Halaman

Sunday, June 26, 2011

Cek Harga Pada Resit dan Rak Barang

Selepas membeli barang kat supermarket, korang pernah cek tak harga yang ditulis dalam resit? Kalau tak pernah, lepas ni korang kena lah belajar untuk cek harga yang tertulis dalam resit tu selepas pembayaran. Harga dekat rak pun korang kena tengok supaya korang dapat pastikan harga yang korang bayar tu adalah betul. Banyak dah kes yang berlaku, bila kita nak bayar kat kaunter, harga barang tu lagi mahal daripada yang tulis kat rak barang. Tak ke naya nak bayar lebih. Sebagai pengguna yang bijak, kita ada hak untuk melaporkan perkara tu pada pihak atasan. Tapi ramai diantara kita yang ambil mudah dengan hal sebegini. Memang la kita rugi sikit je, tapi bayangkan kalau benda tu berlaku kat 100 orang customer? Berapa keuntungan yang syarikat tu dapat bila terjadinya kesilapan macam ni?



Perkara ni pernah juga berlaku kat aku, tapi aku bernasib baik sebab harga yang kat resit tu lagi rendah daripada yang tulis kat rak. Jadi nasihat aku kat semua pengguna, berhati2 la bila nak beli barang. Cek resit tu betul2. Kalau ada kesilapan, bagitau dekat cashier.

No comments: