Halaman

Wednesday, June 29, 2011

Ikan Pearl Scale

Dulu pernah bela ikan ni kejap, tapi tak hidup lama. Maybe aku tak reti jaga kot. Tapi comel sangat ikan ni sebab perut dia yang montel tu.





3 sahabat baik

Pada suatu hari, tiga syaitan yang bersahabat baik telah diarahkan oleh ketua syaitan mereka untuk pergi bekerja di tiga buah kampung(kg) yang berasingan.

Syaitan A diarahkan pergi ke kg A, syaitan B ke kg B dan syaitan C pula ke kg C.

Setelah masing-masing bekerja selama seminggu, ketua mereka meninjau ketiga-tiga anak buahnya.

Syaitan A kelihatan begitu tekun bekerja tak kira siang dan malam. Syaitan B pula duduk bersenang lenang di rumah tanpa bekerja kuat seperti Syaitan A. Syaitan C pula cabut lari dari kg itu kerana tidak tahan bekerja di situ.

Agak-agak kenapa situasi ketiga-tiga sahabat ni tak sama??

Penduduk di Kg A, semuanya terdiri daripada ustaz ustazah dan para ulama, sebab tu lah syaitan kena bekerja keras untuk mengoda mereka.

Di Kg B pulak, ada di antara mereka yang liat untuk bangun solat subuh, jadi tak perlulah syaitan tu bekerja keras untuk goda umat Islam.

Tapi pelik sebab di Kg C, syaitan pulak yang lari. Sebabnya orang-orang di kg tu dasyat sangat kerana tak solat langsung. Seteruk-teruk syaitan, teruk lagi penduduk di kg A sebab tak solat 5 waktu. Syaitan takut sebab nanti dia jugak akan diseksa di akhirat, sebab tu la awal-awal lagi dia melarikan diri.

Penyamun Alam Siber

KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.



Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.


Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.


Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.

Sumber: Harian Metro 29 Jun 2011

Tuesday, June 28, 2011

Bunga Raya









Bunga Kertas



Pokok bunga ni dah dikacukkan dengan dua pokok yang berlainan warna

3 Perkara Yang Dibenci

Ada tiga perkara yang kebanyakannya orang benci tetapi sewajarnya perlu kita cintai yakni kefakiran, kesakitan dan kematian. Kefakiran adalah ketenangan hati. Kesakitan adalah pelebur dosa. Kematian adalah pertemuan dengan Allah SWT

Pokok Cempaka Keling



Orang kat kampung aku panggil pokok ni Cempaka Keling. Pokok Cempaka Keling mempunyai bunga berwarna putih dan berbau wangi. Pokok bunga ni tidak terlalu tinggi dan boleh ditanam di dalam pasu bunga.

Buat Jahat Ketika Isi Minyak

Kawan aku ada cerita satu kes jenayah ni. Kes ni terjadi lebih kurang setahun yang lepas.

Kejadian ni berlaku pada waktu malam dekat stesen minyak. Ada seorang perempuan ni berhenti untuk mengisi minyak kereta. Dia memandu berseorangan pada malam tu.

Selepas memberhentikan kereta bersebelahan pam minyak, perempuan ni keluar dari kereta untuk membuat pembayaran di kaunter pembayaran. Dia terus berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi dan tak mengunci pintu kereta.

Selepas membuat pembayaran, tiba2 cashier memanggil perempuan tersebut supaya kembali ke kaunter semula. Tapi dia buat tak tau kerana malas nak berpatah balik. Tetapi cashier tersebut tak berputus asa dan terus memanggil2 perempuan tersebut. Disebabkan cashier tu dah panggil banyak kali, dia pun terpaksa patah balik ke kaunter.

Setibanya dia kat kaunter, cashier tersebut memberitahu apa yang berlaku sebenarnya. Ketika perempuan tu sedang membuat pembayaran, cashier tu ternampak kelibat seseorang telah menyelinap masuk ke dalam kereta perempuan tu. Berderau darah dia apabila tau perkara tu. Tapi disebabkan kecekapan cashier tu report pada polis, penjenayah tersebut dapat diberkas.

Semoga menjadi iktibar kepada semua pemandu.

