Menonton filem atau melayari internet lucah hukumnya haram atau berdosa. Ini adalah kerana perbuatan tersebut lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Antara kemudaratannya ialah:
1. Merangsang nafsu syahwat bukan pada tempatnya. Nafsu syahwat hanya untuk hiburan dan bersuka-suka antara pasangan suami isteri.
2. Mendorong untuk melakukan maksiat dengan pasangan berlainan jenis seperti bergaul, bersentuhan, meraba, berpelukan, bercium, petting, mukaddimah zina, berzina, hubungan sejenis, mempekosa, merogol dan sebagainya.
3. Mengotori minda dan fikiran
4. Meniru budaya barat yang mengaibkan
5. Mendorong untuk melakukan masturbasi(melancap)
6. Terganggu aktiviti belajar dan pekerjaan kerana hilangnya tumpuan
7. Mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama
8. Membazirkan masa yang sangat berharga
9. Membazirkan kewangan
10. Sering meninggalkan ibadah wajib seperti solat dan puasa
11. Menjejaskan kesihatan apabila dilakukan secara berlebihan.
Menonton filem dan melayari internet lucah haram dilakukan berkumpulan atau bersendirian. Jika dilakukan berkumpulan akan melibatkan kerosakan akhlak dan moral. Jika berkumpul yang berlawanan jenis, akan melibatkan maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Jika dilakukan secara bersembunyi atau seorang diri, kesannya juga sam. Kita kena ingat bahawa setiap individu manusia ini dikawal oleh dua orang malaikat iaitu Kariman dan Katibin yang duduk di bahu kanan dan kiri. Mereka akan mencatat segala perlakuan kita sama ada di tempat terang mahu pun di tempat tersembunyi ke dalam buku catatan.
Setahun sekali buku catatan ini akan dibawa menghadap Allah SWT pada hujung tahun dan diganti dengan buku baru pada awal tahun Hijriah. Itulah yang kita amalkan membaca doa hujung dan awal tahun supaya buku catatan amalan kita diangkat menghadap Allah SWT dalam keadaan baik dan diredhai Allah.
Di akhirat nanti buku amalan ini akan dikembalikan kepada kita. Jika dikembalikan pada tangan kanan bermakna amalan baik kita lebih berat. Jika dikembalikan pada tangan sebelah kiri bermakna amalan jahat kita lebih banyak. Orang syirik, murtad dan kafir akan dikembalikan dari arah belakang.
Buku amalan ini akan dibentangkan dan dibacakan serta diadili di Padang Mahsyar. Satu persatu kesalahan kita akan dipertontonkan di khalayak ramai yang disaksikan oleh semua manusia sejak Nabi Adam a.s. hinggalah manusia yang terakhir mati ketika tiupan sangka kala.
Ketika itu segala perbuatan kita di tengah terang dan dalam sembunyi akan diketahui orang. Sampaikan binatang peliharaan kita juga akan menyaksikan perbuatan aib yang kita lakukan. Ketika itu kerana malunya kita, luruhlah segala daging-daging muka kita ke tanah dan dilekatkan kembali oleh malaikat untuk ditayangkan agenda seterusnya.
Ingat! Kalau di dunia kita setakat merah muka atau merah telinga apabila dimalukan orang. Namun di padang Mahsyar, seluruh daging muka kita akan luruh meninggalkan tulang tengkorak kita!
Sebab itu ketika di muka bumi ini kita tidak mahu melakukan perkara-perkara aib seperti menonton filem atau melayari internet lucah.
No comments:
Post a Comment