak la amek masa nak sembuh. Lepas da sembuh, tinggal parut pulak. Tapi sekarang dah hilang, alhamdulillah ^_^
Tuesday, October 4, 2011
Bank Negara Malaysia
"Bank Negara Malaysia: Sila berwaspada! Jangan melayani permintaan untuk info kewangan/pemindahan wang melalui panggilan, emel atau SMS yang tidak diduga"
Kes jenayah macam ni dah banyak kali berlaku. Tapi masih ramai lagi yang tak sedar dan tertipu dengan helah mereka yang ingin mengambil kesempatan terhadap kita. Penjenayah tu pandai putar belit sampai kan kita percaya cakap diorang.
Ada satu kes tu, mangsa ni dapat panggilan daripada 'pegawai bank' yang memberitahu bahawa akaun mangsa tidak selamat dan mangsa perlu menukar maklumat dalam akaun dia dengan segera. Kerana dia takut berlaku sesuatu yang buruk, tanpa syak apa2, dia terus bagi kata laluan dan maklumat kepada 'pegawai bank' tu.
Esok tu, baru dia tersedar yang dia dah jadi mangsa penipuan bila wang dalam akaun dia lesap.
p/s: kalau perkara macam ni berlaku pada diri sendiri atau pada sesiapa yang kita kenal, terus pergi bank dan berhubung dengan mereka untuk elak daripada jadi mangsa penipuan.