Beberapa tips kepada pemandu-pemandu tak kira la perempuan atau lelaki

-Hati-hati ketika memandu berseorangan
-Sentiasa mengunci kereta ketika hendak turun atau meninggalkan kereta walaupun jarak anda dengan kereta adalah dekat
-Periksa dulu dalam kereta kot2 ada penjenayah yang berjaya menyelinap masuk
-Pegang kunci awal2 atau letak di tempat yang senang diambil supaya anda tak berdiri bersebelahan kereta terlalu lama kerana mencari kunci kereta. Ini akan memberi peluang kepada penjenayah untuk bertindak.
-Jangan tinggalkan barang2 berharga dalam kereta

**Bak kata orang, kita kena berfikir lebih jahat daripada penjahat supaya tau tektik jahat diorang tu

Tektik Nak Pancing Mangsa

Nak buat baik biar bertempat. Kadang2 kita tak tau apa niat orang lain walaupun kita rapat dengan dia.(Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah,hehe)

Cerita ni aku dah lama dengar. Tapi saje nak share kepada sesiapa yang masih tak tahu atau dah lupa dengan kisah yang pernah terjadi ni. Tak tau la dekat negara mana, tapi kita tetap kena berjaga-jaga jugak kan. Al maklum la sekarang ni banyak kes jenayah di negara kita.

Cerita nya macam ni, ada sorang perempuan ni baru balik kerja. Hari tu dia keluar office agak lewat sikit. Masa keluar dari pejabat, dia ternampak sorang budak laki tengah menangis tepi jalan. Dia pun menghampiri kanak-kanak tu dan tanya apa yang berlaku. Kanak-kanak tu jawab yang dia dah sesat dan meminta simpati perempuan tu untuk hantarnya pulang ke rumah sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumah kanak-kanak tersebut.


Kalau kita fikir secara logik, mustahil budak tu boleh ada alamat rumah time tu. Macam dia tau2 je yang dia akan sesat
. Tapi disebabkan kasihan dekat kanak-kanak tu, tanpa berfikir panjang dan tanpa memikirkan perkara buruk yang akan berlaku, dia terus hantar kanak-kanak tu kat alamat tersebut.

Sampai aja depan rumah tu, tanpa buang masa dia terus tekan loceng. Tiba2 dia jatuh pengsan sebab terdapat arus yang mengalir pada loceng tu.

Bila dia tersedar dari pengsan, dia betul2 terkejut apabila nampak kondom2 kat sekeliling dia. Dia juga tak tau siapa yang melakukan perbuatan keji tu.

Kesian kan dengan apa yang terjadi, tapi nasi sudah menjadi bubur. Jadi nasihat aku pada kaum hawa di luar sana supaya lebih berhati2. Kalau ada terjumpa kanak2 macam ni, terus hantar dia kat balai polis. Biar polis yang uruskan.

Monday, June 27, 2011

Aku Tak Bodoh!!

Tetibe aje buat title macam tu,hehehe. Jangan salah faham OK. Tu cuma tajuk cerita. Korang dah tengok ke belum? Mesti ada yang belum tengok lagi kan.



Mesti korang pelik kenapa baru sekarang aku post pasal cerita ni dan fikir aku ni ketinggalan zaman ^_^.

Sebenarnya aku dah lama tau pasal cerita ni, cuma aku tak rasa nak tengok sebab tajuk dia AKU TAK BODOH. Kenapa perlu letak perkataan "BODOH"? Bak kata orang, "Don't judge a book by its cover", cewah. Tapi semalam aku boring, jadi aku layan kejap cerita ni, tapi best pulak. Terus aku layan sampai habis,hehehe. Banyak juga la pengajaran dalam cerita ni.

Nanti korang pun tengok la. Yang tengah stress pun boleh hilang kan stress tu

Coklat





Yummy!! Coklat memang best. Tak kira la coklat apa pun.

Ratapan sisi jenazah




Harian Metro 27 Jun 2011

KOTA BHARU: “Maafkan aku Aliff! Maafkan aku!” kata Shafuan Haqim Othman, 18, sambil memegang erat tangan Mohammad Aliff Mohd Suhaimi, 19, ketika jenazah rakannya itu dibawa masuk ke dalam van jenazah di bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.




PILU...ibu Mohammad Aliff, Azma Yusoff tidak dapat menahan kesedihan.



SEDIH...Shafuan Haqim ditenteramkan rakannya.


Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika pelajar Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, datang ke perkarangan bilik mayat HRP II untuk melihat jenazah tiga rakannya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15, Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, malam kelmarin.

Tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai di situ, pelajar terbabit tidak mampu menahan sebak sebelum meraung berdekatan jenazah rakannya itu kerana menganggap dia sebagai punca kemalangan terbabit selepas menghantar arwah Mohammad Aliff pulang ke rumahnya di Kampung Galok, Pasir Mas, pada malam kejadian.

Dia sekali lagi meraung di luar kawasan bilik mayat itu menyebabkan beberapa rakannya menenangkannya sebelum dibawa ke bilik solat hospital itu bagi meredakan keadaan.


Shafuan yang juga pelajar diploma pembantu farmasi semester tiga meminta maaf kepada setiap ahli keluarga rakannya itu sambil meraung dengan menyalahkan dirinya sebagai punca kemalangan.


Bagaimanapun, ibu Allahyarham Shaiful Jawahir Razali, 20, Hasmah Bakar, 61, dengan tenang cuba mententeramkan Shafuan dengan memintanya tabah kerana nahas itu berlaku bukan atas kehendaknya, sebaliknya sudah ketentuan Tuhan.

Dalam pada itu, ibu Allahyarham Mohammad Aliff, Azmah Yusof, 43, turut sebak sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke van jenazah sambil berkata: “Sayang ummi (ibu), bawa perlahan-lahan!” bagaikan mahu memberi nasihat kepada anaknya supaya lebih berhati-hati meskipun sedar zuriatnya itu sudah meninggal dunia.

Dalam kejadian malam kelmarin, niat murni empat sahabat menghantar rakan mereka pulang menziarahi ayahnya yang sakit bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut, manakala tiga yang lain parah selepas kereta mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori air batu.

Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan tiga pelajar KIST, Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, Shaiful Jawahir Razali yang juga pemandu kereta, Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md Saud, 19, dan Mohammad Aliff meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang rakan mereka, Muhammad Aznil Mohd Suhaimi bersama pemandu lori air batu dikenali Zamri, 29, dan rakannya berusia 20-an, parah dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas dan HRPZ II untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, sebelum kejadian Shafuan meminta bantuan Aliff menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Galok, Pasir Mas, dengan menaiki Proton Iswara berikutan keadaan kesihatan ayahnya kurang memuaskan selepas menghidap gastrik serta sesak nafas.

Allahyarham Mohammad Aliff bersama tiga rakannya menghantar Shafuan dan mereka menikmati hidangan mi goreng serta rambutan disediakan keluarga Shafuan sebelum pulang ke asrama kira-kira jam 10.30 malam.

Tidak sampai setengah jam bertolak pulang, kenderaan dipandu Shaiful Jawahir yang cuba memotong sebuah kenderaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori air batu.

Menceritakan detik pertemuan terakhir bersama rakan-rakannya itu, Shafuan berkata, dia tergerak untuk pulang ke rumah pada malam kejadian selepas dihubungi kakaknya yang memaklumkan ayah mereka, Othman Deraman, 60, sakit di rumah.

“Tidak sedap hati, saya minta bantuan Aliff kerana dia mempunyai kereta. Tanpa saya sedari, tiga rakan lain mahu mengikut sama dan kami bergerak menaiki Proton Iswara dari asrama di Taman Dahlia, kira-kira jam 8.15 malam.

“Sebaik tiba di rumah, semua rakan dijamu hidangan ringkas disediakan kakak dan menjenguk keadaan ayah selepas dibawa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta akibat sakit dada dan gastrik pada petang kejadian,” katanya.

Menurutnya, semua rakannya meminta diri untuk pulang ke asrama kira-kira jam 10.30 malam.

“Pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan seorang rakan bahawa tiga kawan kami maut nahas. Berderau darah saya, tetapi menyangka itu gurauan.

“Saya lihat perwatakan mereka (rakan-rakan) agak berbeza kerana ketika menghantar saya, mereka tak banyak bercakap, cuma ada sesekali perbualan kami diselangi gelak ketawa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa dari Kampung Galok, Pasir Mas ke Kota Bharu cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbabas dan bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan tiga maut dan tiga yang lain parah sebelum dikejarkan ke hospital dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sunday, June 26, 2011

Pokok Ajaib

Pelik kan nama pokok ni. Tapi memang orang panggil nama pokok ni, POKOK AJAIB sebab buah ajaib ni dapat meneutralkan rasa asid makanan. Contohnya kalau kita makan buah mangga yang masam, bila dimakan dengan buah ajaib ni rasa mangga tu akan menjadi manis. Zaman2 dulu ada orang jual buah ni. Tapi mahal la, dalam RM12 sebiji. Buah dia kecik aje. Kadang2 pokok ni berbuah lebat, tapi lepas tu terus tak berbuah2. Macam yang berlaku dekat jiran sebelah rumah. Pokok yang ada kat rumah aku ni agak lama jugak ditanam, tapi sekarang dah berbuah. Tinggi dia lebih kurang 6-7kaki.



Ni sedikit sebanyak info mengenai pokok ajaib:

Merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.

Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki.

Ia menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji.

Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.


KEGUNAAN:

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Cek Harga Pada Resit dan Rak Barang

Selepas membeli barang kat supermarket, korang pernah cek tak harga yang ditulis dalam resit? Kalau tak pernah, lepas ni korang kena lah belajar untuk cek harga yang tertulis dalam resit tu selepas pembayaran. Harga dekat rak pun korang kena tengok supaya korang dapat pastikan harga yang korang bayar tu adalah betul. Banyak dah kes yang berlaku, bila kita nak bayar kat kaunter, harga barang tu lagi mahal daripada yang tulis kat rak barang. Tak ke naya nak bayar lebih. Sebagai pengguna yang bijak, kita ada hak untuk melaporkan perkara tu pada pihak atasan. Tapi ramai diantara kita yang ambil mudah dengan hal sebegini. Memang la kita rugi sikit je, tapi bayangkan kalau benda tu berlaku kat 100 orang customer? Berapa keuntungan yang syarikat tu dapat bila terjadinya kesilapan macam ni?



Perkara ni pernah juga berlaku kat aku, tapi aku bernasib baik sebab harga yang kat resit tu lagi rendah daripada yang tulis kat rak. Jadi nasihat aku kat semua pengguna, berhati2 la bila nak beli barang. Cek resit tu betul2. Kalau ada kesilapan, bagitau dekat cashier.

Dapatkan Resit Apabila Membeli Barang

1. Seseorang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.

2. Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna.

3. Sesuatu resit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) nama perdagangan dan alamat pembekal;
(b) tarikh pembelian;
(c) amaun wang yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
(d) jumlah amaun wang yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
(e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
(f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

4. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Pengguna adalah orang yang membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang ada di pasaran. Jika pengguna tersebut hendak menukar barang tersebut disebabkan oleh kecacatan, apakah bukti pembelian yang boleh ditunjukkan jika tiada resit? Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ada menerima aduan daripada seorang pengguna yang telah membayar RM90,000 untuk membuat pengubahsuaian rumah tanpa resit. Alasan yang diberikan oleh pengguna tersebut ialah kontraktor yang membuat pengubahsuaian rumah adalah kawan baiknya. Akan tetapi kontraktor tersebut tidak melaksanakan tugas pengubahsuaian rumah seperti yang dijanjikan.

Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.

Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah kawan baik sendiri. - KonsumerKINI

Cuti-cuti Malaysia (",)

Teringin nak g makan angin. Tapi dalam Malaysia ajela. Kan best kalau dapat g makan angin dekat pulau ^_^..

Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Redang,,



KelCheff 2011 gegarkan Bazar Tok Guru



KOTA BHARU - Bazar Tok Guru, Kota Bharu yang bakal beroperasi dalam masa terdekat akan menjadi lokasi rasmi Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KelCheff) 2011 bermula 14 hingga 23 Julai depan.

Pegawai Komunikasi Korporat KelCheff, Abdullah Suhaimi berkata, walaupun lokasi berkenaan kurang dikenali dalam kalangan penduduk luar bandar Kota Bharu, namun ia bakal bertukar wajah ketika berlangsungnya program yang menawarkan pelbagai makanan Muslim, khususnya dari negara China itu.

“Selepas ini orang akan mula mengenali bazar ini yang menjadi antara lokasi perniagaan di negeri ini selepas Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditutup tidak lama lagi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, Bazar Tok Guru mempunyai persekitaran yang sesuai untuk menjadi lokasi pesta berkenaan yang akan bermula 14 Julai depan.

“Selama 10 hari peserta KelCheff akan berkampung di sini, dan kita mengharapkan agar lokasi yang disediakan ini memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung,” katanya.

Sementara itu, mereka yang berminat menyertai pesta makanan ini boleh hubungi pejabat Sekretariat KelCheff menerusi 09-7488442 dan 09- 7481010 atau mengunjungi pejabatnya di Pupuk Nilai murni Bhd, Tingkat 1 Medan Usahawan, Jalan Mahmood, Kota Bharu.

Hukum Menonton Filem atau Melayari Internet Lucah

Menonton filem atau melayari internet lucah hukumnya haram atau berdosa. Ini adalah kerana perbuatan tersebut lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Antara kemudaratannya ialah:

1. Merangsang nafsu syahwat bukan pada tempatnya. Nafsu syahwat hanya untuk hiburan dan bersuka-suka antara pasangan suami isteri.
2. Mendorong untuk melakukan maksiat dengan pasangan berlainan jenis seperti bergaul, bersentuhan, meraba, berpelukan, bercium, petting, mukaddimah zina, berzina, hubungan sejenis, mempekosa, merogol dan sebagainya.
3. Mengotori minda dan fikiran
4. Meniru budaya barat yang mengaibkan
5. Mendorong untuk melakukan masturbasi(melancap)
6. Terganggu aktiviti belajar dan pekerjaan kerana hilangnya tumpuan
7. Mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama
8. Membazirkan masa yang sangat berharga
9. Membazirkan kewangan
10. Sering meninggalkan ibadah wajib seperti solat dan puasa
11. Menjejaskan kesihatan apabila dilakukan secara berlebihan.

Menonton filem dan melayari internet lucah haram dilakukan berkumpulan atau bersendirian. Jika dilakukan berkumpulan akan melibatkan kerosakan akhlak dan moral. Jika berkumpul yang berlawanan jenis, akan melibatkan maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Jika dilakukan secara bersembunyi atau seorang diri, kesannya juga sam. Kita kena ingat bahawa setiap individu manusia ini dikawal oleh dua orang malaikat iaitu Kariman dan Katibin yang duduk di bahu kanan dan kiri. Mereka akan mencatat segala perlakuan kita sama ada di tempat terang mahu pun di tempat tersembunyi ke dalam buku catatan.

Setahun sekali buku catatan ini akan dibawa menghadap Allah SWT pada hujung tahun dan diganti dengan buku baru pada awal tahun Hijriah. Itulah yang kita amalkan membaca doa hujung dan awal tahun supaya buku catatan amalan kita diangkat menghadap Allah SWT dalam keadaan baik dan diredhai Allah.

Di akhirat nanti buku amalan ini akan dikembalikan kepada kita. Jika dikembalikan pada tangan kanan bermakna amalan baik kita lebih berat. Jika dikembalikan pada tangan sebelah kiri bermakna amalan jahat kita lebih banyak. Orang syirik, murtad dan kafir akan dikembalikan dari arah belakang.

Buku amalan ini akan dibentangkan dan dibacakan serta diadili di Padang Mahsyar. Satu persatu kesalahan kita akan dipertontonkan di khalayak ramai yang disaksikan oleh semua manusia sejak Nabi Adam a.s. hinggalah manusia yang terakhir mati ketika tiupan sangka kala.

Ketika itu segala perbuatan kita di tengah terang dan dalam sembunyi akan diketahui orang. Sampaikan binatang peliharaan kita juga akan menyaksikan perbuatan aib yang kita lakukan. Ketika itu kerana malunya kita, luruhlah segala daging-daging muka kita ke tanah dan dilekatkan kembali oleh malaikat untuk ditayangkan agenda seterusnya.

Ingat! Kalau di dunia kita setakat merah muka atau merah telinga apabila dimalukan orang. Namun di padang Mahsyar, seluruh daging muka kita akan luruh meninggalkan tulang tengkorak kita!

Sebab itu ketika di muka bumi ini kita tidak mahu melakukan perkara-perkara aib seperti menonton filem atau melayari internet lucah.

Pelajar KIST terlibat kemalangan, Mac 2010

Kemalangan ni berlaku sekitar bulan Mac, 2010.

BACHOK: Seorang pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist) maut, manakala lima individu cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Kampung Telong, Kandis, di sini, semalam.

Kejadian jam 3.55 petang itu berlaku sebaik kereta Kancil yang dipandu Faiz Asyraaf Mat Jid, 21, gagal memotong kenderaan di hadapannya menyebabkan dia memasuki laluan bertentangan.

Situasi mencemaskan itu menyebabkan kereta Kancil yang dipandu Faiz Asyraaf dari arah Tok Bali menghala ke Melawi dekat sini, bertembung dengan sebuah kereta Mercedes.

Kemalangan menyebabkan rakannya yang duduk di bahagian kanan penumpang, Ricky Anak Jami, 20, mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Faiz Asyraaf cedera di badannya.

Turut mengalami cedera parah, pemandu serta empat penumpang kereta Mercedes berkenaan dikenali sebagai Embong Ngah, 48; isterinya, Habibah Mohamad, 47; dan dua anak mereka, Nurul Haswani Embong, 18, dan Mohamad Hasbullah, 5.

Mendiang Ricky yang juga berketurunan Iban kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat, manakala semua yang cedera dirawat di hospital sama.

Tinjauan Harian Metro di pekarangan bilik mayat HUSM petang semalam mendapati, kawasan terbabit dipenuhi rakan terdekat mangsa yang melihat mayatnya buat kali terakhir.

Rata-rata mereka yang juga rakan sekuliah dan senegeri diberi peluang untuk melihat mayat mendiang secara bergilir-gilir, selain turut dihadiri beberapa pegawai dari kolej terbabit.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh, berkata mangsa yang juga pelajar tahun dua kursus Pembantu Perubatan, dalam perjalanan dari arah Tok Bali ke Melawi.

Katanya, ketika tiba di hadapan Rumah Institut Mardi, Telong, dekat sini, kereta yang dipandu rakan mangsa gagal dalam cubaannya memotong sebuah kenderaan dari arah depan.

“Siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat kegagalan rakan mangsa memotong kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.

“Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Kancil dan semua penumpang Mercedes dari arah Kg Lubok Batu Kuala Telemong, Kuala Terengganu, cedera parah,” katanya.

Menurutnya, berikutan kemalangan maut membabitkan mangsa yang berasal dari Sungai Kerubong Sarikei, Sarawak, pihaknya menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakan serumah mangsa, Abang Mohd Salimin Abang Suhaili, 20, yang juga pelajar tahun dua Diploma Kejururawatan, berkata kali terakhir mereka bertemu petang semalam selepas dia menunaikan solat Jumaat.

“Kebetulan mendiang pulang ke rumah malam kelmarin dan mahu berehat sehari di rumah sewa kami di Taman Perumahan Serdang Baru, Kandis, namun tingkah lakunya nampak sedikit berubah.

“Biasanya dia yang menjalani latihan amali di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan duduk bersembang, tetapi malam kelmarin, dia banyak mendiamkan diri sebelum masuk semula ke biliknya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, rakan serumahnya itu ada menghubunginya untuk pulang semula ke Kota Bharu untuk menghabiskan latihan amali di situ.

“Entah macam mana, kira-kira jam 4 petang, saya terdengar bunyi ambulans berhampiran perumahan kami dan terkejut apabila dimaklumkan kemalangan itu menimpa rakan serumah,” katanya.

Pelajar KIST terlibat kemalangan, April 2011

Kemalangan yang berlaku pada bulan April, 2011. ( Harian Metro)

BESUT: Hasrat lima rakan karib keluar bersiar-siar untuk menghilangkan perasaan trauma selepas asrama mereka diceroboh perompak berakhir tragedi apabila tiga daripada mereka menemui ajal selepas terbabit kemalangan jalan raya di sini, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi, lima pelajar kejururawatan daripada Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Bachok, Kelantan, menaiki Perodua Viva dalam perjalanan pulang ke kampus mereka selepas bersiar-siar di bandar raya Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Tiga yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nur Diana Mohd Noor, 22, dari Kota Tinggi, Johor, Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, dari Taman Rahmat, Tanah Merah, Kelantan dan Zur Irah Zakaria, 19, dari Kampung Titian Baru, Atas Tol, Kuala Terengganu.

Dua lagi rakan mereka, Bazilah Abdullah, 19, dari Lot 2051 Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu, Kelantan dan Nur Adilah Mohd Ghazali, 19, dari Kampung Kelewek, Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan, parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kejadian berlaku di Kilometer 104, Jalan Jertih-Kuala Terengganu, apabila kereta dipandu Nur Diana cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal sebelum bertembung lori tangki minyak dari arah bertentangan.

Seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata, dia pada awalnya ingin turut serta bersama lima rakannya itu ke Kuala Terengganu selepas beberapa kali diajak Nur Diana, tetapi menolak pelawaan itu kerana tidak sihat.

Nor berkata, semua rakannya meninggalkan asrama mereka di Bachok kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, mereka ke Kuala Terengganu untuk makan angin dan menenangkan perasaan selepas terkejut asrama pelajar wanita diceroboh perompak pada Subuh kelmarin.

“Mereka trauma selepas melihat seorang lelaki bertopeng menceroboh masuk asrama menyebabkan mereka menenangkan fikiran di Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, saya dikejutkan panggilan telefon seorang rakan lain yang memaklumkan mereka terbabit kemalangan di Jertih ketika dalam perjalanan pulang,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut (HB), semalam.

Menurutnya, lima sahabat itu dipercayai meminjam kereta rakan lain dan tidak tidur ketika berada di bandar raya berkenaan, sebaliknya berangkat pulang selepas beberapa jam bersiar-siar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Nor Zainy Mohd Noor, berkata Nurul Shahidah yang tercampak keluar dari kereta meninggal dunia di HB kira-kira jam 7 pagi, manakala Nur Diana dan Zur Irah maut di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori terbabit, Khairi Ayob, 43, dari Kampung Alur Keladi, dekat sini, cedera ringan dan sudah diambil keterangan.

“Perodua Viva dinaiki mangsa rosak teruk di bahagian hadapan akibat pelanggaran dengan lori tangki menyebabkan ia berpusing balik ke arah Kuala Terengganu manakala lori terbabit terbabas ke dalam parit,” katanya.

Pelajar KIST terlibat kemalangan, Jun 2011

Bulan April lepas, baru je berlakunya kemalangan maut pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi(KIST) Bachok, yang membabitkan seramai 5 orang pelajar perempuan kolej tersebut, dimana 3 orang maut dan 2 orang lagi parah.

Pada 25 Jun 2011, kejadian yang hampir serupa menimpa pelajar KIST jugak. Kesemua mangsa adalah pelajar lelaki di kolej tersebut. 3 orang maut dan seorang lagi parah. Pelajar yang maut dikenali sebagai Saiful Jawahil Razali (pemandu), Mohd Alif Mohd Suhaimi Dan Sheikh Mohd Farhan masing-masing berusia 19 tahun. Manakala yang cedera pula adalah Azmi Ariffin, 19, Zabri Husin (pemandu lori), 29 dan Mohd Azeri Mat Nawi, 24. Menurut saksi, kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki empat pelajar KIST berkenaan gagal memotong sebuah lori di hadapan mereka, lalu bertembung dengan lori ais dari arah bertentangan.

Sama2 lah kita doa semoga mangsa yang parah akan sembuh dan selamat, dan tak lupa jugak sedekahkan al-Fatihah kepada kesemua mangsa yang telah meninggal dunia.

Pada Mac, 2010 juga seorang pelajar KIST meninggal dunia. Ketiga2 kemalangan ni berlaku kerana kenderaan yang mereka naiki gagal memotong kenderaan di hadapan mereka. Itu apa yang dilaporkan di akhbar. Mereka dah ditakdirkan meninggal dunia dengan cara yang sama.

Kepada semua pemandu, pandulah berhati2 ketika berada di jalan raya. Kita tak tau apa yang akan menimpa kita nanti.

Kepada semua mangsa dan keluarga mangsa, Al-Fatihah dan takziah diucapkan. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Cincin Emas

Uwaaa!!!! Keinginan aku untuk memiliki cincin atau rantai emas semakin membuak2. Lagipun aku tak pernah ada 1 pun jewelery. Kan perempuan sinonim dengan barang kemas, tapi aku tak ada pun sebab dulu tak minat benda2 ni. Bagi aku, leceh nak pakai/simpan barang berharga ni. Takut la jugak jadi ape2 yang tak diingini kan. Tapi sekarang aku lebih berfikiran terbuka. Dan aku dah nampak yang emas ni bagus kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit. Emas ni bukan sekadar perhiasan semata2. Tapi bagus untuk pelaburan pada masa hadapan. Jadi kepada korang semua, beli lah emas banyak2 ye, ^_^

Saturday, June 25, 2011

Hadiah yang sesuai

Kalau korang dijemput ke majlis pertunangan kawan korang, apa yang korang akan bawak? Mesti ramai yang tak tau nak bawak hadiah apa kan. Sebab biasanya jarang orang akan jemput kita ke majlis pertunangan, dan biasanya orang akan bawak diri je. Tapi mesti ada yang rasa janggal kan bila tak bawak apa2.

