Halaman

Saturday, January 29, 2011

Kepada yang tak suke berjalan..




Kenapa manusia tak suka berjalan jauh? Penat? Tak cukup masa? Malas? Nak jimat tenaga? Anyway, buang lah semua sikap yg negatif tu dari sekarang okey? Sebab berjalan jauh ni, banyak kelebihan dan kebaikan kat diri kita.

Nak tau apa kebaikannya? Jom baca.

1. Tubuh badan akan lebih cergas
2. Boleh elak dari penyakit nyanyuk
3. Elak dari penyakit osteoporosis
4. Terhindar dari penyakit tekanan darah tinggi
5. Elak dari obesiti dan macam2 lagi

Tak percaya?? Terpulang la. Tepuk dada, tanya hati =)

So mulai dari sekarang, parking la kereta tu jauh2 sikit ye, dan biar tempat parking yang dekat tu kosong je..hehehe.. Lagi bagus kalau gi kerja jalan kaki jer ;p

Awas dengan "Valentine Day"

Ada apa dengan "Valentine Day"? Biasanya pasangan suami isteri atau pasangan kekasih akan menyambut Valentine Day setiap tahun pada 14 februari sebagai tanda ingatan dan kasih sayang mereka terhadap pasangan masing2.



Ramai yang tidak sedar bahawa sambutan ini adalah haram sama sekali mahupun bagi pasangan yang telah berkahwin. Sambutan ini sebenarnya berasal dari agama Kristian. St. Valentine menyambut Valentine Day kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Jadi mengapa kita harus terikut-ikut dengan cara mereka?

Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang. Tetapi Islam tidak menetapkan tarikh untuk kita menunjukkan kasih sayang kita itu. Kita perlulah berkasih sayang sesama umat pada bila2 masa sahaja. Bukan pada hari tertentu. Tetapi perlu diingatkan, berkasih sayanglah seperti yang telah ditetapkan di dalam Islam, seperti suami isteri, ibu bapa, dan saudara-mara. Bukan kekasih!!

Resepi Kuah Kacang

Kuah kacang ni leh makan dengan macam2 makanan. Sate, rojak, or apa2 aje lah. Tiap orang ni lain la seleranya. Jom cuba buat sendiri kuah kacang. Aku pun tengah belajar duk kat dapur. Biasa la, bak kata orang, perempuan ni xkemana. Ke dapur jugak.

BAHAN:

150gm kacang*
50gm serai
150gm bawang merah*
20gm cili kering*
250gm gula Melaka
125ml minyak masak
500ml air
100gm asam jawa
35gm stok ayam
20gm garam

*dikisar


CARA:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
2.Masuk kacang dan gaul sebati
3.Masukkan 250ml air dan biarkan kuah mendidih
4.Setelah mendidih, masuk serai, gula Melaka dan lebihan air. Kacau dan biarkan sehingga kuah mendidih
5.Perasakan dengan asam jawa, garam, stok ayam
6.Tunggu sehingga kuah mendidih dan pekat

Monday, January 24, 2011

Kamera yang bagus??

Petang tadi aku g jalan2 kat kedai kamera. Aku teringin nak beli kamera, tapi tak tahu nak beli yang jenis macam mana. Tanya kawan2 pun,diorang tak reti bab2 kamera ni. Kalau guna henset, tak clear. Nanti kalau ambik gambar untuk simpan buat kenangan, tak bes la kalau gambar kabur jer. Sape2 yang tau, bagi tau la. Share la ilmu yang ada tu yer :)

Niat..

Baru2 ni aku ada tengok rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Aku pernah jugak terfikir apa akibatnya jika kita terfikir untuk berbuat jahat atau melakukan kebaikan..

Aku nak share sikit la apa yang aku dengar pagi tu. Ustaz tu kata kalau kita terfikir atau niat untuk melakukan kejahatan, tetapi cepat2 kita tarik balik niat kita itu, insyaAllah kita akan mendapat pahala. Tetapi jika kita melakukan kejahatan dan perkara jahat yang kita niatkan itu tidak menjadi, kita akan tetap berdosa. Dan lagi, jika kita niat untuk melakukan kebaikan, kita akan mendapat pahala.