Halaman

Monday, August 29, 2011

Pinjam laptop~~

Kasim : weh wan, aku nk pnjm laptop ko leh x..,
Wan : pakai aa.. nuh ade atas meja
Kasim : wan, ape pswod laptop ko neh?,
Wan : tak boleh
Kasim : cpat la woi..bgtau aa paswod laptop nie..
Wan : aku kta tak boleh, tak boleh la..
Kasim : kdkot siot ko neh..
Wan : eh kasim, ko nk g mn? td kata na pjm laptop??
Kasim : dh ko xbg paswod cmne aku na pakai..(jeling)
Wan : laa...kan aku da kata...TAK BOLEH.. e2la paswodnye. ==

Saturday, August 27, 2011

Bila nak kahwin?

Semakin meningkat umur, makin ramai yang berhadapan dengan dilema berkaitan jodoh. Pergi mana-mana je, pasti akan ada yang bertanyakan hal tersebut. Ramai yang akan mengalami tekanan dan tidak tahu untuk jawab setiap persoalan yang diajukan.

Di bawah ni ada beberapa jawapan yang boleh kita gunakan untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan.

Kenapa lambat kahwin?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku

Awak sudah berpunya/dimiliki?
Ya. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2

Siapa pasangan awak?
Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua

Bila awak nak kahwin?
Bila kami sudah disatukan, InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti

P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah. Sampai masa, Allah akan membongkarkannya.

Thursday, August 25, 2011

Baca dan renungkan

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sumber: FB

Wednesday, August 24, 2011

Elak menjadi mangsa godam

Ketahui cara licik penggodam tembusi dinding keselamatan syarikat @ komputer peribadi

Baru-baru ini Gadjet menghadiri sidang media secara talian bersama Pengarah, Penyelidik Global, Pasukan Analisis, Kaspersky Lab, Costin Raiu di Romania.

Menurut Costin Raiu, emel merupakan alat utama yang sering digunakan oleh penggodam untuk menembusi dinding keselamatan sesebuah syarikat mahupun komputer persendirian.

Pengguna internet disarankan agar tidak membuka emel pelik yang diterima dengan mengepilkan Word, Powerpoint, PDF dan Excel yang tidak dikenali pengirimnya, sebaliknya perlu terus membuangnya daripada inbox emel.

WARNING ! ! ! ! THIS NOTICE IS DIRECTED TO ALL ON FACEBOOK:
IF SOMEONE IN YOUR PROFILE OR A FRIEND SENDS YOU A LINK THAT SAYS "VISIT THE NEW FACEBOOK", DO NOT OPEN. . . IF YOU DO, YOU CAN SAY GOODBYE TO YOUR FACEBOOK PAGE! THIS IS ACTUALLY THE WORK OF A HACKER WHO STEALS YOUR DETAILS AND REMOVES YOU PERMANENTLY FROM YOUR OWN PAGE.


Manakala sasaran yang sering menjadi mangsa godam merupakan individu yang tergolong daripada bahagian pengurusan atasan syarikat, Sumber Manusia, Penjualan dan Pemasaran kerana individu yang disenaraikan ini mempunyai akses mudah kepada maklumat penting sesebuah syarikat.

Emel yang sering dihantar pula biasanya dihantar daripada emel orang atasan seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan emel yang turut dikepilkan bersama Word, Excel dan PDF. Cara godam ini sangat popular dan sering kali tidak disedari walaupun sudah digodam.

Oleh itu, untuk terus selamat menggunakan internet, pengguna dinasihatkan menggunakan Windows 7 (64 bit), Google Chrome untuk melayari internet kerana Chrome merupakan enjin carian yang paling selamat dan menggunakan VPN apabila menggunakan akses WiFi, selain memastikan Windows, MS Office, Adobe Reader dan Flash dikemas kini setiap masa.

Bagi memastikan keselamatan ketika melayari internet di mana jua, pengguna telefon pintar pula perlu memastikan tidak menggunakan sambungan WiFi luar, tidak guna kata laluan yang mudah dan memuat turun aplikasi tidak dipercayai.

Namun apa yang lebih penting ialah menggunakan kata laluan unik dan kuat seperti mempunyai kombinasi huruf, simbol dan nombor bagi setiap kata laluan, contohnya ~C@Nn13@#$%^~

Selain itu, pengguna internet juga dinasihati agar tidak menggunakan kata laluan yang sama bagi emel, perbankan dalam talian dan laman sosial kerana cara tersebut memudahkan lagi penggodam memasuki data dan maklumat peribadi pengguna.

Juga ketika melayari internet, pengguna internet perlu lebih peka terhadap setiap laman web, pastikan laman web yang dilayari mempunyai https:// terutamanya ketika membuat perbankan internet.

Sumber: Sinar harian 22 Ogos 2011

Tuesday, August 23, 2011

Awas dengan tektik licik penjenayah

Pesanan dari PDRM

Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam, jangan on wiper atau pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yang akan memaksa kita berhenti. Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan.

Sunday, August 21, 2011

Cikgu!!

Terharunya!! Tadi jumpa cikgu masa saya kat sekolah rendah dulu. Walaupun dah 10tahun tinggalkan sekolah rendah, dan tak pernah jumpa cikgu tu selepas habis sekolah rendah, tapi dia masih ingat kat saya. Siap ingat nama penuh lagi. Selalunya orang kata, anak murid yang ingat cikgu, tapi cikgu pulak yang ingat dekat anak murid.

Tapi hari ni betul2 penat sebab sebelum terjumpa cikgu tu, saya pergi shopping barang2 elektrik. Orang lain sibuk shopping barang raya, saya pula sibuk dok beli barang elektrik. Mana tak nya, tengok orang lain buat kuih raya sendiri, teringin la jugak nak buat sendiri. Kalau tak, tiap2 kali raya, ada kuih 'tunjuk' je,hehehe. Lagipun sebelum ni tak cukup bajet nak beli barang2 tu. Tahun ni baru ada rezeki nak beli.

Nanti kalau ada resepi yang best2, saya kongsi dengan korang ye.

Saturday, August 20, 2011

Apa beza antara campaigns, buffered earnings dan metered earnings?


Campaigns ni biasanya kita dapat masa awal-awal join nuffnang. Tapi tak banyak sangat yang kita boleh dapat. Mesti korang dapat RM0.25 kan bagi tiap2 iklan? Kira ok la tu kan daripada tak dapat ape2.

Buffered earnings ni memang ramai yang suka. Nak tau kenapa? Sebab nilai yang kita dapat, lagi syiok daripada campaign. Boleh dikatakan setiap hari, nilai tu akan bertambah. Lagi best kalau dapat CTR(Click-through ratio) Bonus. Bonus ni kira macam hadiah dari nuffnang la sebab nilai klik pada iklan tersebut mencapai CTR sebanyak 0.2% atau lebih.

Metered earnings pulak ialah jumlah nilai bagi buffered earning yang kita dapat tu. Maksudnya disini, buffered earnings akan bertukar menjadi metered earnings setelah iklan tersebut tamat tempoh.

p/s: Tak kisah la nilai yang kita dapat, banyak atau sikit. Yang penting, elakkan daripada klik sendiri. Kan tak elok dapat duit dengan cara macam tu.

Friday, August 19, 2011

Petua menghilangkan bau hanyir ayam

Biasanya ayam yang baru dibeli akan berbau hanyir. Jadi saya nak kongsi tip untuk menghilangkan bau hanyir ayam.

Selepas dah kerat dan buang kulit ayam, rendamkan ayam dalam air yang dicampurkan dengan cuka. Rendam lebih kurang dalam setengah jam. Lepas tu, boleh la bilas ayam tu dengan air dan simpan. Bau hanyir ayam akan berkurangan.

Nak perah jus limau kasturi atau limau nipis pun boleh. Try la ye

Thursday, August 18, 2011

Homemade chocolate


Awal bulan hari tu ada order coklat yang kiut miut. Terliur tengok coklat yang comel dan warna warni, sebab tu order. Tapi tempah sikit ajela sebab nak rasa je. Lagi pun geram tengok coklat yang berbentuk kotak.



Macam-macam la makanan zaman sekarang. Ada macam2 jenis makanan dan pelbagai rupa. Kalau dulu selalu tengok coklat bentuk bulat, tak pun bentuk love. Kek pun dah cantik sekarang. Tak ada dah corak2 bunga biasa. Nak letak gambar sendiri pun boleh.

Coklat ni agak mahal daripada coklat yang ada dekat kedai-kedai. Tapi sesuai la kalau sapa2 nak jadikan coklat ni sebagai hantaran pertunangan ke, perkahwinan atau sebagai hadiah hari jadi.

Tuesday, August 16, 2011

Renungkan

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka.

Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu.

Monday, August 15, 2011

Renungkan

Kalau mengharap pada manusia, kita akan kecewa. Tetapi kalau mengharap pada yang Esa, InsyaAllah tidak akan kecewa

Sunday, August 14, 2011

Tip mudah mencari muka surat bagi tiap juz al-Quran

Dalam al-Quran ada 30 Juz kesemuanya. Tapi macam mana nak cari juz tertentu dengan mudah? Biasanya orang akan buat tanda bagi tiap-tiap juz. Macam mana pula dengan al-Quran yang kita baru beli ataupun al-Quran yang dipinjam daripada rakan-rakan?

Kat sini saya nak kongsi cara yang senang dan cepat untuk mencari muka surat bagi tiap juz yang kita nak baca. Guna matematik yang ringkas je. Tak guna kalkulator pun tak pe.

1. Pilih juz yang kita nak. Contohnya juz 10. Kemudian tolak dengan 1

10 - 1 = A

2. Jawapan yang kita dapat tadi, didarab pula dengan 2

A x 2 = B

3. Kemudian letakkan nilai 2 pada jawapan yang kita dapat tadi

B 2


CONTOH:

10 - 1 = 9

9 x 2 = 18

# Jadi jawapannya ialah muka surat 182.

** Ada sebahagian al-Quran mempunyai muka surat yang berbeza dengan al-Quran lain, tapi cara ni tetap boleh digunakan kerana perbezaan muka surat hanya 1 atau 2 helai je.

Saturday, August 13, 2011

Teknik light graffiti

Hari ni belajar teknik baru iaitu 'light graffiti'. Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal ni. Tapi tadi duk cari tutorial untuk guna dslr, terjumpa la entri pasal tutorial light graffiti. So saje la mencuba benda yang baru. (amek gambar biasa pun tak reti lagi, ada hati nak cuba tutorial ni,hehehe)

Untuk cahaya tu, saya guna lampu suluh LED dan lampu henset je. Tapi puas hati la dengan hasilnya walaupun tak menarik sebab pertama kali cuba teknik ni kan. Guna kamera kompak pun boleh.

Kalau guna tripod, hasil gambar ni lagi cantik. Tapi sebab tak beli tripod, letak kamera tu atas meja aje la.



Thursday, August 11, 2011

Nikon D5100 vs D7000

Banyak sangat pilihan kamera Digital Single-Lens Reflex (DSLR) di pasaran. Sampai tak tahu yang mana lagi bagus.

Ada yang baru beli D5100, tapi dah nak upgrade kepada D7000. Apa pun, tiap gadget yang ada di pasaran, terpulang kepada si pemakai untuk pilih yang mana satu.

Tadi tengah cari pasal perbezaan antara kamera D5100 dengan D7000, terjumpa la satu web ni (Nikon D5100 vs D7000). Daripada situ, baru la nampak perbezaan antara dua dslr ni.

p/s: Kepada sesiapa yang nak beli dslr atau apa sekalipun gadget yang ada, tepuk dada, tanya lah selera. Tapi sebelum nak beli, cari dulu info yang berkaitan dengan gadget tersebut supaya tak menyesal di kemudian hari =). Dan cari kedai yang boleh dipercayai dan harga yang murah

Wednesday, August 10, 2011

Meninggalkan tabiat menipu, percakapan kotor dan karut

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah s.w.t. berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya." (Riwayat al-Bukhari)

Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah dengan menahan diri daripada bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan: 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa,' " (Riwayat Ibn Khuzaimah, hadis sahih)

Tuesday, August 9, 2011

I love my Nikon ~~




Sunday, August 7, 2011

Buffered Earnings

Syukur sangat-sangat. Betul la kata blogger kat luar sana, “walaupun follower sikit, tak semestinya tak dapat BE”. Gembira sangat bila bukak akaun nuffnang. Tak kisah la dapat sikit pun, janji ada la jugak. Rasa macam nak tau je sape yang klik iklan tu sebab nak ucap terima kasih =).


Sebenarnya saje tempek iklan nuffnang ni kat blog. Mula2 tak caya pun yang iklan ni boleh buat duit. Yelah, kan zaman sekarang macam2 penipuan pasal duit ni. Tapi bila dah tengok sendiri hasilnya, baru la caya.

Tak sangka jugak, blog yang tak seberapa ni pun ada yang sudi singgah dan follow. Sayang kat korang semua!!

Lepas ni kena belajar lagi dengan blogger2 lain macam mana nak jadi penulis yang bagus. Mana la tau kot2 daripada ada blog, boleh buat novel pulak ke, hehehe (angan2 yang terlalu tinggi)

Terima kasih nuffnang!!

Terima kasih follower!!

Terima kasih blogger!!

Terima kasih kepada yang sudi singgah!!

Halim demam

Halim adalah seorang pemandu helikopter dan ditugaskan untuk pergi membuat pemerhatian di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi malangnya pada hari itu Halim demam dan badannya menggigil-gigil. Dapat pulak bos yang sangat kejam. Halim tak membantah lalu menjalankan tugas. Baru sahaja helikopter itu naik setinggi 3 meter lalu terhempas balik ke tanah. Bos tanya "Macammaner bole terhempas ni?" Halim menjawab "Saya sejuk bos, saya tutup kipas".

Saturday, August 6, 2011

Anak dan Mak

Anak: Mak, ape dalam perut mak tu?
Mak: Adik kamu laa.....
Anak: Mak benci adik ke?
Mak: Ehhh, mak tak pernah benci anak mak...
Anak: Dah tu, knapa mak telan dia?
Mak: Betuah betul budak ni, nak kene hempuk ke !!!

Friday, August 5, 2011

Diazab kerana berbuka sebelum waktu

Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: ‘Dakilah.’ Aku berkata: ‘Aku tidak boleh melakukannya.’ Mereka berkata: ‘Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.’

Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: ‘Suara apakah itu?’ Mereka menjawab: ‘Itu adalah jeritan para penghuni neraka.’

Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah. Aku bertanya: ‘Siapakah mereka itu?’ Mereka menjawab: ‘Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.” (Riwayat al-Baihaqi)

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimanapula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.

Oleh: Mohd. Al-Adib Samuri

Thursday, August 4, 2011

Nyamuk VS Harimau

Antara harimau dengan nyamuk, yang mana satu anda takut dan akan rasa mengigil satu badan bila nampak haiwan tersebut?

---> Saya rasa, ramai yang akan jawab HARIMAU.

Tapi antara harimau dengan nyamuk, yang mana lagi berbahaya?

---> Mestilah NYAMUK. Tapi kenapa ye? Kan nyamuk tu kecik aje. Sekali tepuk pun dah mati!

Cuba anda ingat balik berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar. Sedikit je bilangan orang yang mati akibat dibaham harimau. Tapi bilangan orang yang mati akibat nyamuk adalah lebih tinggi kerana penyakit yang dibawa, semuanya berbahaya dan boleh membawa maut, contohnya seperti demam denggi, malaria dll.

Ramai yang takut dengan harimau kerana saiznya yang besar.
Samalah macam perbuatan zina. Ramai yang benci akan perkara ni. Tapi ada tak kita terfikir macam mana perbuatan terkutuk ni berlaku? Tak mungkin akan berlaku tiba-tiba je. Pasti ada permulaannya iaitu “ringan-ringan”.

Ramai yang tidak sedar dan menganggap perkara ini tidak serius. Malah ada yang rasa tidak bersalah apabila bersentuhan dengan ajnabi. Contohnya bersalaman sesama umat yang berlainan jantina. Banyak lagi perkara yang boleh membawa kita ke arah maksiat, tetapi kita tidak sedar. Contohnya keluar berdua-duaan, berbalas SMS yang tidak penting, berbual mesra antara lelaki dan perempuan, dll.

Walaupun kita nampak perkara ni kecik dan remeh, tapi sebenarnya perkara ini la yang akan membawa kepada kehancuran yang lebih besar. Sama lah macam kes nyamuk dan harimau tadi.

** Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah tentang Islam **

Renungkan

Bila orang kenamaan datang kita selalu berdiri dr tmpat duduk sbgai tanda hormat tapi tahukah anda dlm hadis, Rasulullah bersabda "barangsiapa yg suka dihormati orang ramai dengan cara berdiri,maka bersiap sedialah dia dengan tempat duduk di neraka"(hadis riwayat Ahmad)

Wednesday, August 3, 2011

Afgan - Padamu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu
Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

PadaMu
Ohh~~

Tuesday, August 2, 2011

Resepi sambal belacan

BAHAN:
10 biji lada merah
1 inci belacan
1 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi muda - hiris
1 biji limau kasturi/nipis - diambil jusnya
2 sudu besar cuka
garam
gula

CARA:
1. Bakar belacan dan bawang merah.
2. Buang biji lada merah dan potong dua.
3. Blend lada merah, belacan, dan cuka. (Jangan bagi hancur sangat)
4. Hiris bawang merah yang telah dibakar.
5. Gaul hirisan limau kasturi muda, bawang merah, jus limau kasturi, sedikit garam, sedikit gula dan bahan yang telah di blend.

** Kalau nak pedas, blend 2,3 biji cili padi.
** Nak ganti limau kasturi muda dengan mangga muda pun tak apa.


KARI AYAM

ACAR TIMUN

Resepi acar timun

Resepi ni ringkas je. Tapi kalau buat acar timun, mesti kena ada kari ayam dan sambal belacan.

BAHAN:
2 btg timun
1/2 biji lada merah
1/2 biji bawang besar (nak guna bawang merah pun boleh)
3 sudu besar cuka
2 inci lobak merah
garam

CARA:
1. Buang kulit timun dan buat garisan menegak di sekeliling timun menggunakan garfu.
2. Hiris timun, bawang besar, lobak merah dan lada merah.
3. Gaul timun, bawang besar, lobak merah, lada merah, cuka dan garam secukup rasa.

Resepi kari ayam

Kalau masak kari ayam, tak sah kalau tak ada sambal belacan dengan acar timun. Ni kira macam pakej la sebab kena ada tiga-tiga benda ni, baru la syok nak makan.

BAHAN:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 ulas bawang putih
1 asam keping
1 paket serbuk kari - gaul dengan sedikit air
1 cawan santan/susu tepung
1500 ml air
1 biji kentang/betik/labu/rebung/mumbang kelapa (ikut selera)
garam

CARA:
1. Tumis bawang merah dan halia sehingga warna keperangan.
2. Masukkan serbuk kari dan gaul selama beberapa minit.
3. Masukkan ayam dan gaul selama 2 minit.
4. Tuang santan dalam periuk dan kacau seketika. Kemudian masukkan air.
5. Bila gulai dah mendidih dan ayam hampir masak, bolehlah masukkan kentang, garam secukup rasa dan asam keping.

** Bagi yang nak menjaga kesihatan, boleh ganti santan dan guna susu tepung.

Resepi karipap inti kentang

Hari ni buka puasa dengan karipap inti kentang. Dah lama tak buat karipap :). Ni nak kongsi resepi karipap. Senang je nak buat.


BAHAN (INTI):

2 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - potong dadu
4 biji kentang - potong dadu
2 cawan air
2 sudu besar serbuk kari
5 helai daun kari
Ayam/daging - potong kecik-kecik
Daun ketumbar (daun sup) - hiris
garam

CARA:
1. Tumis bawang putih yang telah dihiris halus-halus. Kemudian masukkan ayam/daging, daun kari dan serbuk kari.
2. Masukkan bawang besar, kentang, garam secukup rasa, daun ketumbar dan air.
3. Masak sehingga air kering.


BAHAN (KULIT):
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar marjerin / minyak
Air
Garam

CARA:
1. Panaskan marjerin dalam kuali. Tuang marjerin panas atas tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul. (gaul guna sudu sebab panas)
2. Masukkan garam di dalam cawam yang berisi air supaya garam hancur. Kemudian tuang sedikit demi sedikit pada tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh.
3. Buat doh kecil-kecil untuk proses mencanai. Kemudian boleh la isi inti karipap dan mengelim.

** Guna marjerin supaya kulit karipap rangup

Monday, August 1, 2011

Ashraf Hafiz

Saya bukan nak cakap pasal arwah, tetapi nak cakap pasal orang kat luar sana yang masih duk bercerita tentang arwah.

Terkejut juga sebab semalam terbaca satu entri yang mengutuk arwah. Sebagai orang Islam, tak perlulah kita nak kutuk atau nak aibkan sesiapa walaupun orang tu bukan la orang Islam. Berdosa bila kita kutuk seseorang, apatah lagi bila orang yang kita kutuk tu dah meninggal dunia.

Siapa kita nak menghukum seseorang? Lagipun kita tidak tahu cerita sebenar kenapa arwah buat macam tu. Sekadar baca cerita dia di surat khabar, tak mencukupi. Kadang-kadang dalam paper, ada info yang salah.

Bertaubat lah selagi ada masa. Itu urusan dia dan Allah, tak perlu kita nak marah-marah dia lagi. Kalau dia masih hidup sekalipun, Islam dah ajar supaya beri nasihat jika ada di antara kita yang buat salah, bukan mencaci macam tu.

Jangan disebabkan marah dengan perbuatan seseorang, kita menghina, memfitnah, atau buat apa-apa perbuatan yang dilarang dalam Islam, nanti dosa kita pula yang lebih berat daripada orang yang kita hina tu.

Budaya couple

Alangkah indahnya bercinta selepas berkahwin. Zaman dulu-dulu, iaitu zaman ibu bapa kita, kebanyakan daripada mereka bercinta selepaas kahwin. Saya yakin ramai di antara ibu bapa kita yang tidak kenal pasangan masing-masing sebelum mempunyai ikatan yang sah. Ibu bapa saya juga begitu. Mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain sebelum berkahwin. Mereka hanya berkenalan setelah diijabkabul. Alhamdulillah sehingga kini, mereka bahagia bersama.

Sekarang, dunia dah berubah. Sukar untuk mencari pasangan yang bercinta selepas kahwin. Kalau ada pun, satu dalam seribu.

Saya pernah dengar budak-budak sekolah sekarang kata kalau tak ada pasangan, orang tu ketinggalan zaman.

Yang membuatkan saya lagi terkejut apabila ada di antara mereka yang bangga dan menghebohkan perbuatan terkutuk yang mereka telah lakukan bersama pasangan masing-masing. Tanpa ada perasaan malu, mereka menceritakan pengalaman itu pada rakan-rakan. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka seolah-olah mengutuk dan mencaci mereka yang tiada pasangan kekasih dan tidak pernah melakukan zina. MashaAllah.

Kepada pihak yang bertanggungjawab, tolonglah laksanakan hukuman yang telah tertulis di dalam al-Quran. Saya tak sanggup lagi melihat dan fikir keadaan negara kita dalam masa 10 tahun akan datang. Penjenayah juga seolah-olah dah tak ada rasa takut untuk melakukan jenayah di negara ini.