Tak salah pun kalau kita tak bawak apa2. Tapi tak salah juga kalau kita bawak buah tangan untuk pasangan tu. Bawak benda simple2 pun dah OK.

Ni antara buah tangan yang sesuai korang bawak

..Cup cake..



..Coklat..



..Buah2..



..Baju T-Shirt/blouse..

Hotel Dynasty





Tiba2 teringat pulak kenangan zaman silam,hehehe. Masa tu umur aku dalam 16/17 tahun. Biasa la, first time menginap kat hotel mewah. Semua perbelanjaan pulak ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang aku join, siapa tak suka kan bila pergi sana just bawak diri je. Aku pun dah tak ingat berapa buah sekolah yang join lawatan tu. Tapi tiap sekolah yang terlibat tu kena hantar 5 orang wakil (4 pelajar, 1 cikgu). Kitorang bukan senang2 dapat pergi sana tau, tapi kena fight dulu dalam 1 pertandingan yang dianjurkan oleh kelab kokurikulum kat sekolah. Dan ditakdirkan sekolah aku dapat tempat pertama, jadi pihak kelab tersebut jemput kitorang untuk menghadiri 1 majlis perasmian yang dirasmikan oleh PM kita. Aku pun setuju aje kalau bab2 pergi berjalan. Memang best sangat, apatah lagi pergi dengan geng2 sendiri =)..

Bola Sepak (Malaysia - Lubnan)

Tahniah diucapkan kepada pasukan negara iaitu Malaysia kerana telah menumpaskan Lubanan 2-1. Dua gol tersebut disumbangkan oleh Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal pada babak pertama perlawanan. Pasukan bola sepak Malaysia memang mempunyai kebolehan tersendiri dan berpotensi untuk lebih maju kehadapan. Mereka juga telah mengharumkan nama Malaysia dan sekaligus menjadi kebanggaan penduduk di negara ini. Syabas!

DSLR Aku Yang Pertama

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai DSLR, Nikon. Kamera ni je yang cukup dengan bajet yang aku ada. Itu je yang aku mampu beli. Kalau tak, dah lama angkat yang lagi power,hehehe. Lama juga kumpul duit untuk beli kamera ni. Sekarang dalam proses memahami selok belok kamera. Banyak lagi yang aku kena belajar. Nak belajar dengan kawan2, tapi tak ada pulak yang tau guna. Buat masa sekarang, aku belajar sendiri je dengan merujuk buku manual. Snap gambar ni memang salah satu hobi aku dari dulu lagi.

Setakat ni bagi pendapat aku, kamera yang aku beli ni memang bagus. Aku puas hati dengan hasil yang aku dapat.


Thursday, June 23, 2011

10 Rules for Stain Removal

Stains are inevitable but there’s no need to resort to harsh chemicals to deal with them

1. Take immediate action. The faster you act, the better your chances of completely removing the stain.

2. Mop up the excess. Try to blot up as much of a spill as possible with a clean rag and paper towel. Lift off solids with a knife blade.

3. Don’t let the stain dry out. If you can’t deal with it straight away, sponge the stain with cold water, spray it with soda water or cover it with a damp towel.

4. Re-lubricate a dry stain. If a stain does dry (or you find an old one), rub it with vegetable glycerin before removing it.

5. Don’t use hot water. It “sets” many stains, making them much more difficult to remove. Always use cold or tepid water when you first tackle a stain.

6. Start with the gentlest approach. Quite often all you need for removing a stain is soda water or a soapy solution.

7. Always move from the outside in. to avoid leaving a ring, start from the outer edge of a stain and work towards the centre.

8. Don’t scrub at a stain. Instead, place an absorbent pad beneath the stain and dab it through the fibres. Change the pad frequently.

9. Work from the back of the fabric to the front. If possible, place the absorbent pad on the stain itself on the right side of the fabric and apply stain remover from the wrong side of the fabric.

10. In the case of stain removal, more is not necessarily better. If a cleaner is not working, don’t increase the strength of the solution. Rinse it away, and try something else.