Halaman

Saturday, January 29, 2011

Awas dengan "Valentine Day"

Ada apa dengan "Valentine Day"? Biasanya pasangan suami isteri atau pasangan kekasih akan menyambut Valentine Day setiap tahun pada 14 februari sebagai tanda ingatan dan kasih sayang mereka terhadap pasangan masing2.



Ramai yang tidak sedar bahawa sambutan ini adalah haram sama sekali mahupun bagi pasangan yang telah berkahwin. Sambutan ini sebenarnya berasal dari agama Kristian. St. Valentine menyambut Valentine Day kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Jadi mengapa kita harus terikut-ikut dengan cara mereka?

Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang. Tetapi Islam tidak menetapkan tarikh untuk kita menunjukkan kasih sayang kita itu. Kita perlulah berkasih sayang sesama umat pada bila2 masa sahaja. Bukan pada hari tertentu. Tetapi perlu diingatkan, berkasih sayanglah seperti yang telah ditetapkan di dalam Islam, seperti suami isteri, ibu bapa, dan saudara-mara. Bukan kekasih!!

No comments: