Halaman

Sunday, June 26, 2011

Pokok Ajaib

Pelik kan nama pokok ni. Tapi memang orang panggil nama pokok ni, POKOK AJAIB sebab buah ajaib ni dapat meneutralkan rasa asid makanan. Contohnya kalau kita makan buah mangga yang masam, bila dimakan dengan buah ajaib ni rasa mangga tu akan menjadi manis. Zaman2 dulu ada orang jual buah ni. Tapi mahal la, dalam RM12 sebiji. Buah dia kecik aje. Kadang2 pokok ni berbuah lebat, tapi lepas tu terus tak berbuah2. Macam yang berlaku dekat jiran sebelah rumah. Pokok yang ada kat rumah aku ni agak lama jugak ditanam, tapi sekarang dah berbuah. Tinggi dia lebih kurang 6-7kaki.



Ni sedikit sebanyak info mengenai pokok ajaib:

Merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.

Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki.

Ia menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji.

Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.


KEGUNAAN:

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

No comments: