Halaman

Saturday, June 25, 2011

DSLR Aku Yang Pertama

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai DSLR, Nikon. Kamera ni je yang cukup dengan bajet yang aku ada. Itu je yang aku mampu beli. Kalau tak, dah lama angkat yang lagi power,hehehe. Lama juga kumpul duit untuk beli kamera ni. Sekarang dalam proses memahami selok belok kamera. Banyak lagi yang aku kena belajar. Nak belajar dengan kawan2, tapi tak ada pulak yang tau guna. Buat masa sekarang, aku belajar sendiri je dengan merujuk buku manual. Snap gambar ni memang salah satu hobi aku dari dulu lagi.

Setakat ni bagi pendapat aku, kamera yang aku beli ni memang bagus. Aku puas hati dengan hasil yang aku dapat.


No comments: