Halaman

Tuesday, June 28, 2011

Buat Jahat Ketika Isi Minyak

Kawan aku ada cerita satu kes jenayah ni. Kes ni terjadi lebih kurang setahun yang lepas.

Kejadian ni berlaku pada waktu malam dekat stesen minyak. Ada seorang perempuan ni berhenti untuk mengisi minyak kereta. Dia memandu berseorangan pada malam tu.

Selepas memberhentikan kereta bersebelahan pam minyak, perempuan ni keluar dari kereta untuk membuat pembayaran di kaunter pembayaran. Dia terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi dan tak mengunci pintu kereta.

Selepas membuat pembayaran, tiba2 cashier memanggil perempuan tersebut supaya kembali ke kaunter semula. Tapi dia buat tak tau kerana malas nak berpatah balik. Tetapi cashier tersebut tak berputus asa dan terus memanggil2 perempuan tersebut. Disebabkan cashier tu dah panggil banyak kali, dia pun terpaksa patah balik ke kaunter.

Setibanya dia kat kaunter, cashier tersebut memberitahu apa yang berlaku sebenarnya. Ketika perempuan tu sedang membuat pembayaran, cashier tu ternampak kelibat seseorang telah menyelinap masuk ke dalam kereta perempuan tu. Berderau darah dia apabila tau perkara tu. Tapi disebabkan kecekapan cashier tu report pada polis, penjenayah tersebut dapat diberkas.

Semoga menjadi iktibar kepada semua pemandu.

Beberapa tips kepada pemandu-pemandu tak kira la perempuan atau lelaki

-Hati-hati ketika memandu berseorangan
-Sentiasa mengunci kereta ketika hendak turun atau meninggalkan kereta walaupun jarak anda dengan kereta adalah dekat
-Periksa dulu dalam kereta kot2 ada penjenayah yang berjaya menyelinap masuk
-Pegang kunci awal2 atau letak di tempat yang senang diambil supaya anda tak berdiri bersebelahan kereta terlalu lama kerana mencari kunci kereta. Ini akan memberi peluang kepada penjenayah untuk bertindak.
-Jangan tinggalkan barang2 berharga dalam kereta

**Bak kata orang, kita kena berfikir lebih jahat daripada penjahat supaya tau tektik jahat diorang tu

1 comment:

AJ said...

macam-macam..dunia dunia..hmmmmm...